Wednesday 26 December 2012

Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Tak tahu sempat ke tidak untuk sertai contest ni. Sebenarnya saya dah lama tak post entry di blog ni. Tapi untuk menyokong contest anjuran ciktom ni saya akan cuba buatkan satu entry khas. Sebenarnya ciktom ada menjemput saya untuk turut serta dalam contest ini. Tapi disebabkan kesibukan masa, saya tak ada idea untuk buat entry. 

Malam ni tiba-tiba pula macam ada idea nak datang. Saya pun terus buka laptop dan menaip.  Saya sertai bukan sebab nak menang domain dari exabytes tu. Tapi lebih kepada support kawan blogger. Seingat saya ciktom la blogger yang pertama komen di blog saya ini. Walaupun blog saya kurang dikenali. Tetap ciktom sudi berkunjung ke blog saya dan tinggalkan komen. Terima kasih banyak ciktom

Ok. berbalik ke topik asal entry ini dibuat. Berdasarkan pemerhatian saya, blog ciktom ni dah agak sempurna bagi saya. Loading blog yang cepat walaupun banyak graphic membuatkan kita tak payah tunggu lama. Cuma kalau boleh bahagian label di atas tu lebih cantik kalau diletakkan dalam satu barisan. Maksud saya Side map dan contact tu sama barisan dengan yang lain-lain tu.



Berkenaan dengan Exabytes pula saya tak pernah lagi berurusan dengan mereka. Jadi, saya tak dapat nak komen banyak berkenaan servis oleh Exabytes ni. Tapi saya selalu jumpa dengan iklan exabytes ni di blog-blog dan kadangkala di google adwords. Pihak Exabytes juga menggunakan kaedah pemasaran affiliates. Berdasarkan pemerhatian, syarikat Exabytes ini sangat profesional dan komited dengan bisnes doman, hosting, Cloud hosting dan server yang dijalankan. Semoga Exabytes terus maju di tahun 2013

Contest ini dianjurkan oleh ciktom.com dan ditaja oleh Exabytes.

2 comments:

  1. thanks sudi join contest ciktom..ciktom suka singgah komen blog ni..sbb kdg2 ciktom dpt ilham affiliate dr blog halim..

    tq feedback..ciktom dah ubah menu sebaris..hee..

    insyaAllah pengumuman pemenang 28hb :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih ciktom sudi singgah cari ilham disini. saya pun sama gak. pergi blog ciktom kaji cara ciktom promosi affiliate..

    ReplyDelete

Takkan baca je..Komen la sikit..:)

Note: only a member of this blog may post a comment.

Contact Form

Name

Email *

Message *