Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Monday 8 October 2012

MyRightAd.com Review | Earn Online | Work From Home

Assalammualaikum semua,

Saya cukup faham dengan keadaan hidup kita sekarang ni. Harga barang makin naik dan taraf hidup pun meningkat. Nak tak nak terpaksa cari duit tambahan. Jika anda berminat nak buat duit secara online dari rumah, sila kaji dahulu syarikat atau program yang anda nak sertai. Oleh itu, hari ini saya nak buat review satu program buat duit online iaitu MyRightAd. Sila baca dengan hati terbuka dan sebarang pandangan sila nyatakan di ruang komen (jika ada)

MyRightAd Home

MyRightAd adalah satu program klik iklan terbaru yang sedang hangat di pasaran. Sampaikan email saya tiap-tiap hari kena spam dengan program MyRightAd ni. Ikut kajian saya di website tersebut, ia adalah program International. Dah banyak negara yang sertai. Di Malaysia pun dah ramai yang sertai program ini. Salah satu email spam yang saya terima mempromosikan myrightad2u.com

Apa itu MyRightAds?

Bisnes utama MyRightAd adalah menyediakan kos pengiklanan yang rendah dan solusi pemasaran secara online. Telah berjaya beroperasi secara Global di lebih 120 negara.  Ibu Pejabat di terletak di MACAU, HONG KONG and pejabat negara di Level 20, AIA Tower, , 251-301 Avenida Commercial De Macau, Hong Kong. Berdaftar secara sah dengan kerajaan Hong Kong (ikut website)  

Model Perniagaan MyRightAds
Sangat mudah dijalankan oleh sesiapa sahaja sebab anda hanya perlu sediakan modal minimum $100 (RM350). Cara nak dapat duit pulak hanya tengok iklan video klip selama lebih kurang 5 minit.  

Pelan Pemasaran MyRightAds

Membership- Keahlian
Anda akan menjadi ahli dengan membeli AdStation dengan harga $100 (RM350) . Tempoh sah selama 44 minggu. Setiap minggu anda dapat $6. Jadi bila $6 x 44 = $264. Kira dah untung $164.Tapi kalau nak lebih lama kena baca dibawah ni.

Tambahan Pendapatan
Sepertimana yang anda tahu bahawa setiap AdStation berharga $100. Tempoh sah 44 minggu. Kalau nak lebih beli la 2,3,4 atau 5 AdStation. Jika anda beli sampai 5 Adstation pendapatan mingguan anda untuk setiap AdStation akan menjadi $10 seminggu. Bukan lagi $6. Wow banyak nya naik. Tengok table bawah:

MyRightAds

Pendapatan Memperkenal

Apabila anda memperkenalkan ahli baru membeli AdStation, anda akan dapat $10 sebagai ganjaran.

Pendapatan Binary (Binary Earnings 1:1)
Anda layak hanya jika bawa 2 ahli di kaki kanan (RHS) dan kiri (LHS) anda. Tengok dan paham table dibawah ni

MyRightAd binary

MyRightAd.com ni sama je macam program Worlshopperslink.com (WSL) yang memerlukan anda klik dan tengok iklan. Tengok iklan minggu ni, minggu depan duit masuk di LR. Duit masuk setiap Isnin


Kalau baca di website ini adalah senarai pengiklan yang buat iklan di MyRightAds

MyRightAd Advertisers

Kesimpulan

Saya masih tak pasti sama ada anda boleh berterusan buat duit dengan program tengok iklan sebegini. Sebabnya, yang untung adalah MyRightAd.com. Ini adalah kerana duit pengiklan syarikat ambik, Duit anda pun syarikat ni ambil. Saya masih keliru kenapa program MyRightAd nak kongsi pendapatan dengan anda. Kalau dah banyak syarikat besar sanggup buat iklan di website MyRightAd, tak perlu la dia ambil duit anda. Bagi duit yang pengiklanan tu bayar la. Macam iklan di TV, syarikat iklan bayar pada TV, Anda tengok TV Free je. Anda tengok iklan dan beli sebab dah tengok iklan tu. Sales meningkat. Tapi di MyRightAd ni anda tengok iklan, lepas tu anda kena bayar sebab nak tengok iklan tu. Nanti bila berkenan dengan produk anda juga yang kena beli. Macam mana tu? Saya dapati pihak MyRightAd juga sangat suka anda beli 5 AdStation. Kenapa perlu sampai 5 AdStation tu? Padahal nak tengok iklan yang sama. Ibarat anda kena tengok 5 TV. Tengok satu TV pun dah cukup.



*******************************************************
Baca juga

1. Cara Nak Dapat Komisen Affiliate!
2. Jalan Pantas Berjaya Dalam Perniagaan Internet 
3. Strategi Jana RM1,000 - RM3,200 Di Internet
4. Rahsia Forex Trader Jana Wang 5 Angka Seminggu 
5. Pelaburan Silver Lebih Hebat Dari Pelaburan Emas
6. Buat Duit Dengan Youtube!

*******************************************************
Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *