Thursday, 2 August 2012

10 Idea Buat Duit Raya 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah saya sangat gembira hari ini. Sebabnya saya dah dapat duit raya yang pertama untuk tahun 2012. Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini sama ada sengaja ataupun tak sengaja kerana telah menyumbangkan duit raya kepada saya. 

Pagi tadi bila saya check email, saya sangat seronok kerana mendapat email daripada maybank2u memaklumkan duit sebanyak RM 56.80 dah masuk dalam akaun semalam. 

Mungkin pada sesetengah orang apalah sangat duit sebanyak itu. Tapi saya tetap bersyukur kerana saya dapat duit raya ini hasil usaha saya sendiri. Tapi yang lebih menyeronokkan saya dapat duit tu tanpa modal satu sen pun.

Berikut adalah screen shot daripada maybank2u
duit raya
Sebenarnya saya sertai satu cabaran PPL di wangcyber.com. Alhamdulillah saya dapat no 6. 

Tak sangka jugalah boleh dapat top 10 kali ni. Sepanjang saya sertai cabaran PPL, belum pernah dapat top 10 lagi. Mungkin rezeki bulan puasa tahun ini. oklah...

Berbalik kepada tajuk entry saya kali ini. Adakah anda nak cari duit raya?

Jika ya.. teruskan bacaan kerana saya akan kongsikan beberapa idea untuk anda buat duit raya tahun ini

Dekat sini, saya nak berikan 10 Idea Buat Duit Raya yang praktikal anda lakukan.

1. Khidmat Mengecat Rumah

-Tawarkan perkhidmatan mengecat rumah . 

-Anda tak perlu keluar duit, bahan-bahan cat, disediakan tuan rumah. 

-Bulan puasa ni, ramai yang cari tukang cat. Anda buat satu pamplet simple, dalam tu ada nama anda, nombor telefon dan "PERKHIDMATAN MENGECAT RUMAH" itu sahaja. 

-Print dalam saiz A4. Buat 2 bahagian. fotostat dalam 100 keping. potong 2, sekarang dah ada 200 pamplet.

-Minggu pertama puasa, target untuk hantar ke semua rumah di taman perumahan yang berhampiran anda. 

- Bila dapat panggilan, bincang harga yang berpatutan .

- Target supaya pamplet anda tersebut, SELESAI dihantar pada minggu pertama bulan puasa lagi awal, lagi bagus

2. Khidmat Hantar Iklan
Pernah tengok tak orang hantar iklan daripada rumah ke rumah? 

Ya, itulah namanya Perkhidmatan Menghantar Iklan daripada rumah ke rumah. 

Apa anda boleh buat, anda buat satu pamplet, bagitahu yang anda ada sediakah perkhidmatan hantar iklan ke taman perumahan berhampiran. 

Pamplet tadi tu, fotostat dalam 100 keping. Kemudian, anda pergi ke kawasan komersial di tempat anda, dan berikan pamplet tersebut kepada setiap kedai. Jika ada rezeki, nanti adalah orang call.

3. Khidmat Potong Rumput
Kat tempat tinggal saya ni, setiap hujung minggu ada yang tawarkan khidmat ini dari rumah ke rumah. 

Jika, taman anda belum ada orang buat, cubalah jadi yang pertama. Begini caranya

1. ambil kertas A4 

2. tulis perkataan ini,
"Mesin Rumput"
"nama anda"
"nombor telefon"

3. Laminate elok-elok. Kemudian letak dekat tiang letrik yang berada lebih kurang 200 meter daripada pintu masuk taman perumahan kawasan anda tinggal

4. Servis Tarik Trafik
Semua idea sebelum ni, berkaitan offline, yang ini pula untuk online.

Anda buat servis, tarik trafik.

1. untuk 100 pelawat, anda caj RM5 atau RM10


2. dapatkan link website, contoh, http://rahsiaduitfree.blogspot.com

3. pendekkan link website tersebut dengan http://bit.ly, contoh,http://bit.ly/Nb0wm0

4. kalau anda letakkan tanda '+' pada hujung link bi.ly tadi, anda akan dapat statistik klik, contoh, http://bit.ly/Nb0wm0+

5. daripada statistik tersebut, anda boleh tengok berapa banyak pelawat yang telah lihat link website tersebut

Bagaimana cara untuk anda dapatkan trafik? 
Mudah sahaja

1. guna facebook

2. cari group-group iklan

3. iklankan link tersebut dekat group tersebut

4. cuba iklankan dekat 10 group dahulu, kemudian anda tengok statistik klik, dah berapa banyak orang klik. kalau belum cukup lakukan promosi sampai jumlah klik tercapai seperti yang diminta pelanggan

5. Servis Tulis Artikel
Tawarkan servis menulis artikel.

1. cari mana-mana blog yang dah dekat 2 bulan tak update


2. hubungi tuan punya blog

3. beritahu yang anda boleh tuliskan artikel kepada blog mereka

4. caj RM20 ke RM50 untuk satu artikel

6. Servis Sharekan Iklan
1. cari mana-mana fanpage yang menjual produk

2. tawarkan servis "share" post mereka

3. share post tersebut ke 100 buah group iklan

4. anda boleh caj RM20 ke RM50 untuk servis ini

7. Servis Design

1. kalau anda takde kemahiran Photoshop, buka youtube dan cari perkataan "photoshop tutorial"

2. search dekat google, "banner template .psd" atau "ebook cover .psd", "timeline cover .psd"

3. berlatih sampai design anda jadi cantik

4. anda boleh caj RM10 ke RM50 untuk satu design


8. Bisnes Cupcake

Jika anda pandai dalam bidang masakan.  Bolehlah memulakan perniagaan dari rumah yang boleh menjana pendapatan yang lumayan. 

Tapi kalau tak berapa pandai, boleh belajar. Dapatkan Panduan Bisnes Cupcake. 

Kebanyakan pembeli panduan ini sangat berpuas hati. Lihatlah testimoni di bawah ini

testimoni bisnes cupcake
bisnes cupcake
Jika berminat nak dapatkan panduan dalam bentuk CD sila klik banner dibawah ini

bisnes cupcake


9. Bisnes Buat Coklat 

Bisnes ini sama seperti yang no 8. Kalau tak berapa pandai boleh dapatkan Panduan Buat Coklat. 

Ramai yang dah berjaya buat coklat sendiri melalui panduan ini. Ini antara Testimoni 
bisnes buat coklat
TQ Puan Shidah, e mail puan datang tepat pada masanya. semalam saya deliver produk pertama saya ( Box of 35 with 10 aluminium wrap at RM45) untuk pelanggan pertama saya selepas saya menghantar flyres di condo kawasan berdekatan hujung minggu baru ni . ( Ampang)
Tak sangka banyak sms untuk V day ( saya terpaksa tolak ) dan ada yang call minta quote untuk wedding 500 box of 4 !!...( saya masih belum berani ambil tempahan besar ) so I told her that my hands are full at the moment.
Ada yang call tanya if saya boleh buat lollichoc pagi tadi ,so saya surf web for idea dan cuba buat andaian sendiri macamana nak masukkan warna. ( ingat nak try out sendiri dulu pakai logic akal) ..tak sangka bila buka e mail petang ni Puan Shidah dah ada download for lillichoc ( jimat masa saya) ...TQ...tapi maybe saya tak ambil order yang tu dulu...sekarang ni saya boleh peruntukkan 2 jam je ( 10-12pm) utk aktiviti ni sebab sibuk dengan persekolahan anak2 waktu siang..
Saya sebenarnya baru meletak jawatan yang bergaji lumayan di Menara Petronas setahun lalu demi anak yang menduduki exam penting....Alhamdulillah buat masa ni saya tak terbuka hati untuk kembali kerja makan gaji walaupun ada panggilan...tak sampai hati nak tinggalkan anak2 macam dulu lagi dan nampaknya suami pun happy anak2 saya yg 4 orang ( 13, 10, 6, 1) terjaga baik berbanding dengan masa guna maid dulu....
Alhamduliilah rezki Allah melalui suami makin bertambah dan sekarang ada skill baru buat coklat...
Idea business coklat ni timbul apabila terserempak dengan rakan pergi Mekah musim haji tahun lepas yang sedang cari Riben untuk kotak coklat di pasaraya ...borak sikit about her business dan mungkin Allah gerakkan hati ni untuk belajar buat coklat so saya jumpa buatcoklat.com...saya pun memang minat memasak dan agak berseni jugalah...hehe and Alhamdulillah cubaan pertama ikut tunjuk ajar puan menjadi dengan jaya ...keluarga saya suka yang ada filling peanut butter dengan bubble rice ...3 hari dah habis 1 kilo makan sendiri ( we love dark choc) ...hehe....saya hantar flyers pun sekadar nak test market..tak sangka betul sambutan sangat baik....dan husband kata why not cuba memandangkan saya minat....
Terima Kasih Puan Shidah...semoga usaha diberkati Allah...
p/s :Attach gambar box of 9 yang saya buat untuk jiran...

gambar coklat

Roseliza Mokhtar , Ampang, KL 

Jika berminat nak dapatkan panduan dalam bentuk CD sila klik banner dibawah ini. Insyaallah anda tak rugi.Ilmu dapat, duit pun dapat..




10. Rahsia Bisnes Kuih Raya

Jika 9 cara yang berikan diatas masih tak cukup lagi buat anda, saya cadangkan anda dapatkan Panduan Rahsia Bisnes Kuih Raya  



Wasalam

credit to: rajakamil.biz
  

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je..Komen la sikit..:)

ANDA BUNTU TAK TAHU NAK BISNES APA?

ADA MODAL TAPI TAKUT DITIPU?

DAH JOIN MACAM2 BISNES TAPI TAK BERJAYA?

SAYA ADA BISNES MUDAH DILAKUKAN DIRUMAH TANPA PERLU BUAT LOAN BANK ATAU BERHENTI KERJA!!

BERMINAT? KOMEN "PROJEK TC" dan ISI BORANG DIBAWAH INI

Contact Form

Name

Email *

Message *