Showing posts with label Cara membuat Landing Page Blogspot. Show all posts
Showing posts with label Cara membuat Landing Page Blogspot. Show all posts

Saturday 26 April 2014

Cara Nak Buat Landing Page Blogspot

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya pernah membaca email daripada seorang IM yang menyatakan bahawa untuk mula mengumpul senarai email (mailing list) untuk tujuan bisnes online, mesti tahu membina landing page. 

Majoriti IM mencadangkan agar anda melanggan webhosting dan domain berbayar untuk membuat landing page. 

Tapi, masalah utama kebanyakan orang baru di luar sana adalah kekurangan bajet dan juga tak pandai nak setting hosting dan domain. 

Jika anda juga menghadapi masalah yang sama. Saya ingin berikan solusi buat anda. 

Hari ini saya akan kongsikan Cara Nak Buat Landing Page dengan Blogspot. Saya kongsikan buat anda kerana ianya PERCUMA.

Apa itu Landing Page

Landing Page atau kadangkala dipanggil squeeze page atau minisite adalah laman web yang simple tapi menarik dan biasanya hanya 1 halaman sahaja. 

Landing Page digunakan untuk membuat review ringkas terhadap sesuatu produk dan kemudian mengarahkan pelawat ke laman web affiliate produk tersebut. 


Sekiranya rakan tak tahu apa itu affiliate  saya syorkan anda baca DISINI 
  
Landing Page juga biasanya digunakan untuk menangkap data pelawat seperti nama dan email untuk disimpan dalam senarai email (mailing list). 

Dengan memiliki senarai email, anda boleh menghantar email follow up kepada subscriber anda secara berkala.  

Bagaimana cara membuat landing Page ? Cara membuat landing page sebenarnya tak susah. Anda tak perlu memahami bahasa programming yang sukar. 

Dengan hanya kemahiran edit, copy dan paste, anda mampu mengubah blogspot menjadi blog pemasaran atau landing page dengan cara yang mudah difahami bahkan orang yang baru belajar juga mampu membuatnya dengan mudah. 

Ini adalah kerana cara dan tekniknya diberikan secara lengkap dan jelas.  

Sebentar lagi anda boleh terus memulakan langkah membuat landing page dengan menggunakan blog di blogger.com atau blogspot.


Tapi, sebelum anda mula buat landing page di blogspot, anda perlu tahu buat blog terlebih dahulu. Caranya, anda boleh rujuk cara nak buat blog 


Langkah selanjutnya adalah anda perlu install minisite blog yang telah saya sediakan buat anda

Install minisite Blog

Cara install minisite blog cukup mudah, kerana anda cuma perlu upload sahaja. Ikut sahaja langkah-langkah dibawah. 


1. Klik template seperti gambar dibawah



2. Kemudian, klik backup/restore



3. Anda download file minisite DISINI. Nama file minisite tersebut adalah "minisite blog"

4. Seterusnya, anda tekan tombol choose file untuk memilih file minisite yang anda baru download tadi



5. Next, anda klik je pada file tersebut dan klik open . Seterusnya anda tekan UPLOAD



6. Sekarang tiba masanya untuk anda melihat hasil



7. Hasilnya seperti gambar dibawah




8. Mahu tengok design minisite yang lebih awesome? KLIK SINI 


9. Ada yang bertanya, minisite untuk wordpress ada tak? maaf setakat ni belum ada

Sekarang kita cuma tinggal masukkan konten/isi ke dalam landing page anda

Isi kandungan Landing Page

Saya sudah siapkan ayat untuk anda, jadi anda cuma tinggal copy dan paste sahaja post ini ke post blog anda. 

1. Download fail Isi Landing Page : DISINI 

2. Buka file, selepas dibuka, anda akan nampak kod html seperti dibawah




3. Seterusnya anda select semua isi kandungan dalam fail tersebut dengan menekan Ctrl +A



4. Bila dah select all, anda copy isi dalamnya dengan klik kanan dan klik copy seperti gambar diatas. Anda juga boleh gunakan ctrl +C. Selepas dah copy, anda pergi semula ke menu post seperti gambar dibawah 


5. Tekan "create a new post"


6. Anda klik HTML seperti gambar dibawah






7. Anda tekan paste atau boleh juga tekan ctrl +V pada keyboard. 




8. Selepas paste, akan ada isi seperti gambar dibawah.





9. Seterusnya, anda tekan compose, akan jadi macam gambar dibawah ni 




10. Tekan publish



11. Dah selesai, klik pula view blog



12. Anda akan dapat landing page begini



Setting/Aturan

Blog landing Page yang baru anda siapkan selalunya secara default sudah ada widget. Supaya landing page anda menjadi simple dan tak serabut, saya cadangkan anda buang widget dibawah.






1. Anda perlu masuk semula ke menu layout, dan edit semua yang ditandakan seperti gambar dibawah





2. widget about me, klik edit dan remove



3. Widget blog Archive, anda cuma perlu buat perkara yang sama iaitu klik edit dan remove sahaja





4. Selepas semua widget yang tidak digunakan dipadam, anda akan mendapat landing page yang bersih seperti dibawah







Akhirnya....Inilah landing page blogspot saya : http://cara--buatlandingpage.blogspot.com/

Post akan datang, saya akan kongsikan bagaimana untuk pasang webform autoreponder pula. Tapi, yang paling BEST saya akan kongsikan bagaimana anda boleh gunakan autoresponder berbayar PERCUMA sampai bila-bila. Baca disini




Mengenai Penulis

Abdul Halim Ismail seorang penulis blog separuh masa di http://rahsiaduitfree.blogspot.com dan mula menceburi dalam bisnes online sejak 2011

===============================================
*Nota : Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini (termasuk pautan/link di dalamnya) dan keterangan mengenai Abdul Halim Ismail di atas tidak dibuang. Kalau anda tak mahu buat pun saya tak boleh paksa, hanya Allah sahaja tahu segalanya. Semoga anda mendapat manfaat daripada artikel ini. 
================================================
Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *