Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ni saya nak share tentang komisen ke 7 jomniaga.com yang saya terima baru-baru ini. Alhamdulillah, amaun yang saya terima kali ini agak tinggi sedikit berbanding komisen yang sebelumnya. Rasanya, komisen kali ini adalah yang paling tinggi. Inilah sumber pendapatan tambahan yang saya tercari-cari selama ini. Selama bertahun-tahun saya mencari cara untuk buat duit online, tapi semuanya tak menjadi. Sejak mendalami ilmu Affiliate, rezeki saya semakin bertambah.
Walaupun ramai yang kata buat duit melalui affiliate ni senang, tapi susah sebenarnya. Kebanyakan orang ingat cuma perlu promosi link affiliate sahaja. Memang la promosi link, tapi bagaimana caranya?
Ikut pengalaman saya, anda perlu kuasai teknik pemasaran. Ada pelbagai teknik pemasaran online yang anda perlu tahu. Contohnya:
1. Pemasaran Emel
2. Pemasaran Facebook
3. Pemasaran Fanpage
4. Pemasaran Blog
5. Pemasaran SEO
6. Pemasaran Video Youtube
7. Pemasaran Pay Per Click (PPC) seperti adwords
8. Pengiklanan teks dan banner
Mustahil anda dapat kuasai semua teknik ini dalam jangka masa yang singkat. Tapi, sekurang-kurangnya cuba dahulu teknik pemasaran yang anda rasa sesuai dengan anda. Jika anda masih buntu tentang teknik yang nak digunakan untuk menjana komisen affiliate, saya rasa anda patut tengok website Mesin Komisen
Selama ini saya lebih banyak menggunakan teknik pemasaran blog sahaja. Alhamdulillah, pembaca blog saya banyak menyumbang. Suka saya ingatkan disini teknik pemasaran blog memerlukan trafik, tanpa trafik memang tak ada peluang nak jana pendapatan. Oleh itu, tingkatkan trafik blog terlebih dahulu. Saya ada kongsikan post ini: 10 cara dapatkan trafik ke blog baru. Sekarang ni, saya sedang mencuba tentang teknik pemasaran emel. Saya akan maklumkan perkembangan terkini teknik ini. Nantikan entry seterusnya...
No comments:
Post a Comment
Takkan baca je..Komen la sikit..:)
Note: only a member of this blog may post a comment.