Saturday 2 September 2023

Review Buat Duit Dengan Snuppee Mall

Salam 

Baru-baru ni Admin terbaca peluang buat duit terbaru yang sedang berlegar di beberapa media sosial seperti fb, TT dan Lemon iaitu Buat Duit Dengan Snuppee Mall

buat duit snuppee mall


Admin cuba membuat carian di google untuk mengesan website ini, namun tak jumpa website seperti snuppee.com atau snuppeemall.com 

*Update: terkini bila taip di google dah jumpa website snuppeemall ni..Apps pun dah ada d Playstore

Kalau baca cerita orang yang dah join, mereka cuma bagitau mula-mula daftar percuma cuma dapat buat 3 task saja..kalau nak buat duit dan buat task yang banyak kena keluar modal RM50

Disini admin nampak macam ada unsur money game kerana duit yang dibagi bagi adalah hasil daripada duit orang yang join program ini 

Setiap kali ada penyertaan baru, introducer akan dapat duit dan diagih-agihkan 

Lepas itu kena upgrade level  

Tak nampak sangat orang yang promote snuppee Mall ni cerita pasal jualan produk di dalam mall tu, katanya produk ada diskaun sampai 90%

Ianya macam program pelaburan..sebab ianya menjanjikan pulangan setiap hari...hanya dengan buat task mudah..budak2 pun boleh buat..

Cuma buat task up rating untuk pengiklan d shoppee, lazada dan amazon

Sepatutnya pengiklan ni yang bayar kita sebab tolong up rating dia..tapi kita perlu bayar pula sebab nak up rating produk dia..

Admin cuma nak pesan supaya berhati-hati kepada orang yang baru nak join..

Cuba anda baca ayat dibawah ini

*UPGRADE VIP*

💃Anda juga akan mempunyai pendapatan harian subsidy pengiklanan (5%) pendapatan bulanan pula sehingga (50%),anda akan mendapat bayaran subsidy setelah selesai buat tugasan task vip setiap hari jam 11pg

*AKTIFKAN VIP*

Anda perlu aktifkan vip, untuk buat task selama 30 hari (recharge dlm apps snuppee mall buat pembayaran online banking @ tng)

*Modal upgrade vip*

*Vip newbie2 Rm50*

Subsidy Rm2.60 × 30 hari 

= *Rm78*

*Vip junior Rm100*

Subsidy Rm4.99 × 30 hari 

= *Rm149.70*

*Vip intermadiete Rm200*

Subsidy Rm10.99 × 30 hari 

= *Rm329.70*

*Anda juga boleh buat 3 task sehari modal Rm350*

Vip newbie2,vip junior,vip intermediate

Subsidy sehari *Rm18.49*

30 hari *Rm554.70*

Untung sebulan *Rm204.70*

Jemput rakan untuk sertai vip anda berpeluang mendapat ganjaran bonus reward, bonus komisen jualan ahli pengiklanan & komisen promotion ahli bawahan🎉🎊

🥳Banyak lagi ganjaran yang anda akan perolehi setelah upgrade VIP ,jadi apa tunggu lagi jom sertai sekarang!

*Ahli vip dapat redem kod bonus setiap hari jam 6 petang dlm group vip*💰🎉

*WITHDRAWAL* 💸

Minima Rm33 ringgit belum sampai sebulan modal dah dapat balik tanpa lock 🔓wow bestkan😎💃

Suri rumah💁🏼‍♀️pelajar 👩‍🎓ahli keluarga & rakan² pun boleh daftar

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je..Komen la sikit..:)

Note: only a member of this blog may post a comment.

Contact Form

Name

Email *

Message *