Cara buat duit dengan Affiliate. Kepada follower blog ini tentu anda perasan saya selalu cerita pasal Affiliate.
Paling syok bila dapat email yang bertajuk..Tahniah! anda dapat komisen
Memang syok betul perasaan masa tu..nak lompat
Sejak mula bina blog ini sehingga kini memang itulah target utama saya iaitu berkongsi tentang bisnes online mempromosi produk orang lain iaitu Affiliate
Setiap pembelian melalui link Affiliate anda, anda akan memperolehi komisen
Post kali ini saya nak kongsikan pengalaman buat affiliate untuk produk ebook. Selalunya komisen untuk produk ebook lebih tinggi berbanding produk fizikal
Sebelum ini saya buat affiliate jobdirumah.com, tapi sekitar tahun 2017 program ini tiba-tiba dihentikan. Pada masa itu jumlah komisen yang saya berjaya dapat sekitar 4 angka
Cara nak buat Affiliate
- Pemilihan topik
- Pemilihan platform Affiliate
- Cara untuk promosi
- Buat konten yang berkualiti
- Menarik trafik ke blog
- Cara dapat klik ke link Affiliate
Langkah 1 : Pemilihan Topik
Mula-mula pilih topik yang anda minat
Saya suka topik buat duit,jadi dalam blog ini saya akan ceritakan tentang pelbagai cara nak buat duit di internet
Anda boleh kecilkan lagi topik buat duit kepada Cara nak buat duit di shoppe dan cara buat duit di lazada
Berdasarkan pemerhatian saya, penjual di shopee dan lazada ni sama ja.. cuma beza platform.
Jadi anda perlu pilih topik yang sesuai untuk anda tulis
Langkah 2 : Platform Affiliate
Ada 2 platform yang boleh anda pilih
komisen rendah - Selalu dalam bentuk produk fizikal. Anda perlu menjual dalam kuantiti yang banyak untuk menjana income yang banyak.
Shoppee pun ada buat affiliate ni. Sebab tu kalau anda perasan ramai yang buat link shoppee di facebook.
Anda boleh cuba 2 platform ini
1. Affiliate Int3mall - daftar PERCUMA jer..rujuk POST INI
2. Affiliate MTWG. Baca penerangan di Telegram sebelum join Komisen
Komisen tinggi - Selalu produk digital seperti ebook, hosting, domain dan lain-lain.Contoh platform Affiliate ni adalah klikjer
Bagi anda yang nak bermula dengan Affiiate, saya syorkan anda mulakan dengan Klikjer. Ini adalah kerana Klikjer menawarkan komisen yang tinggi iaitu 50% . Jadi nak buat 4 angka lebih cepat
Cara daftar di klikjer
1. Klik link ni untuk daftar sekarang
2. Klik butang daftar jadi affiiate
3. Tekan butang signup now
4. Isi semua detail yang diminta
5. Klik Create my account
6. Selesai..anda dah boleh promote ebook klikjer
Langkah 3 : Cara promosi
Ada banyak cara nak promote affiliate ni. Saya sendiri pilih blog sebab suka menaip
Antara cara lain yang boleh anda cuba
1. Laman web
2. Youtube
3. Tik Tok, FB, IG
Nak promote kena sesuai dengan topik anda dan tempat tumpuan orang. Orang yang suka masak suka tengok video
Jadi guna youtube lebih sesuai jika anda nak promote ebook berkaitan masak
Nak promote di blog boleh juga..cuma kena belajar pasal teknik SEO
Saya sangat suka guna teknik SEO sebab ianya PERCUMA dan trafik yang masuk memang sampai ke blog guna keyword yang dicari
Saya pernah tulis tentang 7 cara promote Affiliate
Langkah 4 : Buat konten yang berkualiti
Anda perlu buat kandungan konten yang berkualiti jika nak blog affiliate anda dikunjungi ramai. Yang penting boleh selesaikan masalah pembaca
Kena ada ilmu
Sebelum anda nak promote link Affiliate , anda sepatutnya dah beli, baca dan ambil tindakan seperti dalam ebook.
Kemudian anda ceritakan semula kepada pembaca serta tunjuk hasil anda dah dapat
Macam mana anda nak cadang orang lain jika anda sendiri pun belum cuba
Langkah 5 : Menarik Trafik ke Blog
Buat konten yang berkualiti pun tak guna kalau takda orang baca. Langkah seterusnya adalah anda perlu menarik trafik ke blog anda agar ramai pembaca.
Bila ramai orang baca, peluang untuk orang klik lebih tinggi
Baca tulisan saya tentang cara dapat trafik blog
1.Cara berbayar
Cara ini memerlukan kos untuk tarik trafik ke blog. Anda boleh guna google ads ataupun FB Ads
Selepas anda bayar, trafik anda masuk.
Tapi kekurangannya selepas habis bajet, tiada lagi trafik akan masuk ke blog anda
Bagi anda yang baru tak perlu guna cara ini kerana duit akan habis..hasil takda
2. Teknik SEO
Saya belajar macam-macam cara untuk bagi blog ini dikenali di engine carian seperti google, yahoo..
Jika orang cari di google dan ternampak blog anda di kedudukan nombor satu atau teratas..anda berpeluang untuk dapat trafik secara percuma melalui teknik SEO
Untuk guna teknik ni..anda perlu fikir macam mana pembaca fikir
Sebagai pembaca..apa yang anda akan taip untuk cari sesuatu maklumat
Jadikan keyword itu sebagai konten blog.
Cuba anda try taip d google dan cari "cara promosi affiliate"
3. Teknik Zero Cost marketing
Ada satu cara nak buat affiliate yang boleh digunakan untuk jana komisen secara zero kos marketing.
Rakan saya berjaya jana RM6 ribu sebulan hanya gunakan teknik ini sahaja..wow lumayan tu
Ini Testimoni yang dah guna teknik zero kos
Apa teknik yang dia guna?
Dia guna "teknik kolam" untuk potong kos marketing..ketahui cara dia buat dengan tekan LINK INI
Semoga selepas anda guna teknik2 ini..anda berjaya buat komisen Affiliate yang pertama..
4.Subscribe email
Teknik ni saya pernah cuba juga sebelum ini..semasa promote jobdirumah dulu saya pernah guna
1. Follow Up Prospek
Anda perlu tahu, tak semua prospek akan membeli bila mereka jumpa sesuatu. kadangkala ambil masa berhari-hari atau berminggu-minggu
2. Tingkatkan Trust
Sebagai affiliate, kita kena yakinkan prospek untuk.Tapi sebelum mereka beli, mereka nak kenal anda dulu..mereka risau mungkin anda nak scam mereka
Disinilah gunanya kita follow up dengan mereka memberi info-info yang berguna sebelum mereka buat keputusan membeli
Untuk kumpul senarai email, anda perlu memberikan sesuatu yang berharga seperti case study, ebook percuma, dll
Email Autoresponder Percuma
Dulu, saya collect email pembaca guna autoresponder yang percuma saja
saya guna listwire. belajar pun sendiri saja
Langkah 6 : Cara dapat klik ke link Affiliate
Semakin banyak klik ke link affiliate anda, peluang untuk anda dapat komisen juga lebih tinggi
Cara nak letak link pun ada seninya. Jangan letak merata-rata tanpa sebab. Nanti google kata kita spamming
Letak link dekat keyword yang kita nak promote supaya orang tertarik nak klik
Kesimpulan
Walaupun nampak macam senang nak buat duit dengan Affiliate ni, tapi bukan senang nak dapat 4 angka sekelip mata
Anda perlu jana 2 angka dulu, lepas tu 3 angka.
Perlu step by step.
Terima kasih kerana membaca hingga akhir!
No comments:
Post a Comment
Takkan baca je..Komen la sikit..:)
Note: only a member of this blog may post a comment.