Thursday 6 December 2012

10 Cara Untuk Buat Duit dan Jimat Duit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak kongsikan kepada semua tentang 10 cara untuk Buat Duit dan Jimat duit. Saya dapati ramai orang nak buat duit lebih sekarang ni. Tambahan pula dengan kenaikan harga barang  sejak akhir-akhir ini. Walaupun kerajaan ada mengumumkan kenaikan gaji kepada kakitangan kerajaan. Tapi dalam masa yang sama harga barang pun baik juga. Jadinya, naik gaji pun sama juga la nilai perbelanjaan kita. Saya dah pernah cuba beberapa cara untuk menambah pendapatan ni. Antaranya saya pernah join MLM, Autosurf, HYIP, jual prepaid, jual barang kesihatan, agen insurans, unit trust dan sebagainya. 

Tapi, hari ni saya tak mau kongsi semua tu. Saya nak berikan 10 cara untuk Buat Duit dan Jimat duit . Mari kita mulakan yer..

1. Jual Barang Terpakai. Cuba tengok di sekeliling rumah anda. Ada tak barang berharga yang boleh dijual di internet. Contoh mudah yang saya boleh berikan adalah anda boleh jual surat khabar lama, botol, tin-tin susu, botol mineral dan lai-lain lagi. Kalau anda ada simpan peti ais yang masih elok. boleh juga anda jualkan...nak jual dimana? kan ada banyak tempat sekarang ni.. anda boleh jual di mudah.my atau lelong

2. Jimatkan bil letrik. Saya pernah cuba cara ini. Sebelum keluar rumah pastikan semua suis lampu dipadamkan. Kalau boleh tutup suis televisyen, komputer, kipas, radio dan lain-lain alat letrik selepas habis guna. Jangan biarkan suis televisen 'on' walaupun anda dah off kan melalui remote control.Jangan biarkan TV dan lampu terbiar tanpa ditutup walaupun tiada orang menonton

3. Pelaburan Emas dan Perak. Selain daripada pelaburan di Amanah Saham, anda juga boleh cuba melabur dengan Pelaburan Emas dan Perak. Jangan sertai skim yang menawarkan pulangan tetap setiap bulan. Selalunya, skim macam tu mirip seperti skim cepat kaya. Beli emas dan perak daripada agen yang berdaftar seperti Public Gold ataupun GCP. Anda boleh rujuk post saya 87 Syarikat Pelaburan Tidak Sah untuk mengetahui syarikat yang tak daftar dengan Bank Negara. Ini bagi mengelak dari di tipu 

4. Kurangkan makan di luar. Kos untuk sekali makan di luar sebenarnya boleh cover untuk makan seminggu di rumah. Saya ambil contoh. Harga makanan dan minuman untuk 2 orang dewasa. 3 orang kanak-kanak boleh mencecah RM40 jika saya makan di luar. Sedangkan dengan kos RM40 saya boleh beli ayam, sayur , ikan, telur untuk seminggu. 

5. Melabur Dalam Amanah Saham. Rasanya semua orang dah biasa dengan dengan ASB, ASN, ASW dan lain-lain amanah saham. Minta bantuan rakan anda yang menjadi Agen Amanah Saham untuk mencadangkan Amanah Saham yang sesuai dengan anda. Minta nasihat mereka terlebih dahulu sebelum buat keputusan.

6. Simpan stok di rumah. Saya pernah habis stok beras dirumah. Terpaksa pergi beli di kedai runcit dengan harga yang lebih tinggi. Sedangkan saya boleh beli beras dengan harga yang lebih murah di pasaraya. Kadangkala, di pasaraya ada buat promosi, boleh dapat murah lagi. Jadi, duit lebihan itulah akan menambahkan duit anda 

7. Beli barang semasa Sale. Selalunya hujung tahun ada Year End Sale (YES). Jadi, ambil peluang ini untuk shopping baju dan seluar kerja baru. Tapi, anda kena berhati-hati, kadangkala ada peniaga yang ambil kesempatan dengan menaikkan harga masa ini. Jadi, anda kena bijak.. saya selalu beli baju dan seluar masa nak raya sebab banyak sale masa ni. Bayangkan baju yang berharga RM159 sebelum sale saya boleh dapat dengan harga RM35 je. Kan ke saya boleh jimat duit saya sebanyak RM124. 

8. Menawarkan Servis. Servis ataupun perkhidmatan yang ada boleh lakukan adalah seperti servis buat laman web, servis pengiklanan, servis buat video, servis buat blog, servis trafik, servis menulis artikel, servis memasak dan pelbagai lagi servis berdasarkan kemahiran yang anda ada.Anda boleh tawarkan servis anda itu di murahnya ataupun fiverr

9. Rancang Perjalanan. Jika anda ada urusan di luar, cuba rancangkan perjalanan anda agar urusan anda boleh diselesaikan dalam perjalanan. Tak perlu pergi/balik banyak kali. Anda pun tahu, harga petrol mahal sekarang ni. Ambil contoh, jika anda nak ambil duit di ATM. Cuba buat perkara ini semasa dalam perjalanan pulang rumah. Jangan anda keluar rumah semata-mata nak ambil duit di ATM dan kemudian terus balik rumah. Kan ke membazir petrol je tu.

10. Hentikan Merokok. Harga rokok sekarang ni dah RM10.20 sekotak untuk 20 batang. Kalau sehari anda merokok 2 kotak dah RM 20.40. Kalau anda berhenti merokok, sebulan anda dah jimat sebanyak RM612. Banyak tu.. boleh bayar ansuran kereta.

Setakat itu sahaja perkongsian saya tentang 10 cara untuk buat duit dan jimat duit. Melalui cara menjimatkan duit anda, anda boleh gunakan duit tersebut untuk beli perkara yang boleh memberikan manfaat buat anda. Contohnya membelikan panduan ini: http://goo.gl/7WoZo

5 comments:

  1. hi...nice blog...visit my blog tooo...http://www.beautyummi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. tips no 10 plg rmai lelaki yg susah nak buat..hehe

    ReplyDelete
  3. @lynnda, terima kasih sudi lawat blog saya. InsyaAllah saya akan melawat blog lynda

    ReplyDelete
  4. @ciktom, memang betul ciktom. Memang payah nak berhenti rokok ni.. kena kuat iman

    ReplyDelete
  5. Duit banyak hati pun senang duit takdak selalu susah hati nak kena belajar jimat cermat skrg eapecially kalau breakfast /lunch selalu mkn luar

    ReplyDelete

Takkan baca je..Komen la sikit..:)

Note: only a member of this blog may post a comment.

Contact Form

Name

Email *

Message *