Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

Kenapa buat blog?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
kenapa buat blog

Kenapa buat blog | Dah lama benar saya tak buat apa-apa post kat blog ni. Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk. Jadi, saya tak sempat la nak mengarang entry di blog. Memandangkan hari ini saya ada kelapangan saya nak kongsikan kepada anda semua tentang blog. 

Apakah yang dimaksudkan dengan blog? Blog boleh didefinasikan sebagai satu catatan atau tulisan yang telah dicatat oleh penulisnya di dalam jaringan internet. Kegiatan menulis dan mengubahsuai (update) blog dipanggil 'blogging' dan orang yang melakukan 'blogging' pula dipanggil sebagai 'blogger'. Blog juga adalah 'weblog' (dalam bahasa Inggeris) atau sebuah laman web peribadi yang digunakan bagi tujuan penulisan/jurnal peribadi, catatan atau tulisan yang menceritakan aktiviti harian seseorang penulis blog

Tidak kisah siapa diri anda dan kerjaya anda, sama ada anda seorang penganggur, pelajar, guru,ustaz, jurutera,tukang masak, pemuzik, pelawak, pemilik homestay, penulis buku, peguam, pemandu teksi, olahraga, ahli perniagaan, usahawan Internet, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, website dan blog adalah satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan

Dengan adanya blog anda dapat menambah kawan/rakan, berkongsi maklumat, hasil karya anda, tesis, proposal-proposal, rencana penelitian, hasil-hasil dari penelitian, hasil-hasil dari kajian, masalah yang dihadapi semasa membuat kajian, prototaip, jadual seminar, berkongsi tentang kecemerlangan sekolah atau universiti anda, berkomunikasi dengan sesiapa, meluahkan perasaan dan pelbagai lagi tujuan dan matlamat. Jadi, anda perlu memiliki sebuah blog atau website sendiri.

Melalui penulisan blog, semua orang dapat membaca dan memahami isi hati anda. Ia adalah merupakan cara untuk anda expresi diri, perasaan, idea dan secara tak langsung membina kredibiliti dan melahirkan potensi dari dalam diri anda 


Manakala bagi seorang usahawan pula, melalui website atau blog sudah pasti produk atau servis anda dapat dilihat oleh beribu-ribu ataupun berjuta-juta pengguna internet yang berpotensi menjadi pelanggan anda

Saya dapati ramai yang telah berjaya membina nama dan menjana pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Berdasarkan pemerhatian, boleh dikatakan 99% usahawan Internet memiliki blog sendiri bagi berkongsi idea apakah yang mereka fikirkan dan memberitahu apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet, anda sebenarnya berada dalam kerugian besar jika tidak memiliki blog sendiri untuk membina kredibiliti diri dan perniagaan anda!

Blog adalah merupakan salah satu alat pemasaran yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat atau bakal pembeli) ke website perniagaan Internet mereka. Anda juga boleh ikut cara seperti mereka jika anda tahu caranya..

Dua platform blog percuma yang saya tahu adalah wordpress.com dan blogspot.com. Terpulang kepada anda nak pilih platform percuma yang mana satu. Anda cuma perlu ke web tersebut dan daftar sebagai ahli, Contohnya seperti blog yang anda sedang baca sekarang ini, saya menggunakan plaform percuma daripada google.

Kelebihan menggunakan platform percuma adalah anda boleh mulakan tanpa modal. Manakala kelemahannya ialah isi kandungannya boleh jadi di hack ataupun penyedia perkhidmatan (google) boleh saja menutup blog anda tanpa perlu memberikan sebarang sebab 

Tujuan saya buat blog adalah untuk berkongsi maklumat dengan anda. Saya juga menggunakan blog percuma  ini sebagai latihan sebelum menggunakan platform berbayar. 

Bermula dari sekarang anda bolehlah fikir-fikirkan topik blog apa yang paling sesuai dengan pengetahuan dan minat anda untuk ditulis di blog anda nanti.

Sekian sahaja post saya tentang kenapa buat blogNantikan entry saya seterusnya tentang cara buat blog 
Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *