Showing posts with label bisnes affiliate. Show all posts
Showing posts with label bisnes affiliate. Show all posts

Monday 18 September 2023

10 Nasihat Untuk Berjaya Dalam Bisnes Affiliate


10 Nasihat Untuk Berjaya Dalam Bisnes Affiliate
 


Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua 10 nasihat penting untuk berjaya dalam bisnes, terutamanya dalam bisnes Affiliate ni..

Jadi baca baik-baik


1. Buat. Buat. Buat.

Ramai orang mempunyai idea yang baik, tetapi yang membezakan mereka yang berjaya adalah tindakan.  

Anda perlu mempunyai keberanian untuk melangkah dan melakukan sesuatu.  

Ingat, banyak perniagaan besar yang berjaya bermula dari kecil.


2. Fokus.

Terlalu banyak idea tidak selalunya baik.  Anda perlu membuat keputusan yang jelas tentang jenis perniagaan yang ingin anda jalankan, dan kemudian fokus sepenuhnya pada perniagaan tersebut.


3. Jangan berhenti belajar.

Ilmu boleh belajar dari sesiapa sahaja dan di mana sahaja.  

Jangan sesekali meremehkan ilmu orang lain, walaupun mereka di bawah kita.  

Jika anda berfikir bahawa anda cukup bijak, maka itu adalah permulaan kegagalan.  

Teruskan belajar sepanjang hidup anda.


4. Fokus pada perniagaan sendiri.

Jangan menghabiskan masa dan tenaga untuk mengkritik dan mencari kesalahan perniagaan orang lain. 

Fokus untuk bangunkan perniagaan anda sendiri dan jadilah yang terbaik.  

Ingat, mengkritik kesilapan orang lain tidak bermakna anda selalu betul.


5. Jangan bergantung kepada orang lain untuk membina perniagaan anda.

Anda seorang ahli perniagaan, dan anda sepatutnya boleh mengurus perniagaan anda sendiri. 

Jangan berfikir seperti pengemis yang selalu bergantung dengan pemberian orang lain. 

Bina kebebasan dalam menjalankan perniagaan anda.


6. Jangan pernah putus asa.

Tetap optimis dan elakkan rasa putus asa. Dalam dunia perniagaan, ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah 

Yang penting, tetap tenang dan tetap semangat menghadapi segala cabaran yang mendatang.


7. Fokus pada penyelesaian.

Setiap perniagaan pasti akan menghadapi masalah. Tetapi jangan biarkan masalah itu mematahkan semangat anda.  

Daripada fokus pada masalah, lebih baik fokus cari penyelesaian. 

Yakinlah, Di tengah-tengah kegelapan, akan ada cahaya di hujung terowong.


8. Teruskan belajar.

Belajar daripada sesiapa sahaja, tetapi pada akhirnya, anda perlu mempunyai keberanian untuk membuat keputusan anda sendiri. 

Seorang usahawan mesti mempunyai keberanian untuk berhujah dan mempersoalkan pihak berkuasa, termasuk apa yang mentor anda katakan.


9. Berhenti menyalahkan orang lain.

Orang yang berjaya memberikan hasil, manakala orang yang gagal sentiasa mencari alasan. Jadi, jangan salahkan orang lain jika gagal.  

Ambil tanggungjawab dan cuba mencari jalan untuk memperbaiki keadaan tersebut.


10 : Buktikan dengan hasil.

Jika anda berhenti setiap kali seseorang meragui anda, anda tidak akan dapat mencapai matlamat anda.  

Biarkan semua suara² negatif yang merendahkan apa yang anda lakukan, tetapi jalani perjalanan anda dengan ketabahan.  

Buktikan mereka salah bukan dengan kata-kata, tetapi dengan hasil sebenar kejayaan anda.

Ok, setakat itu dulu 10 nasihat untuk bantu anda berjaya dalam bisnes Affiliate

Ingat nasihat ini dan amalkan dalam hidup anda.  

Dengan kegigihan dan keazaman yang kuat, saya pasti anda akan mencapai kejayaan.  


Ada 2 bisnes yang anda boleh sertai tanpa modal

1. Int3mall

2. Klikjer


Manakala bisnes ini..peluang dapat RM1000 berulang setiap bulan KLIK DISINI


Sekian, Terima kasih!


Semoga ia bermanfaat...



.

Read more ...

Sunday 10 September 2023

7 Cara Berkesan nak Promote Ebook Affiliate

Untuk promote ebook Affiliate anda perlu tahu apa yang prospek cukup risau, saya bagi contoh macam mana saya promote Ebook Rahsia Affiliate

Antara keinginan utama prospek anda adalah, untuk buat duit dengan Affiliate mereka mesti ada suatu kerisauan. 

Risau tak dapat buat komisen walau 1 sen pun. Daripada kerisauan ini anda buat beberapa kempen untuk menarik minat mereka membeli ebook

Antara cara yang paling berkesan adalah saya ceritakan bagaimana mula-mula buat blog ni dulu belum ada pun jualan ebook. saya tunjukkan kesukaran saya masa mula-mula buat bisnes affiliate

Contoh

Dulu masa mula-mula join bisnes Affiliate saya ingat mudah..hanya dengan buat blog dan share link orang akan beli dengan kita..rupa-rupanya saya perlu belajar macam-macam perkara lagi..

Pelan-pelan saya belajar teknik SEO, teknik promote di laman iklan percuma, buat video youtube dan macam-macam lagi..rupanya nak belajar sendiri ni ambil banyak masa..

Saya juga pernah bayar untuk buat iklan di blog yang popular..semuanya pasal nak dapatkan komisen Affiliate

Syukurlah sekarang dah ada teknik free cost marketing..


7 elemen wajib dalam copywriting 

Saya kena pastikan setiap copywriting saya mesti ada 7 elemen ini


1. Kenali dulu siapa prospek 

Sebelum buat copywriting yang berkesan, anda perlu kenal siapa prospek anda..

Bila anda dah tahu target..senang nak buat ayat target terus kepada mereka..


2. Faham apa masalah prospek 

contoh copywriting: adakah anda seorang affiliate yang baru? penat nak bersaing dengan otai affiliate? mereka senang-senang dapat komisen Affiliate..anda nak dapat 1 sale pun susah

saya terjumpa cara zero cost marketing, memang jimat masa dan duit


3. Selami lebih dalam masalah itu

contoh copywriting : Nak buat bisnes Affiliate tak boleh hentam saja tau..risiko dia anda langsung tak dapat 1 sen komisen pun..

saya masuk unsur pengalaman sendiri

contoh copywriting : Saya dulu pernah promote main hentam saja..siap bayar untuk iklan..last-last 1 sen komisen pun tak dapat..nak mengadu kat sapa pun tak tahu

4. Cadangkan penyelesaian 

contoh copywriting. memperkenalkan ebook Rahsia Affiliate : cara mudah nak dapat komisen pertama anda. Ebook khas untuk orang baru macam anda

Ebook ini akan bantu anda buat secara zero cost marketing tak perlu bayar macam saya dulu


5.  Buktikan berkesan dengan testimoni

komisen rahsia affiliate

Ada lagi yang dah dapat jualan? Ada..siap tunjuk email daripada klikjer

komisen rahsia affiliate  1

Alhamdulillah..dapat satu jualan..terima kasih tuan atas tunjuk ajar


komisen rahsia affiliate 2


Alhamdulillah..buat kolam sendiri...Guna teknik ebook tuan, baru guna 1 cara, cuba sampai jadi dulu tuan 


6. Tawaran Meleleh 

Contoh copywriting : Sebagai tanda penghargaan atas kesudian anda mendapatkan ebook ini sekarang. Saya akan berikan bonus tambahan untuk mantapkan ilmu anda

Bonus 1 : Ebook PLR (anda boleh jual semula atau gunakan untuk konten dalam blog)

Bonus 2 : Group support 


7. Call to Action

Akhir sekali saya akan berikan arahan kepada prospek apa langkah mereka perlu buat untuk dapatkan ebook ini 

Contoh copywriting : Jadi, tunggu apa lagi ? dapatkan ebook Rahsia Affiliate sekarang dan mula menjana komisen yang pertama. Klik butang "beli sekarang"  untuk mempelajari rahsia zero cost marketing tanpa keluar modal 


Kesimpulan

Kalau anda nak tahu, copywriting yang hebat boleh menapis siap-siap sama ada prospek itu berminat atau tidak 

Copywriting yang hebat juga membangkitkan emosi prospek..Emosi yang macam mana tu..Klik LINK untuk ketahui info lanjut  

  





   

Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *