Showing posts with label duit raya. Show all posts
Showing posts with label duit raya. Show all posts

Thursday 2 August 2012

10 Idea Buat Duit Raya 2012 (update 2023)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah saya sangat gembira hari ini. 

Sebabnya saya dah dapat duit raya yang pertama untuk tahun 2012. 

Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini sama ada sengaja ataupun tak sengaja kerana telah menyumbangkan duit raya kepada saya. 

Pagi tadi bila saya check email, saya sangat seronok kerana mendapat email daripada maybank2u memaklumkan duit sebanyak RM 56.80 dah masuk dalam akaun semalam. 

Mungkin pada sesetengah orang apalah sangat duit sebanyak itu. 

Tapi saya tetap bersyukur kerana saya dapat duit raya ini hasil usaha saya sendiri. 

Tapi yang lebih menyeronokkan saya dapat duit tu tanpa modal satu sen pun.

Berikut adalah screen shot daripada maybank2u
duit raya
Sebenarnya saya sertai satu cabaran PPL di wangcyber.com. Alhamdulillah saya dapat no 6. 

Tak sangka jugalah boleh dapat top 10 kali ni. 

Sepanjang saya sertai cabaran PPL, belum pernah dapat top 10 lagi. 

Mungkin rezeki bulan puasa tahun ini. oklah...

Berbalik kepada tajuk entry saya kali ini. Adakah anda nak cari duit raya?

Jika ya.. teruskan bacaan kerana saya akan kongsikan beberapa idea untuk anda buat duit raya tahun ini

Dekat sini, saya nak berikan 10 Idea Buat Duit Raya yang praktikal anda lakukan.

1. Khidmat Mengecat Rumah

-Tawarkan perkhidmatan mengecat rumah . 

-Anda tak perlu keluar duit, bahan-bahan cat, disediakan tuan rumah. 

-Bulan puasa ni, ramai yang cari tukang cat. Anda buat satu pamplet simple, dalam tu ada nama anda, nombor telefon dan "PERKHIDMATAN MENGECAT RUMAH" itu sahaja. 

-Print dalam saiz A4. Buat 2 bahagian. fotostat dalam 100 keping. potong 2, sekarang dah ada 200 pamplet.

-Minggu pertama puasa, target untuk hantar ke semua rumah di taman perumahan yang berhampiran anda. 

- Bila dapat panggilan, bincang harga yang berpatutan .

- Target supaya pamplet anda tersebut, SELESAI dihantar pada minggu pertama bulan puasa lagi awal, lagi bagus

2. Khidmat Hantar Iklan
Pernah tengok tak orang hantar iklan daripada rumah ke rumah? 

Ya, itulah namanya Perkhidmatan Menghantar Iklan daripada rumah ke rumah. 

Apa anda boleh buat, anda buat satu pamplet, bagitahu yang anda ada sediakah perkhidmatan hantar iklan ke taman perumahan berhampiran. 

Pamplet tadi tu, fotostat dalam 100 keping. 

Kemudian, anda pergi ke kawasan komersial di tempat anda, dan berikan pamplet tersebut kepada setiap kedai. 

Jika ada rezeki, nanti adalah orang call.

3. Khidmat Potong Rumput
Kat tempat tinggal saya ni, setiap hujung minggu ada yang tawarkan khidmat ini dari rumah ke rumah. 

Jika, taman anda belum ada orang buat, cubalah jadi yang pertama. Begini caranya

1. ambil kertas A4 

2. tulis perkataan ini,
"Mesin Rumput"
"nama anda"
"nombor telefon"

3. Laminate elok-elok. Kemudian letak dekat tiang letrik yang berada lebih kurang 200 meter daripada pintu masuk taman perumahan kawasan anda tinggal

4. Servis Tarik Trafik
Semua idea sebelum ni, berkaitan offline, yang ini pula untuk online.

Anda buat servis, tarik trafik.

1. untuk 100 pelawat, anda caj RM5 atau RM10


2. dapatkan link website, contoh, http://rahsiaduitfree.blogspot.com

3. pendekkan link website tersebut dengan http://bit.ly, contoh,http://bit.ly/Nb0wm0

4. kalau anda letakkan tanda '+' pada hujung link bi.ly tadi, anda akan dapat statistik klik, contoh, http://bit.ly/Nb0wm0+

5. daripada statistik tersebut, anda boleh tengok berapa banyak pelawat yang telah lihat link website tersebut

Bagaimana cara untuk anda dapatkan trafik? 
Mudah sahaja

1. guna facebook

2. cari group-group iklan

3. iklankan link tersebut dekat group tersebut

4. cuba iklankan dekat 10 group dahulu, kemudian anda tengok statistik klik, dah berapa banyak orang klik. kalau belum cukup lakukan promosi sampai jumlah klik tercapai seperti yang diminta pelanggan

Baca : Peluang buat duit RM1000 sebulan klik SINI

5. Servis Tulis Artikel
Tawarkan servis menulis artikel.

1. cari mana-mana blog yang dah dekat 2 bulan tak update


2. hubungi tuan punya blog

3. beritahu yang anda boleh tuliskan artikel kepada blog mereka

4. caj RM20 ke RM50 untuk satu artikel

6. Servis Sharekan Iklan
1. cari mana-mana fanpage yang menjual produk

2. tawarkan servis "share" post mereka

3. share post tersebut ke 100 buah group iklan

4. anda boleh caj RM20 ke RM50 untuk servis ini

7. Servis Design

1. kalau anda takde kemahiran Photoshop, buka youtube dan cari perkataan "photoshop tutorial"

2. search dekat google, "banner template .psd" atau "ebook cover .psd", "timeline cover .psd"

3. berlatih sampai design anda jadi cantik

4. anda boleh caj RM10 ke RM50 untuk satu design


8. Promote Link Affiliate

Promote link Affiliate adalah task untuk mempromosikan produk fizikal, produk digital atau servis drp syarikat atau bisnes. Anda perlu mendaftar sebelum diberikan link khas. 

Affiliate adalah salah satu kaedah pemasaran online yang digunakan oleh bisnes owner untuk mempromosikan produk dan servis mereka dengan memberikan komisen utk setiap pembelian yg berjaya dilakukan melalui link affiliate anda.

Cara untuk sertai program Affiliate anda boleh cari syarikat atau bisnes yang ada buat program Affiliate dan daftar. Cara untuk promote link affilate anda boleh rujuk post ini 7 cara promosi affiliate tanpa modal

Bayaran komisen bergantung kepada bisnes yang anda sertai..biasanya RM10, RM50 atau 50% dari jualanjualan yang berjaya melalui link Affiliate anda.

Bisnes berikut ada buat program Affiliate jika anda nak cuba 

1. Affilate 1 - Modal rendah

2. Affiliate 2 - Register FREE


9. Dropship Baju Raya

Hari raya lah masa untuk orang pakai baju baru dan cantik

Walaupun bermusim, boleh juga anda buat duit time ni

Tugas anda cuma up iklan baju di grup-grup komuniti fb

Biasanya bahan-bahan iklan dan marketing ada disediakan oleh pihak founder.

Anda cuma perlu buat carian dropship baju raya

Tinggal pilih saja mana yang berkenan

10.  Bisnes Kuih Raya

Hari Raya memang tak sah tanpa ada Kuih Raya

Anda boleh buat kuih raya kegemaran ramai seperti tart nenas, tart gulung, semperit, almond london dll

Boleh juga cuba buat kelainan dengan cuba buat kuih raya versi baru 

Letak la nama bombastic sket..sure ramai yang tertanya-tanya dan viral 

Kalau susah nak buat sendiri, jadilah dropship kuih raya .

Buat carian dropship kuih raya


Wasalam

credit to: rajakamil.biz
  
Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *