Thursday 11 July 2013

Komisen Dari Rahsia Lulus Muet

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah saya dah terima komisen dari RahsiaLulusMuet.com. Terima kasih Tuan Shamsul Abdul Razak. 

Komisen rahsia lulus muet

Sebenarnya saya tak buat sebarang promosi di blog ini. Saya promosikan affiliate ini di blog saya yang lain. Blog tersebut trafik tak banyak mana pun. Tapi, saya dapati ada trafik yang masuk ke blog tu untuk cari maklumat tentang peperiksaan MUET. Teknik pemasaran SEO merupakan cara promosi tanpa modal yang saya suka. Walaupun tak banyak pun sale yang saya dapat. Tapi, sekurang-kurangnya ada juga la hasilnya. 

Selain buat entry di blog, saya juga gunakan 7 cara promosi affiliate tanpa modal iaitu buat promosi di laman iklan percuma. Sebenarnya memang ramai yang gunakan laman iklan percuma untuk promosi affiliate. Tapi, kebanyakannya tidak membuat cara yang betul. Satu perkara yang mereka lupa adalah membuat kajian keyword. Kajian katakunci(keyword) adalah satu perkara yang sangat penting sebelum membuat iklan di laman iklan percuma. Saya sarankan gunakan google keyword tool. Cara nak gunakan tool ini boleh rujuk post ini : Belajar Teknik SEO Blogspot

Harap bermanfaat

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je..Komen la sikit..:)

Note: only a member of this blog may post a comment.

Contact Form

Name

Email *

Message *