Showing posts with label dropship baju. Show all posts
Showing posts with label dropship baju. Show all posts

Monday 8 July 2013

15 Sebab Buat Duit Dengan Bisnes Dropship 2013

Projek Raya 2013
sumber gambar: kacamatahitam.com

15 Sebab Buat Duit Dengan Bisnes Dropship 2013. Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah untuk dijalankan dan sangat disyorkan kepada anda yang baru nak menceburi bidang perniagaan internet kerana anda boleh bermula tanpa modal besar dan tanpa perlu menyimpan stok. Hari ini saya akan kongsikan 15 Sebab Buat Duit Dengan Bisnes Dropship 2013

1. Produk disediakan oleh pengusaha dropship@dropshipper. Jadi anda tak perlu susah payah buat produk sendiri

2. Barang di hantar oleh dropshipper. Jadi anda boleh jimat duit minyak dan tol 

3. Barang dibungkus oleh pengusaha dropshipper. Anda tak perlu fikir pun cara nak bungkus/packing barang

4. Kos penghantaran ditanggung oleh pengusaha dropshipper. Walaupun kos kurier dan pos naik itu bukan masalah anda. Anda cuma perlu buat order sahaja.

5. Menjimatkan ruang rumah anda sebab tak perlu simpan stok banyak-banyak. Bila ada orang order baru anda order dengan dropshipper.

6. Anda dapat duit cash direct daripada pembeli. Tak perlu tunggu komisen hujung bulan

7. Dropship adalah bisnes long term. Akan sentiasa berterusan selagi ada orang mencari produk tersebut

Projek Raya 2
Sumber: handbagwholesale.my

8. Tugas anda cuma buat promosi sahaja. Selalunya bahan promosi seperti gambar produk dan juga testimoni disediakan oleh pengusaha. 

9. Selalunya produk dropship ni banyak permintaan. Jadi, mudah nak promosi sebab ramai yang dah tahu. Cuma kena pandai menjual 

10. Keuntungan tak terhad.Anda rajin usaha anda dapat lebih. Kalau anda suka duduk diam-diam. income pun diam je la

11.Anda boleh jual banyak produk dalam suatu masa. Tak terikat kontrak dengan mana-mana syarikat

12.Tak perlu keluar modal 4 -5 angka untuk membeli barang untuk simpan stok. Kalau tak laku sapa yang rugi? 

13.Tak perlu tanggung kerugian kalau stok tak laku atau tak habis dijual

14. Berniaga hanya daripada rumah sahaja. Dah tu sambil duduk depan laptop atau pc. Yang penting pandai online banking la.

15. Sangat sesuai buat anda yang pemalu. Sebabnya tak perlu nak bercakap secara direct dengan pembeli pun. Cukup sekadar guna ayat-ayat power dan gambar yang mengancam.

Begitulah 15 Sebab Buat Duit Dengan Bisnes Dropship 2013 yang dapat saya senaraikan buat anda semua. Terpulang kepada anda nak buat ke tidak. Sekiranya anda dah betul-betul minat nak buat duit sebelum raya tahun 2013 ni, saya sarankan anda baca Projek Buat Duit Sebelum Raya 
Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *