Tuesday 23 October 2012

SAP Venture I IBCT Enterprise Review

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera,

Apa kabar semua? Dah lama saya tak review program buat duit kat internet. Hari ni saya nak kongsikan pada anda semua program buat duit yang banyak masuk ke facebook saya. Program ini dinamakan SAP Venture.  SAP bermaksud Sistem Automasi Pemasaran. Disebabkan rasa ingin tahu saya pun berusaha mencari info-info buat anda semua. Program ini diusahakan oleh syarikat IBCT Enterprise. Berikut adalah sedikit info IBCT

Syarikat IBCT

IBCT location
Berikut adalah sedikit maklumat syarikat:

Kategori Perniagaan: Internet & Telekomunikasi
Mula Beroperasi: 1 APRIL 2007
Tarikh Daftar SSM: 23 APRIL 2009
Nama Didaftarkan: IBCT Enterprise
No. Pendaftaran SSM: TR0087772-V Semak SSM
Alamat Premis: Lot 261-A, Jln. Marang, Kg. Rusila, 21600 Marang, TERENGGANU
Kos Sebelum BEP: RM18,000.00
Pusingan Modal: RM12,000.00 (2007), RM100,000.00 (2008), RM360,000.00 (2009), RM800,000.00 (sasaran 2010)

Selain daripada SAP, IBCT juga mempunyai beberapa program lain seperti Power Closure, ER:Kit dan eZreload. Berikut adalah laman muka depan laman web IBCT.

IBCT home
Klik untuk besarkan

Kita teruskan dengan SAP. Kalau mengikut website http://sap.ibct.my/, SAP ini adalah satu jenis perisian


"Atau lebih tepat dipanggil "Aplikasi Online", yang boleh digunakan tanpa had bilangan pengguna, dengan setiap pengguna tiada had bilangan link, dengan tiada had masa.

Pengguna boleh memasukkan segala jenis link atau pautan atau URL yang ingin dipopularkan di dunia internet Malaysia. Pengguna bebas meletakkan apa sahaja jenis link yang diinginkan, termasuk laman web peribadi, affiliate, korporat, blog, Facebook, Twitter, dan sebagainya.". 
Harganya dalah RM310. Siap ada jaminan pulangan wang selama 365 hari. Kalau sapa rasa ada duit lebih bolehlah cuba!

Tapi siapa yang tak mampu, anda boleh anda pakej seperti berikut:

Pilih Pakej Mengikut Bajet Anda

Bajet AndaMatlamat PendapatanTindakan Wajar...
RM20.00RM1,560.00...dapatkan SAP Venture I
RM25.00RM2,335.00...dapatkan SAP Venture II
RM30.00RM3,090.00...dapatkan SAP Venture III
RM40.00RM3,870.00...dapatkan SAP Venture IV
RM50.00RM4,650.00...dapatkan SAP Venture V
RM60.00RM5,430.00...dapatkan SAP Venture VI
RM70.00RM6,210.00...dapatkan SAP Venture VII
RM80.00RM6,990.00...dapatkan SAP Venture VIII
RM90.00RM7,770.00...dapatkan SAP Venture IX
RM99.00RM7,800.00...dapatkan SAP Venture X

Selalunya ramai yang akan cuba yang RM20 dahulu sebab kalau tak menjadi pun tak rugi sangat. Kalau anda baca di website dia akan beritahu....

apa SAP Venture

"Beli Produk Kami Dan JANGAN Cari 5 Orang. Semuanya Modul SAP Yang Uruskan!"

Kalau anda yang masih newbie dalam buat duit di internet dah tentu sangat suka dengan kenyataan di atas. Mana tak nya tak payah buat apa-apa duit boleh masuk. Sambil layan FB masuk duit sapa tak mau kan? Tapi sedarlah anda semua hakikatnya bahawa ada kerja ada duit. Tapi dengan SAP, tak perlu kerja tapi dapat duit.Best, best best. Mari tengok berapa yang anda boleh dapat...

Pelan Pemasaran SAP Venture I


pelan pemasaran SAP

Ulasan: Ini macam pelan MLM saja. Kenapa perlu buat pelbagai peringkat. Saya rasa semua dah maklum tentang isu MLM yang cenderung kepada syubhah. Apa yang anda buat untuk menerima komisen daripada pembeli di level 6?

Sedangkan jika benar website ini nak jual ebook sekalipun boleh jual melalui sistem affiliate. Apa itu affiliate? Boleh rujuk post saya cari duit tanpa modal. Berdasarkan pemahaman saya, komisen affiliate hanya maksimum 2 peringkat sahaja.


Rahsia SAP ventures

Mungkin tak ramai yang sedar tentang perkara ini. Berdasarkan pemerhatian saya, pihak IBCT lebih suka jika anda membeli kesemua 10 pakej SAP ventures. Ini adalah kerana bila anda campurkan


RM20+RM25+RM30+RM40+RM50+RM60+RM70+RM80+RM90+RM99 = RM564

Jika dibandingkan dengan harga perisian SAP hanyalah RM310. Menarik tak? Dah untung RM254

Saya dah tengok semua pakej-pakej yang ada tu dan rasanya tak semua orang nak dapatkan ebook yang dipakejkan itu. Kebanyakan yang sertai SAP ni..semuanya nak duit sahaja. Walaupun ebook yang diberikan itu boleh dijual semula, saya tak rasa mereka nak jualkan ebook tersebut. Mungkin mereka download dan simpan saja didalam hard disk.

Kesimpulan:

Jika benar software SAP ini sangat hebat, saya cadangkan pengusaha program ini tumpukan kepada promosi kehebatan software ini. Jangan campur aduk dengan ebook dan sistem MLM tu. Mungkin itu lebih baik buat semua. Namun, jika dirasakan ebok-ebook tersebut yang sangat bagus, elokllah diterangkan kepada semua, apa kelebihan yang pembeli boleh dapat dari setiap ebook-ebook tersebut. Sebab rata-rata pembeli SAP venture ini tak berminat nak buat website sendiri pun.


































No comments:

Post a Comment

Takkan baca je..Komen la sikit..:)

Note: only a member of this blog may post a comment.

Contact Form

Name

Email *

Message *