Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Tuesday 30 April 2013

Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama saya tak sertai apa-apa contest. Tetiba hari ni tergerak hati nak join satu contest ni Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My. Sebenarnya saya dapat tahu bila baca di blog kisahemasputih.com. Terus saya terjah blog fuh.my. Saya dapati syarat-syarat nak sertai pun agak mudah, saya pun tanpa membuang masa dan segan silu terus join contest ni.

Macam biasala kalau sertai contest..mesti nak tahu apa hadiahnya kan? Hmm.. Hadiahnya ialah RM30 tunai/top up dan yang paling penting akan masuk dalam bloglist fuh.my sepanjang bulan Mei 2013 ni. Sapa yang dapat masuk blogslist ni memang untung la sebab trafik blog fuh.my ni boleh tahan juga. Setakat saya masuk sekejap tadi, seramai 546 sedang online. Ramai nye.. Bila la blog saya nak dapat ramai pengunjung macam blog fuh.my ni yer. Nak tahu apa yang hebat sangat blog fuh.my ni? Terjah SEGERA blog fuh.my

   >>>>>>.KLIK BANNER <<<<<<<

bloglist fuh.my

Read more ...

Monday 11 February 2013

3 Cara Tarik Trafik Blog

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Trafik Blog
Credit: ictwatch.com

3 Cara Tarik Trafik Blog, Tajuk hari ni macam best je sebab saya dapati ramai blogger yang mengejar trafik. Sampaikan ada yang buat segmen untuk tingkatkan trafik blog mereka. Seperti mana semua dah tahu bahawa trafik adalah nyawa kepada sesebuah blog. Tanpa Trafik, Blog seperti hidup tak bernyawa. Ini sesungguhnya sangat merugikan usaha dan masa yang anda dah laburkan untuk blog tersebut. Jadi, hari ini saya nak kongsikan teknik yang saya dah amalkan sejak sekian lama. 

Menulis Tentang Isu Semasa

Kebanyakan orang yang sedang mencari maklumat akan menggunakan sama ada google, yahoo ataupun bing. Namun, berdasarkan pengalaman saya, majoriti akan memilih google untuk mencari maklumat. Saya pun cuba mengaplikasikan teknik ini dengan menulis entry Tarikh Pembentangan Belanjawan 2013.  Usaha saya itu tak sia-sia kerana banyak juga trafik yang masuk ke blog ini untuk cari maklumat tersebut. Tapi, saya kena siapkan artikel tersebut seminggu lebih awal agar artikel tersebut di indeks oleh di google terlebih dahulu. Tak guna saya tulis artikel selepas tarikh belanjawan tersebut dibuat sebab tak ada orang pun nak cari Tarikh Pembentangan Belanjawan 2013 selepas tu.

Menulis Review Program Pelaburan Internet aka Skim Cepat Lingkup

Semuanya bermula apabila Inbox email saya selalu dipenuhi dengan email spam daripada individu yang mempromosi program pelaburan Internet. Sejak terjebak dengan skim Swiss Cash dulu, saya menjadi lebih berhati-hati sebelum menyertai apa-apa program seperti ini. Selalunya saya akan masuk ke website yang diberikan dan seterusnya membuat kajian berkenaan latar belakang syarikat, pelan pemasaran dan akhirnya membuat kesimpulan. Majoriti program yang wujud di internet menggunakan konsep yang sama iaitu anda perlu labur duit selepas tu anda akan dapat keuntungan secara harian, mingguan ataupun bulanan. Tetapi yang menjadi isunya adalah pelaburan tersebut dijamin dengan keuntungan yang tetap. Secara logiknya, mana ada bisnes yang selalu untung je. Sekali sekala rugi juga. Sebab itulah Islam mengharamkan Pelaburan yang menjamin Keuntungan Tetap. Cuba rujuk Portal Fatwa Disini

Salah satu entry yang menjadi penyumbang trafik yang paling tinggi ke blog saya adalah Worldshopperslink review. Entry tersebut saya buat pada bulan July 2012. Sehingga kini, entry tersebut menjadi Top Popular Post. Saya buatkan entry tersebut berdasarkan email-email spam yang masuk ke inbox saya. Saya juga menjangkakan maklumat tentang program ini akan di cari di google. Sebab itulah saya menulis entry tersebut. Jadi, saya harap rakan semua dah nampak disini, dengan menggunakan teknik ini, saya dapat tarik trafik ke Blog saya. Berikut adalah beberapa review yang saya berjaya siapkan 




Menulis Artikel Sendiri

Untuk menulis artikel yang baik memang agak mencabar sebenarnya. Sebabnya anda perlu banyak mencari bahan dan idea untuk menulis. Tetapi, google sangat suka kepada kontent yang fresh dan unik. Maksudnya, entry anda akan cepat terindex di google jika artikel yang anda tulis itu tidak pernah tersiar dimana-mana blog ataupun website. Jika entry anda itu, cuma copy paste saja, memang tiada peluang untuk mendapat First Page di google. Jadi, cubalah buat entry sendiri agar blog anda mesra SEO.  

Saya rasa setakat itu saya tips yang dapat saya kongsikan buat kali ini berkaitan 3 Cara Tarik Trafik Blog


Buat Duit Menulis


Read more ...

Sunday 7 October 2012

101 Blog Dofollow Malaysia | Belajar Seo Blogspot

Assalammualaikum semua,

Hari ni saya nak kongsi pada anda semua 101 blog dofollow Malaysia yang menggunakan commentluv. 

Tujuan saya buatkan list adalah untuk membantu kepada sesiapa yang mencari blog dofollow untuk tujuan backlink.  

Backlink adalah penting untuk meningkatkan populariti sesuatu blog. 

Blog yang banyak backlink akan senang dicari oleh enjin carian seperti google. 

Maksudnya, lebih banyak backlink, maksudnya lebih banyak pengaruh membawa google ke blog anda. 

Nak lebih senang faham lagi ibaratnya seperti calon pilihanraya. Kalau anda dapat banyak undi, anda layak jadi YB ler.. macm tu la lebih kurang..

Backlink



Backlink yang berkualiti sangat penting untuk membantu blog kita menjadi kuat di SERP. 

Anda akan mendapat backlink dengan membuat komen di blog dofollow, link exchange dan sebagainya. 

Yang penting anda meninggalkan komen yang berkualiti. 

Kalau tidak komen anda akan dipadam oleh pemilik blog kerana spam. 

Kalau anda malas nak meninggalkan jejak, jangan harap blog anda tersenarai di page 1 google. 

Tapi kalau anda ada bajet lebih, proses backlink ni boleh di outsource kepada yang pakar. 

Cuba cari di murahnya.my dan fiver

101 Blog DoFollow Malaysia

81cents.com
2startblog.com
 

A
abangzack.com/
abdulcholik.com/
aidanatasya.com/
ajumohit.com
akulearn.com
alinmarlini.com
ammboi.com/
anakulucheka.com
anarm.net
anjangman.com
ariffshah.com
awangshamsul.net
awanpagi.com/
azwananuar.com

B
beckhrooy.com
berliku.com
blog.farhansyah.com
blog.mfadhlan.com/
bloggerwanita.com
blogshahrul.com

C
ceritawan.com/
contohresume.com
cikguhairul.com

D
denaihati.com
duaransel.com
dzofar.com

E
eiz1004.upprofits.com

F
faizalfredley.com
fitrihadi.com
forblogger.net

G
gurubisnisonline.com
gvishnu.com/

H
hafizrahim.com
hatiputera.com
hatisamronkin.com/
hazmanfadzil.com

I
ibnukhusairy.com
ibumifzal.com
informasikini.com

J
jokegurl.com
jomkongsi.info

K
keajaibanpenjimatan.com
klaraparis.com
kujie2.com
kulanzsalleh.com
kurakura.my

L
lagendamahsuri.com
lepakk.com

M
maisarahatan.com/
makemoneyonlinefastplans.com
mamamurai.com
masrizalhardy.com/
media.khalstore.com
melayukini.net
melvister.com
missyati.com
mohdsuhaimy.com
mr-merlot.com/
muazfaris.com
muhamadyusri.com
multees.com
my.mustaffa.org
mykeledek.com

N
nadot.my
naziman.com/
niaga24jam.com/
norfanil.com
notafaura.com/

P
pakarhowto.com
pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com
penmerah.com
pergh.com
pondokkecil.com
profhariz.com
projekskillzon.com
puanbee.com/

Q
qtulis.net/

R
rafinamimi.com
rahsiaduitfree.blogspot.com
ridzuanrichie.com
roket.my
rungitom.com

S
sabreehussin.com
shahrulsite.net/
shakiddo.com
showmesomemoney.com
siputhijau.com
sjiehan.com/
studioaksara.com
suterablogger.com

T
tarmizishukri.com/
terencechang.com
thiarthea.com

V
vellimarwan.com

W
wangerrard.com
wanwidget.com
wanzawawi.com

Y
yanmieonline.com

Z
zarulumbrella.com/

Setakat itu saja senarai 101 Blog DoFollow Malaysia. Masuk sini untuk dapatkan yang ada link 


Read more ...

Wednesday 12 September 2012

10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit ini akan menceritakan tentang topik atau niche blog yang sering digunakan oleh blogger untuk buat duit online. Saya dapati ramai yang mempunyai blog sekarang ni. Budak sekolah pun pandai buat blog. Kadang kala saya dapati blog budak2 ni lebih cantik daripada blog Kerja Sambilan Di Rumah ni. Setiap orang ada matlamat tersendiri untuk buat blog. Tapi saya dapati ada dua matlamat utama iaitu sekadar untuk bersosial dengan rakan-rakan dan untuk buat duit online.

Untuk buat duit online, blog anda hendaklah mempunyai info-info yang berguna untuk dirujuk. Anda kena sedar bahawa kini orang lebih selesa mencari maklumat di internet berbanding bahan rujukan lain. Oleh itu, blog anda hendaklah menyediakan maklumat yang diperlukan oleh mereka. Mereka tak berminat untuk membaca kisah peribadi anda. kecuali anda seorang selebriti atau blogger terkenal. Jadi hari ni saya nak kongsi 10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit


1. Blog Kesihatan


kesihatan

Orang sekarang sangat menjaga kesihatan diri mereka. Jadi tips-tips yang berkaitan kesihatan diri mereka akan sentiasa dicari di internet. Contohnya cara menghilangkan jerawat, cara menguruskan badan, cara mengempiskan perut dan cara menghilangkan bau ketiak. Sekiranya anda mempunyai teknik, tips ataupun panduan kesihatan yang penting bolehlah anda berkongsi dalam blog ini. Peluang untuk anda buat duit adalah luas kerana mungkin tips anda anda itu menarik minat pelanggan anda di England, Australia ataupun IndonesiaTrafik akan masuk menderu-deru jika tips anda sangat berguna. Bila dah banyak trafik bolehlah anda mula memasarkan produk-produk kesihatan di blog tersebut.

2.  Blog Fesyen

Jika anda seorang yang minat sangat dengan Fesyen inilah peluang untuk anda buat duit. Caranya adalah anda berkongsi fesyen yang anda reka sendiri dalam blog. Bila ada yang berminat, mungkin mereka akan menghubungi anda untuk bertanya dengan lebih lanjut

3. Blog Artis/Selebriti

selebriti


Saya dapati blog jenis ini memang cukup banyak orang buat. Ini adalah kerana orang Malaysia minat baca gosip artis atau selebriti. Jika cerita dalam blog anda HOT dan meletup, dah tentu trafik ke blog anda juga anda meletup-letup. Sebab trafik adalah nyawa untuk sesebuah blog. Blog yang tak ada pelawat seolah-olah blog yang mati. 

4.  Blog Tips dan Tutorial Blog

Disebabkan ramai yang beminat buat blog. Dah tentu mereka akan mencari-cari tips dan tutorial untuk buat blog yang cantik dan menarik. Kongsi pengetahuan anda tentang buat blog. Pasti blog anda akan dikunjungi oleh ramai orang. 

5. Blog Kewangan

Blog ini pasti mendapat sambutan daripada orang yang sedang mencari panduan ataupun tips-tips terkini bagaimana mereka boleh menggandakan duit mereka. Anda mungkin boleh menulis tentang cara berjimat, pelaburan emas, pelaburan perak, tips pengurusan kewangan dan tips pelaburan hartanah

6. Blog Kedai Online

Ramai rakan-rakan saya yang menjual produk secara online di blog mereka. Produk tersebut termasuklah lampin, baju baby, pakaian kanak-kanak, baju muslimah, kelambu, tablet PC dan pelbagai lagi barang-barang keperluan. Jika anda ada produk untuk dipasarkan secara online, bolehlah anda mencuba cara ini. 

7. Blog Teknologi

Blog jenis ini sangat diminati oleh penggemar gajet-gajet terkini. Teknologi terkini semakin berkembang seiring dengan kemajuan zaman. Kalau dulu nak telefon ke USA atau UK mungkin sangat mahal, tapi dengan teknologi terkini. Anda boleh telefon rakan anda di luar negara menggunakan internet sahaja. Selalunya blog sebegini akan buat ulasan ataupun review tentang gajet gajet terkini seperti telefon pintar, ipad,tablet pc atapun lain-lain.

8. Blog Politik

Blog politik juga tak kurang hebatnya. Pelbagai pihak dengan pandangan tersendiri akan cuba membuat ulasan terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam negara. Follower ataupun pengikut blog jenis ini juga ramai. Jika trafik ke blog tinggi, anda boleh menjual ruang iklan. Cuba tengok laman blog politik yang top-top seperti tranungkite.net, greenboc.blogspot.com dan lain-lain tu, Anda perasan tak banyak banyak iklan dalam blog mereka?

9. Blog Perhubungan 

Jika anda sedang kecewa dalam bercinta, dah tentu anda mencari tips atau cara untuk mengatasi masalah cinta anda itu. Jadi penulis blog hendaklah menggunakan kemahiran yang ada untuk berkongsi tips dengan pelawat blog tentang cara menambah baik perhubungan yang sudah suram,tips bercinta, hubungan dengan rakan sekerja dan lain-lain. 

10. Blog Buat Duit Online

Dengan menggunakan internet, buat duit secara online kini tidak lagi mustahil. Pelbagai program buat duit online yang boleh anda sertai. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Tapi saya lebih suka mencari program buat duit tanpa modal. Anda boleh rujuk post dibawah untuk mula buat duit online



Demikianlah 10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit yang boleh anda pilih. Diharapkan post ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sekian
Read more ...

Wednesday 4 July 2012

7 Cara Promosi Affiliate Tanpa Modal Sesen pun

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda pernah menjana duit dari internet? Kalau tak pernah teruskan bacaan sampai habis kerana hari ini saya nak kongsi kepada anda semua cara bagaimana nak dapat duit secara online. Saya akan fokus kepada Affiliate sahaja. 

Elemen yang paling penting dalam buat duit online adalah pemasaran (promosi).  Pemasaran (Promosi) sangat penting dalam pemasaran affiliate. 

Tanpa promosi yang berkesan anda tidak akan mendapat komisen. Hari ini saya nak kongsi ilmu tentang cara untuk promosi affiliate.

Berikut adalah cara-cara promosi yang saya sendiri gunakan untuk program affiliate

1. Promosi menggunakan Iklan percuma

Melalui laman iklan percuma anda boleh menghantar seberapa banyak iklan anda. Kalau boleh jangan ulang ayat yang sama saja berulang kali. 

Cuba pelbagaikan ayat promosi tapi menjurus kepada tujuan yang satu iaitu supaya ada orang klik iklan anda. 

Buat jadual supaya menghantar promosi tersebut ke 5-10 laman sehari. Berikut adalah senarai laman iklan percuma yang saya selalu hantar.

mudah-iklan.blogspot.com
free-ni.blog.blogspot.com
iklanhangat.blogspot.com
hantariklan.blogspot.com
iklanselamba.blogspot.com
post-je.blogspot.com
iklan1malaysia.blogspot.com
iklanpasangsiap.blogspot.com
iklandimudah.com
webniaga.net
mudahiklan.biz

2. Promosi menggunakan Forum

Promosi menggunakan forum adalah salah satu daripada cara yang saya gunakan untuk promosi link Affiliate saya. Caranya adalah seperti berikut.

1. Daftar di forum
2. Buat pengesahan email
2. Cuba masuk ke control panel. Cari bahagian signature
4. Edit bahagian signature tersebut dengan meletak ayat-ayat power supaya orang klik
5. Join perbincangan di forum tersebut. Jangan lupa perkenalkan diri dahulu. Bahagian artis selalunya meriah sikit. Bila orang nampak signature anda, mungkin mereka tertarik untuk klik.

Berikut adalah laman forum yang anda saya selalu gunakan

http://www.wangcyber.com/forum/index.php
http://www.mesra.net/forum
http://jiwang.org
http://www.tokeikedai.net.my/forum/forum.php?
http://forum.lowyat.net/
http://bincang.net/forum
http://www.bicarajutawan.com/forum/
http://forum.kedaikopiim.com/

3. Promosi menggunakan Facebook

Terdapat pelbagai cara dan teknik untuk promosi di facebook. Berikut saya senaraikan beberapa teknik:

a. Wall Post
-Gunakan kreativiti sendiri. Jangan lupa masukkan link affiliate anda disini
-Tinggalkan mesej yang membuat orang rasa ingin tahu

b. Event
-Isi keterangan ringkas tentang apa yang ingin anda sampaikan

c. Note
-hasilkan artikel yang memberi informasi tentang apa yang ingin anda sampaikan

d. Private message
-hantar pm dengan cara sopan. Jangan spam

e. Photo
-letak gambar yang boleh menarik perhatian di bahagian photo

f. Share
- Dimana-mana yang ada button share, share jer

g. Chat
-sambil chat dgn kawan anda, selitkan aje promosi affiliate anda

4. Promosi mengggunakan Blog

Anda ada blog sendiri? Promosikan program affiliate yang anda sertai di blog anda. Apa yang perlu anda buat adalah perlu buat sedikit personal review tentang program tersebut. 

Kalau tak ada idea sangat pun anda cuma perlu copy sahaja ayat di bahagian bahan promosi dan paste di blog post anda. Masukkan banner juga. Cara nak buat blog boleh rujuk DISINI

Saya syorkan anda panduan JANA KOMISEN AFFILIATE jika anda serius kerana cara ini khusus untuk blog dan saya juga aplikasikan cara yang sama. 


5. Promosi di email

Teknik promosi ini yang paling mudah. Anda cuma perlu copy ayat di bahan promosi di kategori artikel kemudian hantar je kepada rakan-rakan anda. Buat ayat macam nak share peluang baik

Tapi kalau senarai email anda sikit, tak berkesan sangat. Saya ada kongsikan cara nak kumpul email list DISINI

6. Promosi di Youtube

Teknik promosi di youtube ni kena ada caranya. Cuba tengok trend terkini. Apa yang sedang hangat dilihat dan di share oleh rakan-rakan anda. 

Selalunya rancangan seperti raja lawak, super spontan, ceramah agama mendapat sambutan oleh ramai orang. 

Apa yang perlu anda buat adalah copy video tersebut di youtube dan upload semula di youtube dengan nama lain. Jangan lupa letak affiliate anda di bahagian description.

7. Promosi menggunakan teknik enjin carian "google"

Saya tak tahu sama ada affiliater lain ada buat cara ni tak. Tapi ini la cara yang saya buat selama ini. Mulakan dengan mencari keyword yang selalu banyak orang cari di internet. Contoh keyword :

1.Kerja sambilan
2. Kerja part time
3. Kerja dari rumah
4. Kerja Di Rumah
5. dan sewaktu dengannya

carian google


Selepas itu anda masuk ke setiap website yang tersenarai di first page tu. Kalau ianya blog, anda cuba tinggalkan komen  di blog tu. Cuba cari laman web atau blog yang anda boleh tinggalkan link anda disitu. 

Tapi ada satu laman web rahsia yang saya selalu manipulasikan untuk letak link affiliate. Nantikan post seterusnya..

Sebelum saya mengakhiri entry saya kali ini ingin saya nyatakan bahawa saya bukanlah seorang affiliater yang hebat. Tapi sekadar nak berkongsi ilmu yang tak tak seberapa ni. 

Harap kepada yang nak baru bermula dengan affiliate dapat sesuatu daripada entry ini. Kalau ada soalan tanya je di ruangan komen. Saya akan cuba jawab. 

Walaubagaimanapun, saya tidak menjanjikan teknik-teknik promosi yang saya kongsikan ini dapat menghasilkan 4 angka dalam masa satu malam. Anda perlulah bersabar.

Tapi, jika anda tak sabar nak menjana duit sehingga 4 angka melalui affiliate dengan segera, saya sarankan anda dapatkan panduan Rahsia Affiliate. Mana tahu selepas ini nama anda pulak tercatat sebagai top affiliate. Tentu selepas ini setiap hari email anda akan penuh dengan email bertajuk: Tahniah! Anda menerima komisen




************************************************************
Baca juga



*******************************************************
Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *