Thursday 29 November 2012

3 Blog Pilihan Terbaik

3 Blog Pilihan Terbaik | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.


3 blog pilihan terbaik


Malam tadi baru je masuk blog cik tom. Ada baca entry pasal blog ciktom tersenarai dalam 3 Blog Pilihan Terbaik. Jadi nak cuba-cuba nasib la dengan contest SEO anjuran bro Amirez. Cabaran Eyriqazz vs Denaihati saya tak join sebab takut nak cuba. Kali ni belasah aje la. Mana tau boleh pelajari ilmu baru cara nak tingkatkan SEO blogspot saya ni. 

3 Blog Pilihan Terbaik pada kedudukan pertama adalah Denaihati. Bagi saya bro Denaihati adalah seorang yang pemurah. Ada saja contest yang dianjurkan oleh beliau. Sebab tu la beliau gunakan tagline Hidup Untuk Memberi. Macam baru-baru ni ada contest iPhone 5 Gadget Impian. Saya tak ikut serta dalam contest ini. Sekadar support kawan-kawan aja.

Manakala di kedudukan Ke-2 pula adalah blog Ciktom. Saya tak ingat bila pertama kali saya masuk ke blog ciktom ni. Rasanya saya jumpa blog ciktom melalui google.com.my kot Tapi tak tau keyword apa la. Bagi saya ciktom ni sangat hebat dalam penulisan blog. Selalunya saya akan baca entry ciktom sampai habis. Tak jemu untuk membaca dan komen di blog ciktom ni. 

Blog Pilihan Ketiga saya adalah Saljuhumairah kerana beliau selalu share kata-kata hikmah di blog beliau. Blog ini saya kategorikan sebagai blog penyejuk hati. Sebab banyak pengajaran yang saya boleh dapat di blog saljuhumairah ni 

“Contest 3 Blog Pilihan Terbaik ini dianjurkan oleh Amirez (dot) com dan ditaja oleh ContengConteng, Nurqider, Muazfariz, Azri, Shaharil, Firdaus Latib, Saljuhumairah, Ladfe Amir, CitaReka, Yaa Designs, Aiman Aziz, Hadi Hanafee dan Impiana Guest House 
Read more ...

Wednesday 28 November 2012

Komisen Pertama Psikologi Trafik

Salam 1 Blogger,

Alhamdulillah hari ini saya dah terima komisen Pay Per Lead (PPL) Psikologi Trafik daripada Tuan Mohd Salehuddin Salimin atau lebih dikenali sebagai solehpolysas. Walaupun laporan ini diberikan PERCUMA tapi ia sangat bernilai kepada sesiapa yang amat memerlukan trafik yang tinggi bagi blog mereka. 

Komisen Psikologi Trafik
  
Jadi, sekiranya anda semua berminat nak buat duit dengan PPL ni, saya sangat sarankan anda klik saja link Psikologitrafik.com/affiliates. Cara pendaftaran PPL anda boleh rujuk post saya bertajuk sapa nak duit free.

Selepas daftar PPL, download laporan PERCUMA psikologitrafik. Saya sangat galakkan anda download, baca & nilai dahulu kualiti ilmu yg cuba disampaikan. Bila sudah faham, baru mudah nak promosikan. Sekiranya anda ada masalah nak buat promosi boleh rujuk post  7 cara promosi tanpa modal.

p/s- Sesiapa yang dah berjaya dapat RM 0.30 pertama sila maklum di bahagian komen yer..









 
Read more ...

Give Away Dot My

Give Away Dot My 


Give Away Domain Dot My
Click banner untuk detail
Assalammualaikum semua,


Semakin ramai pulak rakan blogger yang buat Give Away akhir-akhir ini. Semua ini gara-gara IPhone 5 Gadget Impian anjuran blog Denaihati. Sapa yang tak nak iPhone 5 percuma. Kalau diberi peluang saya pun nak sertai contest tersebut. Berbalik kepada tajuk diatas, entry kali ni adalah berkenaan Give Away Dot My anjuran saudara Khairul Zamri. Kalau nak join klik je banner diatas tu yer

Tarikh tutup penyertaan giveaway ini: 
Tepat jam 11.15 malam, Selasa 27 Nov 2012

Pengumuman Pemenang:
Rabu, 28 Nov 2012

P/s- Penyertaan saya ini sekadar beri support aje... Tak harap sangat pun nak menang Give Away Dot My ni
Read more ...

Sunday 25 November 2012

Cara dan Teknik Buat Duit USD Dengan Fiverr

Cara dan Teknik Buat Duit USD Dengan Fiverr

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya kalau anda pandai cari peluang, banyak cara dan teknik untuk buat duit di internet. Yang penting kena rajin. Kalau malas usaha, sekadar tunggu peluang datang susah la anda nak berjaya. ok.. Hari ni saya nak kongsikan Cara dan Teknik Buat Duit USD dengan Fiverr. Sebelum anda bemula, anda perlu kenal dulu dengan Fiverr.


Apa Itu Fiverr?

Fiverr merupakan sebuah laman web yang sediakan tempat kepada anda untuk menawarkan servis/perkhidmatan, menjual produk atau apa saja dengan harga 5 US Dollar sahaja.

Di Fiverr cuma ada 2 kategori pengguna iaitu :

i.          Penjual – menawarkan pelbagai produk dan servis/perkhidmatan
ii.         Pembeli produk atau servis/perkhidmatan

Jika anda nak buat duit di Fiverr, anda mestilah menjadi penjual dengan menawarkan sebarang bentuk produk, servis/perkhidmatan atau kerja mudah dengan harga tetap 5 US Dollar sahaja. Saya pasti anda mesti ada kemahiran unik yang boleh anda boleh tawarkan di Fiverr. Berdasarkan pemerhatian saya, antara servis/perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi di laman Fiverr adalah seperti perkhidmatan iklan, kemahiran grafik, programming, penulisan artikel, servis SEO, pemasaran sosial dan lain-lain lagi servis/perkhidmatan.

Bagaimana Nak Mula

Untuk bermula anda hanya perlu daftar akaun di laman Fiverr. Pendaftaran pun percuma sahaja. Yang penting baca terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Fiverr. Selalunya tak ada syarat yang susah pun.

Harga untuk produk atau servis/perkhidmatan adalah pada harga 5 USD sahaja. Tapi jumlah bersih yang anda akan dapat untuk setiap order yang siap dan dihantar pada pelanggan cuma 4 USD. Pihak Fiverr  mengenakan caj 1 USD bagi setiap transaksi jualan berjaya. Anda mesti ada akaun Paypal bagi urusan jual-beli di laman Fiverr. Daftar akaun Paypal di sini https://www.paypal.com . Pendaftaran akaun Paypal juga percuma.


Jana Duit Di Fiverr

Untuk lebih memahami bagaimana Fiverr berfungsi, anda boleh terokai apa yang ada di laman Fiverr. Sudah  ramai IM yang berjaya menjana pendapatan di laman Fiverr dengan menyediakan servis/perkhidmatan yang ringkas dan mudah. Kalau anda pandai mengambil peluang, inilah lubuk duit USD. Baru-baru ini saya ada kongsikan teknik trafik 45k UV sebulan. Servis trafik adalah antara servis yang banyak dicari di Fiverr. Mungkin anda boleh cuba tawarkan servis ini Fiverr. 

fiverr traffic
Tapi jika anda masih ragu-ragu dan buntu nak buat servis apa kat Fiverr saya cadangkan anda download tips PERCUMA teknik mudah dan pantas jana wang USD di Fiverr

Saya rasa anda tak ada masalah untuk memahami langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam Teknik Sifir Fiverr ini kerana mudah difahami. Teknik dan penulisan yang disampaikan oleh saudara Idil Ikhwan yang lengkap dengan screen shot sudah cukup untuk bagi sesiapapun faham walaupun anda adalah seorang newbie!
Panduan ini sangat-sangat berguna kepada sesiapa yang nak buat duit USD di Fiverr. Didalam panduan ini ditunjukkan kaedah mencari hot niches dalam fiverr, cara nak buat gigs posting yang terbaik dan strategi untuk buat duit. Cuma tengok testimoni mereka yang berjaya dengan teknik ini


Tak rugi kalau anda dapatkan ebook ini sebab ada jaminan pulangan wang . Sesiapa yang berminat sila klik banner di bawah ini.

sifir fiverr


Update: ada testimoni tambahan di dalam ruangan komen



 
Read more ...

Friday 23 November 2012

1st Giveaway: Contest iPhone 5 Gadget Impian Mummy Akmar

1st Giveaway: Contest iPhone 5 Gadget Impian Mummy Akmar

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya buatkan entry khas ini untuk support giveaway rakan blogger Mummy Akmar. Kebetulan Mummy Akmar semalam ada memberikan komen di blog saya ni. Rasanya tak salah saya beri sokongan buat Mummy Akmar mengadakan giveaway ini. Saya dapat merasai betapa Mummy Akmar sangat mendambakan Iphone-5 ini. Saya doakan semoga impian mummy tercapai hendaknya.
 
iPhone 5 Gadget Impian

Artikel ini penyertaan untuk 1st Giveaway Blog Qashmere Untuk Contest iPhone 5 Gadget Impian ditaja oleh Style Me Gorgeous By Qashmere dan Blog Qashmere.

Mari kita sama-sama terjah blog Mummy Akmar untuk support Contest iPhone 5 Gadget Impian.
Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *