KELAS BELAJAR BISNES KEDAI RM2 SECARA ONLINE SELAMA 30 HARI

Sunday, 7 October 2012

Cara Elak Email Spam

Cara Elak Email Spam

email spam


Kawan-kawan semua pernah dapat email spam tak? Spam email adalah email yang tidak diundang atau tidak diminta oleh penerimanya. Selalu yang buat spam ni di kalangan agen-agen program buat duit online yang menjadikan email anda sebagai sasaran untuk buat duit banyak. Adakah anda tahu bagaimana mereka boleh dapat alamat email anda? Sebenarnya ada banyak cara untuk penghantar spam ini mendapat alamat email anda. 

Berikut adalah beberapa teknik yang digunakan oleh spammer spam untuk mendapatkan alamat e-mel.

1. Program ‘spambots' digunakan untuk ‘menarik' alamat e-mel daripada laman-laman Web.
2. Alamat email dikumpul daripada laman iklan percuma dan laman sembang
3. Membeli bulk email list daripada pihak yang tak bertanggungjawab
4.  Menggunakan ‘whois look-ups' untuk mengambil alamat e-mel bagi nama domain yang telah didaftarkan.
5. Membeli senarai email daripada pihak pengendali laman iklan percuma (yang tidak bertanggungjawab)

Oleh itu, untuk mengelakkan email anda dispam saya cadangkan anda membuat perkara berikut:

1. Jangan menggunakan email address utama apabila nak buat iklan di laman iklan percuma. 
2. Buat email khas untuk promosi bisnes internet anda
3. Jangan memberikan alamat email anda kepada individu yang tidak dikenali
4. Jangan sertai program buat duit yang jenis skim cepat kaya
5. Jangan buat apa-apa pengesahan email ataupun unsubsribe from list daripada email spam
6. Pasang je boxbe

Saya sudah membuat ujikaji dimana alamat email yang saya tak pernah guna untuk hantar promosi di laman iklan percuma tidak pernah mendapat email sebegini. Manakala email yang selalu saya guna untuk buat promosi tiap-tiap hari masuk email spam. Kadangkala email ini terus masuk ke inbox. Diharapkan dengan mengamalkan tips ini email anda bersih daripada email spam

No comments:

Post a Comment

Takkan baca je..Komen la sikit..:)