Showing posts with label cara membuat blog sendiri. Show all posts
Showing posts with label cara membuat blog sendiri. Show all posts

Monday 25 March 2013

Cara Nak Buat Blog

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebagaimana yang dijanjikan dalam post sebelum ini disini, saya akan kongsikan pula cara nak buat blog. Kepada yang dah pandai buat blog, post ini tak sesuai buat anda. Sebab apa yang saya bakal kongsikan ini adalah asas untuk mula buat blog. Saya dapati masih ramai yang tak berapa tahu cara nak buat blog. Sebab itulah saya pilih tajuk ini untuk post hari ini.. Jom kita mula belajar buat blog. 

1. Daftar di Blogger.com


Cara buat blog-1

Lawat laman Blogger.com dan "DAFTARKAN DIRI/SIGN UP" jika anda belum ada akaun google. Sekiranya anda sudah ada akaun gmail, anda boleh "LOG MASUK/ SIGN IN" untuk terus menggunakannya.

 2. Buat akaun google baru

Cara buat blog-2

Sekiranya anda belum ada akaun google, cuma perlu isi maklumat dalam form yang disediakan. Isi maklumat diri anda. Senang je pun. Selesai isi, klik langkah seterusnya/next step 

3. Login ke Blogger

Cara buat blog-3


Anda akan dapat mesej begini jika berjaya create akaun. Klik Kembali ke Blogger

4. Klik continue to Blogger

Cara buat blog-4

5. Klik New Blog

Cara buat blog-5

6. Pilih Nama blog baru anda tu. Pilih nama yang sesuai


Cara buat blog-6

Di Step ini anda boleh pilih template yang anda suka. Saya cadangkan gunakan simple ataupun Picture window. Sebab saya selalu pilih template ini. Kalau rasa nak pilih template lain pun boleh. Terpulang kepada kesukaan anda. Lagipun template ini boleh ditukar bila-bila masa  

7. Tahniah! Anda sudah ada Blog. Klik start posting untuk bermula


Cara buat blog-7


8. Cuba tulis pos pertama anda

Cara buat blog-8


Selesai membuat post, klik preview dulu sebelum tekan publish. Bila dah publish, akan keluar seperti gambar bawah ni. Klik pula view Blog


Cara buat blog-9

9. Tahniah! Blog anda dah siap.

Cara buat blog-10

Sebarkanlah link blog baru anda ini kepada kawan-kawan, adik beradik, ibu bapa, guru-guru dan sesiapa yang anda rasakan perlu. Contoh link http://caranakbuatblogsendiri.blogspot.com/
Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *