Sunday, 30 December 2012

Cabutan Bertuah Menggapai Gadget Impian

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya dapat jemputan daripada cikgu naman untuk sertai Cabutan Bertuah Menggapai Gadget Impian ini. Nak sertai cabutan bertuah ni taklah susah sangat pun. Cuma perlu tekan G+, undi dan last sekali buat entry ringkas macam saya buat ini. Target saya macam biasalah duit free.. he he he..Mana tahu ada rezeki pula kali ni. Sapa yang berminat klik je banner dibawah yer.

Cabutan bertuah iPhone 5 gadget impian 
Tarikh Tutup : 31 December 2012

Cabutan bertuah ini dianjurkan cikgunaman.com sempena contest iPhone 5 Gadget Impian ditaja oleh mrsfiza.com, jurugambar perkahwinan, Photoshoot Murah dan Kedai Online Mrs Tuah''
Read more ...

Komisen ke-2 Dari Taukekosmetik.com

Assalammualaikum semua

Alhamdulillah..saya juga dah terima komisen yang ke-2 untuk Pay Per Lead Taukekosmetik.com. Saya dah promosikan program tanpa modal ini sejak bulan September 2012 yang lalu. Terima kasih kepada Puan Suhaireen Jamalludin kerana telah membuat bayaran sebanyak RM 55 pada hari Jumaat 28 Disember 2012 yang lalu. Syukurlah, ada juga rezeki untuk hujung tahun 2012 ini.   


Rakan-rakan semua boleh rujuk post saya : Cara nak bisnes kosmetik untuk penerangan lanjut. Bisnes kosmetik ni memang ramai peminat. Khususnya kaum hawa. Bisnes ini bagi saya memang sentiasa hot sepanjang masa. Wanita mana yang tak mahu cantik??



*******************************************************
( Info Eksklusif Khas Buat Anda!)
1. Cara Nak Dapat Komisen Affiliate!
2. Jalan Pantas Berjaya Dalam Perniagaan Internet 
3. Strategi Jana RM1,000 - RM3,200 Di Internet
4. Rahsia Forex Trader Jana Wang 5 Angka Seminggu 
5. Pelaburan Silver Lebih Hebat Dari Pelaburan Emas
6. Buat Duit Dengan Youtube!

*******************************************************
Read more ...

Komisen Ke-2 PPL Psikologi Trafik

Assalammualaikum

Alhamdulillah saya dah terima komisen ke-2 Pay Per Lead (PPL) Psikologi Trafik. Bayaran dibuat pada hari Jumaat 28 Disember 2012. Tak sempat nak update semalam. Hari ini baru ada kelapangan untuk menulis entry. Jadi, kepada follower ataupun pembaca blog saya yang ingin cuba buat duit dengan program affiliate saya sangat sarankan mulakan dengan Pay Per Lead. Sebabnya, anda boleh mulakan tanpa sebarang modal. Anda cuma perlu promosikan produk PERCUMA. Sapa yang tak nak barang free..


Komisen ke-2 Psikologi trafik

Anda boleh rujuk post saya : Komisen Pertama Psikologi Trafik untuk mendapatkan cara untuk daftar PPL ini.



*******************************************************
( Info Eksklusif Khas Buat Anda!) 

*******************************************************
Read more ...

Friday, 28 December 2012

Review : 9 Formula Pantas Seru Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberikan kepada saya kelapangan dan idea untuk menulis review tentang ebook yang saya baru beli bertajuk "9 Formula Pantas Seru Rezeki". Ini bukan formula khurafat, tapi formula untuk hidup lebih berkat. 

Sebenarnya, saya terjumpa laman web ini secara tak sengaja. Selepas membaca maklumat di laman web, saya berminat nak beli ebook ini. Tanpa membuang masa saya terus membuat bayaran. 

Ebook ini setebal 23 muka surat. Ditulis oleh seorang pelajar SEPENUH MASA yang berminat dalam bidang penulisan. Beliau berpengalaman menulis artikel di beberapa laman web. Gaya bahasa yag digunakan juga mudah difahami oleh sesiapa pun. Tiada penulisan yang meleret-leret. Setiap isi disampaikan dengan baik disertakan dengan contoh agar pembaca dapat memahami mesej yang hendak disampaikan. 

Ebook ini dihuraikan dalam 9 bab. Berikut adalah senarai bab

1. Susuk Jernihkan Aliran Rezeki
2. Sistem Ghaibkan Hutang
3. Jampi Seru Rezeki Ghaib
4. Jamu Rapuhkan Masalah
5. Ikhtiar Bina Produktiviti
6. Kunci Lingkupkan Bisikan Nakal
7. Picu Pembuka Rezeki
8. Benih Lapangkan Rezeki
9. Akses Mujarabkan Ilmu Kerezekian 

Walaupun tajuk yang digunakan dalam ebook ini agak konterversi seperti susuk, jampi, jamu, rezeki ghaib dan lain-lain. Selepas baca setiap bab, baru saya tahu kenapa penulis letak tajuk begitu. 

Keseluruhan ebook ini menceritakan tentang bagaimana nak menambahkan rezeki dengan Formula Pantas. Formula ini memang ramai dah tahu. Saya pun sebenarnya dah amalkan formula dalam bab 1. Cuma selepas baca ebook ini saya rasa nak buat lebih lagi. Bab 2 pula berkaitan dengan bab 1 tapi teknik ini saya belum cuba. Selepas ini saya akan terus buat. Baru saya tahu rupanya bab 3 ini ada kaitan dengan rezeki. Amalan yang dibuat setiap hari. Bab 4 ini memang berat betul nak buat. Tapi saya akan cuba mulakan. Bab 5 pula InsyaAllah saya berazam nak amalkan. Bab 6 berkaitan kekuatan jati diri seseorang. Sebab semua orang akan lihat bukti dahulu baru nak percaya. Bab 7 pula setiap hari ada di TV rasanya. Bab 8 pula tentang tahap kesyukuran kita. Manakala Bab 9 pula, semua orang wajib buat. Tanpa insan ini kita tidak akan dapat melihat dunia. 

Bonus- Pembeli Ebook akan dijemput sertai Group khas. Saya dah sertai grup ini. Banyak perkongsian menarik daripada ahli-ahli grup yang membuka minda saya.

Kesimpulan

Jika anda nak selama ini rasa resah dan gelisah bila tak ada duit, saya sarankan anda dapatkan Ebook ini. Tapi apa apa pun, sebagai hamba Allah kita hendaklah berserah pada-Nya. Begitulah ulasan saya tentang ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki.


Jika anda berminat boleh dapatkan dengan klik link bawah ini:  

9 Formula Pantas Seru Rezeki


P/s: Tapi jika anda berminat nak dapatkan Ebook ini secara PERCUMA saya syorkan anda baca di sini: Rahsia Minda. Pergi ke bawah header > 7 Rahsia Terlarang
Read more ...

Wednesday, 26 December 2012

Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Tak tahu sempat ke tidak untuk sertai contest ni. Sebenarnya saya dah lama tak post entry di blog ni. Tapi untuk menyokong contest anjuran ciktom ni saya akan cuba buatkan satu entry khas. Sebenarnya ciktom ada menjemput saya untuk turut serta dalam contest ini. Tapi disebabkan kesibukan masa, saya tak ada idea untuk buat entry. 

Malam ni tiba-tiba pula macam ada idea nak datang. Saya pun terus buka laptop dan menaip.  Saya sertai bukan sebab nak menang domain dari exabytes tu. Tapi lebih kepada support kawan blogger. Seingat saya ciktom la blogger yang pertama komen di blog saya ini. Walaupun blog saya kurang dikenali. Tetap ciktom sudi berkunjung ke blog saya dan tinggalkan komen. Terima kasih banyak ciktom

Ok. berbalik ke topik asal entry ini dibuat. Berdasarkan pemerhatian saya, blog ciktom ni dah agak sempurna bagi saya. Loading blog yang cepat walaupun banyak graphic membuatkan kita tak payah tunggu lama. Cuma kalau boleh bahagian label di atas tu lebih cantik kalau diletakkan dalam satu barisan. Maksud saya Side map dan contact tu sama barisan dengan yang lain-lain tu.



Berkenaan dengan Exabytes pula saya tak pernah lagi berurusan dengan mereka. Jadi, saya tak dapat nak komen banyak berkenaan servis oleh Exabytes ni. Tapi saya selalu jumpa dengan iklan exabytes ni di blog-blog dan kadangkala di google adwords. Pihak Exabytes juga menggunakan kaedah pemasaran affiliates. Berdasarkan pemerhatian, syarikat Exabytes ini sangat profesional dan komited dengan bisnes doman, hosting, Cloud hosting dan server yang dijalankan. Semoga Exabytes terus maju di tahun 2013

Contest ini dianjurkan oleh ciktom.com dan ditaja oleh Exabytes.
Read more ...

Tuesday, 18 December 2012

RM100 Give Away dari Eyriqazz.Com

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Pagi ni sempat blogwalking ke blog ciktom. Terbaca pula pasal RM100 Give Away dari bro Eyriqazz. Give Away ni bersempena dengan contest iPhone 5 Gadget Impian. Ramai yang berkenan sangat dengan iPhone 5. Syarat nak sertai pun mudah jer. Klik G+ dan undi jer. Jadi saya pun join the club la.. Harapan nak menang tu takde sangat sebab saya ni tak dikenali pun dalam dunia blogger. 


RM100 give away Eyriqazz


Berikut adalah detail Give Away:


Hadiah         : RM100 Give Away
Pemenang    : RM20 x 5 orang pembaca blog Eyriqazz.com
Tarikh tutup  : 24 December 2012 pada 11.59 malam

Hadiah Pemenang akan digandakan 2 kali ganda sekiranya Eyriqazz memenangi  iPhone 5 Gadget Impian.
Read more ...

Friday, 14 December 2012

Sapa nak hadiah iPhone 5 baru?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua,

Sempena pagi Jumaat yang berkat ini saya ingin berkongsi peluang ini khas buat follower dan pembaca blog saya yang setia.. jom baca..

kuasa internet

Akhirnya..anda sampai juga ke blog ini..semuanya pasal hadiah iPhone 5 kan?.kalau nak hadiah ni kena baca sampai habis entry ini. Hari ni saya kongsikan kepada anda semua bagaimana untuk anda dapat duit free disamping hadiah-hadiah lumayan lain seperti dibawah ini :

1 # Komisyen Affiliate + Macbook Pro
2 # Komisyen Affiliate + iPhone 5
3 # Komisyen Affiliate + Galaxy Note 24 # Komisyen Affiliate + New iPad Wifi+4G 16GB
5 # Komisyen Affiliate + Galaxy Tab 2 10.1
6 # Komisyen Affiliate + Blackberry Curve 9360 2GB
7 # Komisyen Affiliate + Nokia Lumia 800
8 # Komisyen Affiliate + Nokia X6 16GB
9 # Komisyen Affiliate + Sony Xpreria Tipo Dual 2GB
10 # Komisyen Affiliate + Power Bank


Berikut adalah detail cabaran PPL KuasaInternet:

Tarikh : 11hb Disember 2012
Hari : Selasa
Masa : 10 pagi

Niche : Internet Marketing/Business
Komisyen : RM1.00 untuk setiap lead yang sah
JV/Affilate yang diperlukan : 1,000 orang (minimum)
Lead yang disasarkan  : 50,000 lead (maksimum)
Minimum pembayaran : RM10 (10 lead)
Tempoh cabaran : 2 bulan


Sesiapa yang berminat nak sertai sila cabaran ini ikut langkah dibawah ini

1. Tekan butang Facebook share atau G+ 
2. Download panduan ini : Cabaran PPL KuasaInternet 
(jangan risau, tak perlu masuk nama dan email)
3. Ikut je cara dalam panduan tu

p/s: harap beri komen sesiapa yang dah berjaya nanti yer...

Read more ...

Wednesday, 12 December 2012

5 Cara Buat Duit Dengan Bisnes Online



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua,


Dah lama saya tak buat entry buat follower dan pembaca blog semua. Oleh itu, hari ni, saya akan berkongsi dengan anda semua tentang 5 cara buat duit dengan bisnes online. Sebenarnya terdapat banyak jenis atau model perniagaan yang anda boleh anda pilih untuk menjalankan bisnes online. Tapi saya pilih 5 model perniagaan sahaja untuk perkongsian kali ini.Harap semua dapat beri perhatian..ok 

1. Buat duit dengan menjual produk fizikal 


baju kurungcermin mata

Contoh produk fizikal: tudung, baju kurung, kasut, cermin mata. Produk fizikal ialah produk yang boleh di pegang.

2. Buat duit dengan produk digital



Contoh produk: ebook, video atau audio berbentuk informasi. Atau lagu, sofware dan sebagainya. Biasanya penjual produk digital hanya memberikan LINK DOWNLOAD kepada pembeli. Sebagai pembeli, kita boleh terus muat turun produk yang kita beli.

3. Buat duit dengan perkhidmatan (servis)

Contoh perkhidmatan: servis buat website, servis buat grafik, katering, servis design, servis consultant, servis daftar perniagaan. Semua bisnes ini boleh dilakukan secara online.

4. Buat duit dengan Affiliate & Dropship. 

Affiliate ni sama dengan AGEN.Anda jadi agen untuk promosikan produk orang lain. Anda diberi komisyen apabila produk yang anda promosikan berjaya di jual. Bagi saya affiliate agak senang dijalankan kerana boleh dimulakan tanpa sebarang modal pun.

5. Buat duit dengan ruang iklan. 

Sering kali dikaitkan dengan blogging. Anda bina satu blog, forum atau platform, kemudian anda jual ruang iklan di dalamnya. Kebiasaannya, forum atau blog yang ramai pelawat / pembaca, mampu memperolehi pendapatan RM2000 hingga RM10,000 sebulan dengan menjual ruang iklan sahaja!

So itulah antara 5 cara buat duit dengan bisnes online yang anda boleh pilih dalam memulakan bisnes online. Tapi kalau mahu dapatkan lebih banyak tips dan idea saya cadangkan anda mendaftar di link dibawah ini. Ini adalah kerana Sahabat saya, Haszoor Muaidi baru sahaja buat satu pendedahan sulit bagaimana beliau menjana pendapatan RM370,458.00 dalam tempoh 12 bulan melalui internet.

>>>>>>RAHSIA RM370,458 dalam masa 12 bulan<<<<<<
MAAF TAWARAN TELAH DITUTUP

Ini bukan omong kosong!

Ianya kisah benar bagaimana ANDA juga berpeluang buat duit melalui bisnes online. Beliau telah bongkarkan satu persatu, FORMULA yang sebelum ini di simpan rapi oleh JUTAWAN INTERNET!

Kali ini, anda tidak harus lepaskan peluang hebat ini.Lihat pendedahan sulit beliau di...





*******************************************************
Baca Lagi..


*******************************************************
Read more ...

Friday, 7 December 2012

57,766 Mangsa Penipuan Pelaburan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Berdasarkan laporan yang saya petik daripada utusan.com.my, ramai yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan yang aktif mencari mangsa diluar sana. Oleh itu anda semua perlu berhati-hati dengan skim pelaburan yang tipu ini. Selalunya skim sebegini akan menawarkan pulangan yang terlampau tinggi dan tidak munasabah. Tapi, ramai yang kelabu mata kalau nampak duit banyak... Oleh itu
cari maklumat dahulu sebelum sertai apa-apa skim pelaburan. Tak kira sama ada pelaburan emas, perak, duit dan lain-lain pelaburan lagi... so baca je laporan di bawah ini ... 


kecewa



5 Dis. - Seramai 57,766 orang telah menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam Skim Kepentingan dan Skim Kutu bagi tempoh 2010 hingga Oktober 2012.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, dalam tempoh itu juga, sebanyak 66 kes yang ada kaitan dengan skim cepat kaya telah diambil tindakan undang-undang.

Jelas beliau, tindakan tersebut dibuat di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, Akta Syarikat Malaysia 1965 dan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Di antara punca orang ramai mudah terlibat dalam skim cepat kaya ialah sikap tamak kerana dijanjikan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat.

"Selain itu, pengaruh daripada kawan-kawan, rakan sekerja dan saudara mara serta kemudahan mendapatkan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Boon Som Inong yang bertanyakan berapa banyak kes skim cepat kaya dikesan di dalam negara, bilangan mangsa terlibat serta langkah-langkah pencegahan bagi mewujudkan kesedaran masyarakat.

Menurut Rohani, selain mengadakan kempen kesedaran masyarakat, kementeriannya juga menubuhkan Jawatankuasa Bersama Bagi Menangani Jenayah Kolar Putih dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasa bagi membendung aktiviti skim tersebut.

"Kementerian juga menjalankan program advokasi pematuhan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 kepada syarikat-syarikat jualan langsung dan pengedar-pengedar di seluruh negara," katanya.

Jelasnya, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, segala wang dan aset yang diperoleh daripada penganjur aktiviti haram tersebut dirampas dan dilucutkan.

Sumber: http://www.utusan.com.my
Read more ...

Thursday, 6 December 2012

10 Cara Untuk Buat Duit dan Jimat Duit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak kongsikan kepada semua tentang 10 cara untuk Buat Duit dan Jimat duit. Saya dapati ramai orang nak buat duit lebih sekarang ni. Tambahan pula dengan kenaikan harga barang  sejak akhir-akhir ini. Walaupun kerajaan ada mengumumkan kenaikan gaji kepada kakitangan kerajaan. Tapi dalam masa yang sama harga barang pun baik juga. Jadinya, naik gaji pun sama juga la nilai perbelanjaan kita. Saya dah pernah cuba beberapa cara untuk menambah pendapatan ni. Antaranya saya pernah join MLM, Autosurf, HYIP, jual prepaid, jual barang kesihatan, agen insurans, unit trust dan sebagainya. 

Tapi, hari ni saya tak mau kongsi semua tu. Saya nak berikan 10 cara untuk Buat Duit dan Jimat duit . Mari kita mulakan yer..

1. Jual Barang Terpakai. Cuba tengok di sekeliling rumah anda. Ada tak barang berharga yang boleh dijual di internet. Contoh mudah yang saya boleh berikan adalah anda boleh jual surat khabar lama, botol, tin-tin susu, botol mineral dan lai-lain lagi. Kalau anda ada simpan peti ais yang masih elok. boleh juga anda jualkan...nak jual dimana? kan ada banyak tempat sekarang ni.. anda boleh jual di mudah.my atau lelong

2. Jimatkan bil letrik. Saya pernah cuba cara ini. Sebelum keluar rumah pastikan semua suis lampu dipadamkan. Kalau boleh tutup suis televisyen, komputer, kipas, radio dan lain-lain alat letrik selepas habis guna. Jangan biarkan suis televisen 'on' walaupun anda dah off kan melalui remote control.Jangan biarkan TV dan lampu terbiar tanpa ditutup walaupun tiada orang menonton

3. Pelaburan Emas dan Perak. Selain daripada pelaburan di Amanah Saham, anda juga boleh cuba melabur dengan Pelaburan Emas dan Perak. Jangan sertai skim yang menawarkan pulangan tetap setiap bulan. Selalunya, skim macam tu mirip seperti skim cepat kaya. Beli emas dan perak daripada agen yang berdaftar seperti Public Gold ataupun GCP. Anda boleh rujuk post saya 87 Syarikat Pelaburan Tidak Sah untuk mengetahui syarikat yang tak daftar dengan Bank Negara. Ini bagi mengelak dari di tipu 

4. Kurangkan makan di luar. Kos untuk sekali makan di luar sebenarnya boleh cover untuk makan seminggu di rumah. Saya ambil contoh. Harga makanan dan minuman untuk 2 orang dewasa. 3 orang kanak-kanak boleh mencecah RM40 jika saya makan di luar. Sedangkan dengan kos RM40 saya boleh beli ayam, sayur , ikan, telur untuk seminggu. 

5. Melabur Dalam Amanah Saham. Rasanya semua orang dah biasa dengan dengan ASB, ASN, ASW dan lain-lain amanah saham. Minta bantuan rakan anda yang menjadi Agen Amanah Saham untuk mencadangkan Amanah Saham yang sesuai dengan anda. Minta nasihat mereka terlebih dahulu sebelum buat keputusan.

6. Simpan stok di rumah. Saya pernah habis stok beras dirumah. Terpaksa pergi beli di kedai runcit dengan harga yang lebih tinggi. Sedangkan saya boleh beli beras dengan harga yang lebih murah di pasaraya. Kadangkala, di pasaraya ada buat promosi, boleh dapat murah lagi. Jadi, duit lebihan itulah akan menambahkan duit anda 

7. Beli barang semasa Sale. Selalunya hujung tahun ada Year End Sale (YES). Jadi, ambil peluang ini untuk shopping baju dan seluar kerja baru. Tapi, anda kena berhati-hati, kadangkala ada peniaga yang ambil kesempatan dengan menaikkan harga masa ini. Jadi, anda kena bijak.. saya selalu beli baju dan seluar masa nak raya sebab banyak sale masa ni. Bayangkan baju yang berharga RM159 sebelum sale saya boleh dapat dengan harga RM35 je. Kan ke saya boleh jimat duit saya sebanyak RM124. 

8. Menawarkan Servis. Servis ataupun perkhidmatan yang ada boleh lakukan adalah seperti servis buat laman web, servis pengiklanan, servis buat video, servis buat blog, servis trafik, servis menulis artikel, servis memasak dan pelbagai lagi servis berdasarkan kemahiran yang anda ada.Anda boleh tawarkan servis anda itu di murahnya ataupun fiverr

9. Rancang Perjalanan. Jika anda ada urusan di luar, cuba rancangkan perjalanan anda agar urusan anda boleh diselesaikan dalam perjalanan. Tak perlu pergi/balik banyak kali. Anda pun tahu, harga petrol mahal sekarang ni. Ambil contoh, jika anda nak ambil duit di ATM. Cuba buat perkara ini semasa dalam perjalanan pulang rumah. Jangan anda keluar rumah semata-mata nak ambil duit di ATM dan kemudian terus balik rumah. Kan ke membazir petrol je tu.

10. Hentikan Merokok. Harga rokok sekarang ni dah RM10.20 sekotak untuk 20 batang. Kalau sehari anda merokok 2 kotak dah RM 20.40. Kalau anda berhenti merokok, sebulan anda dah jimat sebanyak RM612. Banyak tu.. boleh bayar ansuran kereta.

Setakat itu sahaja perkongsian saya tentang 10 cara untuk buat duit dan jimat duit. Melalui cara menjimatkan duit anda, anda boleh gunakan duit tersebut untuk beli perkara yang boleh memberikan manfaat buat anda. Contohnya membelikan panduan ini: http://goo.gl/7WoZo

Read more ...

3 Masalah Utama Bisnes Internet

3 Masalah Utama Bisnes Internet | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,





Setiap hari saya akan check email sekurang-kurangnya 5 kali iaitu awal pagi, waktu sarapan, waktu lunch, selepas waktu pejabat dan juga waktu malam. Kadangkala pernah juga lebih daripada 5 kali. Saya banyak menerima email peluang Bisnes Internet, Pelaburan Internet dan juga Kerja Sambilan di Internet.  Daripada pemerhatian saya, kebanyakan orang yang menceburi bidang bisnes internet adalah terdiri daripada mereka yang masih bekerja sepenuh masa di sektor kerajaan atau sektor swasta. Tak ketinggalan juga golongan pelajar yang akan masuk ke alam pekerjaan. 

Ramai yang terlibat dengan Bisnes Internet kerana ini kerana terpengaruh dengan rakan yang tayang duit yang banyak, gambar kenderaan mewah, gambar percutian di luar negara dan sebagainya. Mereka melihat seolah-olah sangat mudah untuk menjana duit melalui internet.

Lalu, ramai la yang mula menjejak kaki ke dunia bisnes internet dengan harapan mendapat seperti mana yang merera idamkan. Namun, setelah menghabiskan masa menunggu berbulan-bulan hingga bertahun, akhirnya meraka sedar bahawa harapan tinggal harapan. Pulangan yang diharapkan, punah begitu sahaja. Duit habis dilaburkan, satu sen pun tak dapat balik. Hutang pulak keliling pinggang.

Kejadian ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana semua pakar ekonomi dan pakar bisnes di dunia pun memberikan statistik yang sama iaitu 90% daripada mereka yang ingin menjana wang melalui bisnes internet akan gagal.

Selalunya, kebarangkalian untuk gagal lebih tinggi kepada mereka yang masih bekerja sepenuh masa tetapi masih ingin mencuba masuk ke gelanggang bisnes internet. Sebabnya mereka perlu bahagikan masa untuk bekerja dan juga bisnes internet. Sebenarnya lebih ramai yang gagal jika nak dibandingkan dengan mereka yang betul-betul berjaya

Oleh itu, hari ini saya nak kongsikan 3 Masalah Utama Nak Buat Bisnes Internet yang dihadapi oleh  seseorang pekerja sepenuh masa yang ingin buat Bisnes Internet sebagai cara untuk menjana wang tambahan

1.  1001 Cara Buat Duit Melalui Internet

Sepertimana yang saya kongsikan, saya menerima banyak email berkenaan cara untuk buat duit di internet. Kadangkala saya jadi keliru nak pilih bisnes internet yang mana satu. Ada yang suruh beli ebook, ada yang tawarkan penjualan laman web keahlian, ada yang suruh jual produk fizikal, ada yang kata buat bisnes lelong, jual beli domain, jual laman web, reseller, affiliate, servis dan pelbagai lagi model bisnes internet yang lain. Kalau anda betul-betul kaji memang terdapat pelbagai strategi dan model bisnes internet yang boleh kita lakukan untuk menjana wang melalui internet.

Yang menjadi masalahnya sekarang, bagaimana seseorang yang baru dan tidak mempunyai pengalaman nak pilih mana satu yang terbaik untuk mereka?


Kalau anda sedang promosikan model bisnes A, sudah pasti anda akan menyatakan model bisnes anda paling mudah dan senang nak buat duit. Ini akan menjadikan orang baru dalam dunia bisnes internet jadi celaru..

2.  Kepantasan Penjanaan Wang

Selepas dah pilih model bisnes yang sesuai, timbul pula masalah kedua iaitu dari segi kepantasan penjanaan wang. Ramai yang gelap mata bila tengok duit yang banyak. Mereka fikir dengan hanya ikut beberapa langkah mudah, duit akan terus masuk ke dalam akaun wang simpanan mereka. Banyak juga bisnes internet yang saya jumpa menggunakan model Skim Cepat Kaya. Masuk duit, lepas tu tunggu je duit masuk ke akaun


Anda kena terima hakikat bahawa bukan senang nak menjana duit di internet. Selalunya anda kena tunggu hingga 6 bulan untuk melihat RM1 yang pertama melalui bisnes internetnya. Ada juga yang dah lebih satu tahun pun masih belum dapat menjana satu sen pun melalui internet.

Perkara ini berlaku sebab strategi dan model bisnes internet yang salah. Jika langkah pertama dah salah, lambat la nak menjana wang pertama. Tapi, tak semua strategi dan model bisnes internet dihasilkan sama sahaja. Ada yang jauh lebih pantas dari strategi lain dan anda perlu mempelajari perbezaannya dan membuat pilihan yang sewajarnya untuk mencapai kejayaan dengan pantas melalui internet.

3. Kekurangan Mentor Sesuai


Kalau anda belajar tanpa berguru agak lambat untuk berjaya. Oleh itu, carilah mentor yang sesuai dengan model bisnes internet anda. Saya dapati kat Malaysia ini masih kurang mentor atau pakar yang boleh kita pelajari dan dalami ilmunya mengenai cara untuk menjana pendapatan tambahan 4 – 5 angka sebulan melalui internet walaupun kita masih berkerja sepenuh masa.

Kebanyakan pakar bisnes internet yang ada pun adalah mereka yang menjalankan bisnes internet mereka secara sepenuh masa. Ada juga beberapa pakar bisnes internet yang masih berkerja sepenuh masa dan mampu menjana pendapatan yang lumayan melalui internet. Tapi, mereka ni jarang nak kongsikan rahsia  mereka kepada orang lain. Menyebabkan anda susah nak dapat pengetahuan dan pengalaman. 

Inilah 3 Masalah Utama Nak Buat Bisnes Internet yang berlaku terhadap pekerja sepenuh masa yang ingin belajar cara menjana wang melalui internet.Disebabkan masalah ini, saya pun mula membuat kajian dan penyelidikan di internet, Akhirnya saya terjumpa satu pakej hebat yang saya yakin boleh membantu menyelesaikan ketiga-tiga masalah utama anda tadi.

Pakej yang saya maksudkan adalah Pakej Usahawan Makan Gaji yang telah dihasilkan oleh salah seorang Pakar Bisnes Internet di Malaysia iaitu saudara Eruwan Gerry. Kenapa saya syorkan pakej ini adalah kerana

1. Beliau merupakan satu-satunya Pakar Bisnes Internet yang masih berkerja sepenuh masa tetapi sudah mampu menjana pendapatan tambahan 4 – 5 angka sebulan hanya melalui internet!

2. Strategi yang beliau kongsikan merupakan strategi yang terjamin boleh menjana wang pantas untuk anda dan tidak memerlukan sistem yang sukar dan masa yang lama untuk mempelajarinya.

Apa yang anda akan dapat dengan Pakej Usahawan Makan Gaji ini adalah

1. 18 Video Panduan mantap yang dapat membantu anda untuk mencapai kejayaan sebagai seorang Usahawan Makan Gaji


2. Bonus Bernilai RM650

3. Jaminan 30 Hari 100% Wang dikembalikan



Read more ...