Saturday 26 April 2014

Cara Nak Buat Landing Page Blogspot

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya pernah membaca email daripada seorang IM yang menyatakan bahawa untuk mula mengumpul senarai email (mailing list) untuk tujuan bisnes online, mesti tahu membina landing page. 

Majoriti IM mencadangkan agar anda melanggan webhosting dan domain berbayar untuk membuat landing page. 

Tapi, masalah utama kebanyakan orang baru di luar sana adalah kekurangan bajet dan juga tak pandai nak setting hosting dan domain. 

Jika anda juga menghadapi masalah yang sama. Saya ingin berikan solusi buat anda. 

Hari ini saya akan kongsikan Cara Nak Buat Landing Page dengan Blogspot. Saya kongsikan buat anda kerana ianya PERCUMA.

Apa itu Landing Page

Landing Page atau kadangkala dipanggil squeeze page atau minisite adalah laman web yang simple tapi menarik dan biasanya hanya 1 halaman sahaja. 

Landing Page digunakan untuk membuat review ringkas terhadap sesuatu produk dan kemudian mengarahkan pelawat ke laman web affiliate produk tersebut. 


Sekiranya rakan tak tahu apa itu affiliate  saya syorkan anda baca DISINI 
  
Landing Page juga biasanya digunakan untuk menangkap data pelawat seperti nama dan email untuk disimpan dalam senarai email (mailing list). 

Dengan memiliki senarai email, anda boleh menghantar email follow up kepada subscriber anda secara berkala.  

Bagaimana cara membuat landing Page ? Cara membuat landing page sebenarnya tak susah. Anda tak perlu memahami bahasa programming yang sukar. 

Dengan hanya kemahiran edit, copy dan paste, anda mampu mengubah blogspot menjadi blog pemasaran atau landing page dengan cara yang mudah difahami bahkan orang yang baru belajar juga mampu membuatnya dengan mudah. 

Ini adalah kerana cara dan tekniknya diberikan secara lengkap dan jelas.  

Sebentar lagi anda boleh terus memulakan langkah membuat landing page dengan menggunakan blog di blogger.com atau blogspot.


Tapi, sebelum anda mula buat landing page di blogspot, anda perlu tahu buat blog terlebih dahulu. Caranya, anda boleh rujuk cara nak buat blog 


Langkah selanjutnya adalah anda perlu install minisite blog yang telah saya sediakan buat anda

Install minisite Blog

Cara install minisite blog cukup mudah, kerana anda cuma perlu upload sahaja. Ikut sahaja langkah-langkah dibawah. 


1. Klik template seperti gambar dibawah



2. Kemudian, klik backup/restore



3. Anda download file minisite DISINI. Nama file minisite tersebut adalah "minisite blog"

4. Seterusnya, anda tekan tombol choose file untuk memilih file minisite yang anda baru download tadi



5. Next, anda klik je pada file tersebut dan klik open . Seterusnya anda tekan UPLOAD



6. Sekarang tiba masanya untuk anda melihat hasil



7. Hasilnya seperti gambar dibawah




8. Mahu tengok design minisite yang lebih awesome? KLIK SINI 


9. Ada yang bertanya, minisite untuk wordpress ada tak? maaf setakat ni belum ada

Sekarang kita cuma tinggal masukkan konten/isi ke dalam landing page anda

Isi kandungan Landing Page

Saya sudah siapkan ayat untuk anda, jadi anda cuma tinggal copy dan paste sahaja post ini ke post blog anda. 

1. Download fail Isi Landing Page : DISINI 

2. Buka file, selepas dibuka, anda akan nampak kod html seperti dibawah




3. Seterusnya anda select semua isi kandungan dalam fail tersebut dengan menekan Ctrl +A



4. Bila dah select all, anda copy isi dalamnya dengan klik kanan dan klik copy seperti gambar diatas. Anda juga boleh gunakan ctrl +C. Selepas dah copy, anda pergi semula ke menu post seperti gambar dibawah 


5. Tekan "create a new post"


6. Anda klik HTML seperti gambar dibawah






7. Anda tekan paste atau boleh juga tekan ctrl +V pada keyboard. 




8. Selepas paste, akan ada isi seperti gambar dibawah.





9. Seterusnya, anda tekan compose, akan jadi macam gambar dibawah ni 




10. Tekan publish



11. Dah selesai, klik pula view blog



12. Anda akan dapat landing page begini



Setting/Aturan

Blog landing Page yang baru anda siapkan selalunya secara default sudah ada widget. Supaya landing page anda menjadi simple dan tak serabut, saya cadangkan anda buang widget dibawah.






1. Anda perlu masuk semula ke menu layout, dan edit semua yang ditandakan seperti gambar dibawah





2. widget about me, klik edit dan remove



3. Widget blog Archive, anda cuma perlu buat perkara yang sama iaitu klik edit dan remove sahaja





4. Selepas semua widget yang tidak digunakan dipadam, anda akan mendapat landing page yang bersih seperti dibawah







Akhirnya....Inilah landing page blogspot saya : http://cara--buatlandingpage.blogspot.com/

Post akan datang, saya akan kongsikan bagaimana untuk pasang webform autoreponder pula. Tapi, yang paling BEST saya akan kongsikan bagaimana anda boleh gunakan autoresponder berbayar PERCUMA sampai bila-bila. Baca disini




Mengenai Penulis

Abdul Halim Ismail seorang penulis blog separuh masa di http://rahsiaduitfree.blogspot.com dan mula menceburi dalam bisnes online sejak 2011

===============================================
*Nota : Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini (termasuk pautan/link di dalamnya) dan keterangan mengenai Abdul Halim Ismail di atas tidak dibuang. Kalau anda tak mahu buat pun saya tak boleh paksa, hanya Allah sahaja tahu segalanya. Semoga anda mendapat manfaat daripada artikel ini. 
================================================

29 comments:

  1. Tutorial yang simple jelas dan membantu. Terima kasih Tuan Halim :-)

    ReplyDelete
  2. excited nak buat landing page. mekasih yer admin.

    ReplyDelete
  3. @Azzahairi : Harap membantu. Sama-sama Tuan Azzahairi :-)

    ReplyDelete
  4. @Chenta Harty: Harap dapat mencubanya. Jika ada masalah, boleh bertanya. saya cuba bantu. terima kasih

    ReplyDelete
  5. salam tuan kenapa kotak isikan nama and email saya tak keluar yer?nak setting kat mana yer?

    ReplyDelete
  6. Tip yang cukup baik. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga @Faizal mendapat manfaat

      Delete
  7. tQ...saya suka info ni..direct n jujur

    ReplyDelete
  8. admin, macamana nak tukar setting di blog (blogspot) supaya setiap kali pembaca klik link yang ada dalam satu entri blog itu akan dibuka dalam new tab windows...maksudnya bukan dalam windows yang sama. eh faham ke soalan saya ni...hehehe

    ReplyDelete
  9. bro, macamana nak edit background minisite ni ek? nak ubah color atau nak masukkan gambar sebagai background.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan @Hanif Adnan,

      Pergi ke bahagian Template >Klik customize(peribadikan)>pergi ke background

      Ubah background atau color disana.

      Semoga berjaya :)

      Delete
  10. Alhamdulillah, dah buat dan dah siap. Saya nak ucap terima
    kasih banyak.

    Teruskan membantu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Tuan @M.Afiq Ikhwan.

      Syukur kepada Allah yang memberikan ilham....

      Semoga tuan berjaya dalam apa jua bisnes tuan sedang jalankan..InsyaAllah

      Delete
  11. Assalam..
    Terimakasih tak terhingga diatas perkongsian..
    Moga mendapat ganjaran yang terbaik disisiNya nanti!
    Barulah akak/acik faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..

      Alhamdulillah..

      Amiinn..

      semoga bermanfaat buat semua rakan pembaca

      Datang berkunjung lagi ya :)

      Delete
  12. Replies
    1. Syukur Alhamdulillah..

      Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat buat rakan2 anda.

      Mohon share ya :)

      Agar lebih ramai mendapat manfaat...

      Semoga datang berkunjung ke blog ini lagi di lain masa

      Terima kasih ;-)

      Delete
  13. terimah kasih
    silahkan mampir
    sahabatorisinil.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. boss... tidak muncul tulisan. hanya muncul "tulisan Anda"
    di edit di compose juga sama je.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, sangat membantu..terimas

    ReplyDelete
  16. REAL BIZ.. SAVING 1K-2K SEMINGGU

    ✅ Kerja copy paste iklan
    ✅ Komisen Rm200-2000
    ✅ Gaji trs ke akaun bank
    ✅ Tak Perlu Pos Brg
    ✅ Gaji 8x sebulan
    ✅ Modal sekali shja

    �� 1 sales : RM200
    �� 5 sales : RM1000
    �� 10 sales : RM2000
    �� RAJIN ONLINE

    ��Bukti? ��berminat? ��nak tahu? ��nak join? klik link ini
    ▶http://j.mp/2tSwVh5

    ReplyDelete
  17. ituBola - Agen Euro2020 | Official Agen Taruhan Euro2020 | Bandar Bola | Casino

    Online | Baccarat | Dragon Tiger | Roulette | Sicbo | BlackJack


    Agen Judi Online Terpercaya dan Terbaik di INDONESIA

    !! Pelayanan Service yang Online 24 JAM Non-Stop !!

    Menyediakan berbagai macam permainan Judi Bola & Casino Online Terlengkap

    BONUS SPORTSBOOK ONLINE
    • Bonus Cashback 5% (dibagikan setiap Hari Senin)
    • Support 7 Bank Nasional Indonesia (BCA, BNI, BRI, Mandiri, Danamon, Cimb Niaga, PERMATA)
    • Support Deposit Via Aplikasi OVO,PULSA,GOPAY (DOMPET DIGITAL)

    Kesulitan Daftar? Hubungi langsung Kontak dibawah ini untuk dibantu Daftarkan

    - LINE : @itubola757
    - TELEGRAM : +85517696120 / @ItuBola
    - WHATSAPP : +85517696120

    ( Pusat Bantuan ItuBola )

    ReplyDelete
  18. Kini hadir buat kalian yang hoby mainkan angka keberuntungan,,
    Tidak hanya itu, permainan Livecasino juga ada buat para bettor sejati.
    Ada banyak bonus dan promo-promo yang pastinya membuat keuntungan bagi anda sendiri, segera kunjungi kita disni..
    link alternatif hottogel

    ReplyDelete
  19. href=”https://www.landingspot.web.id/ JASA BIKIN WEB LANDING PAGE UTK PROMOSI BISNIS ANDA. ANDA TDK PERLU LAGI MENCETAK BROSUR, FLAYER, DLL UTK PROMOSI BISNIS ANDA. JUGA TDK PERLU JELASKAN PANJANG LEBAR KE CALON KONSUMEN. CUKUP KIRIM LINK LANDING PAGE ANDA, CLOSING PENJUALAN DAN OMZET MENINGKAT

    ReplyDelete

Takkan baca je..Komen la sikit..:)

Note: only a member of this blog may post a comment.

Contact Form

Name

Email *

Message *