Assalam semua,
Rakan-rakan semua perasan tak kat google adwords setiap hari ada iklan Program Response Ringgit. Kalau masuk di laman iklan percuma juga ramai yang dok promosi response ringgit. Setelah mengkaji tentang Program response ringgit ni saya dapati ada ciri-ciri macam scam sahaja. Ini adalah kerana dalam laman web tersebut tidak dinyatakan apa produk dan perkhidmatan yang disediakan. Ini menyebabkan kita masih tidak jelas dan ragu-ragu dengan Program Reponse Ringgit ini.Ini adalah screen shot yang saya ambil dari website response ringgit
Senang sungguh kerja dengan response ringgit ni. Ini adalah petikan ayat daripada laman web tersebut
ANDA SEBAGAI AGEN RESPONSE RINGGIT
Sebagai agen kami, anda akan dibayar RM50.00 untuk setiap pelanggan yang anda respon. Secara minimum anda akan memberikan respon kepada 10 pelanggan kami sehari. Jadi, anda akan dibayar RM500.00 terus ke akaun bank anda pada hari yang sama.
Katakan anda memberikan respon kepada 20 pelanggan setiap hari, anda akan mendapat RM30,000 sebulan.
Setelah menyertai program ini, anda boleh memilih cara pekerjaan anda iaitu Part Time/Full Time mengikut kemahuan masing-masing.
RESPON 1 PELANGGAN => ANDA AKAN DIBAYAR RM50.00
Sekiranya Part Time => 10 Pelanggan Sehari=> Gaji Anda RM15,000
Sekiranya Full Time => 20 Pelanggan Sehari => Gaji Anda RM30,000
**Anda akan dibayar terus ke akaun bank anda setiap hari.
(Anda boleh menggunakan sebarang bank di Malaysia)
Untuk anda menyertai program ini, kami hanya memerlukan yuran pendaftaran sekali bayar sahaja.
Tak payah kerja penat-penat dah boleh dapat RM 15,000 - RM 30,000. Sapa yang tak mau kerja senang macam tu. Tentu ramai yang terpengaruh sebab boleh dapat duit banyak. Saya pun menggoogle lagi untuk mengkaji tentang Program Response Ringgit ni. Saya terjumpa pula dengan response2u.com
Program response2u.com ini popular sekitar tahun 2009 yang lalu. Tapi konsep yang sama digunakan disini dimana agen perlu response kepada pelanggan agen akan dapat RM50. Pendapatan yang dijanjikan oleh response2u.com dan Ringgit Response juga sama sahaja iaitu. Part Time RM 15,000 sebulan manakala Full Time RM 30,000 sebulan. Tetapi untuk sertai Program response2u.com lebih murah iaitu sebanyak RM40 sahaja. Komisen affiliate sebanyak RM10.
Manakala Program Ringgit Response mengenakan bayaran sebanyak RM89. Komisen Affiliate sebanyak RM40. Tinggi juga komisen yang diberikan. Jadi, RM89-40 = RM49 keuntungan yang dijanakan untuk seorang. Kalau 100 orang x 49 = 4900 sehari
Oleh itu, sebelum rakan-rakan semua sertai Program Ringgit Response ni, harap kaji la dulu dan bertanya dengan lebih tahu selok belok perniagaan internet. Jika anda rasa entry ini berguna sila share dengan rakan-rakan anda semua
sekian
*******************************************************
Baca juga
1. Cara Nak Dapat Komisen Affiliate!
2. Jalan Pantas Berjaya Dalam Perniagaan Internet
3. Strategi Jana RM1,000 - RM3,200 Di Internet
4. Rahsia Forex Trader Jana Wang 5 Angka Seminggu
5. Pelaburan Silver Lebih Hebat Dari Pelaburan Emas
6. Buat Duit Dengan Youtube!
*******************************************************
salam...nk tanya ckit pasal response ringgit
ReplyDeleteprogram ini betul-betul ke atau scam...
ReplyDeleteSy ade baca psl response ringgit ni.ramai yg ckp tipu. lps bnkin penyertaan xdepun link yg diberi. so sy jg was2 nak join. Better baca dan cr kat goggle dlu sblm join progrm yg xtau btlke tak ni. Menjana pendapatan melalui online memang berkesan jika tahu teknik dan strategi yang betul. Jom baca laporan rahsia secara percuma melalui : http://www.formulaluarbiasa.com/recommends/rahsiabuatduit-2u
ReplyDelete