Friday, 7 December 2012

57,766 Mangsa Penipuan Pelaburan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Berdasarkan laporan yang saya petik daripada utusan.com.my, ramai yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan yang aktif mencari mangsa diluar sana. Oleh itu anda semua perlu berhati-hati dengan skim pelaburan yang tipu ini. Selalunya skim sebegini akan menawarkan pulangan yang terlampau tinggi dan tidak munasabah. Tapi, ramai yang kelabu mata kalau nampak duit banyak... Oleh itu
cari maklumat dahulu sebelum sertai apa-apa skim pelaburan. Tak kira sama ada pelaburan emas, perak, duit dan lain-lain pelaburan lagi... so baca je laporan di bawah ini ... 


kecewa



5 Dis. - Seramai 57,766 orang telah menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam Skim Kepentingan dan Skim Kutu bagi tempoh 2010 hingga Oktober 2012.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, dalam tempoh itu juga, sebanyak 66 kes yang ada kaitan dengan skim cepat kaya telah diambil tindakan undang-undang.

Jelas beliau, tindakan tersebut dibuat di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, Akta Syarikat Malaysia 1965 dan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Di antara punca orang ramai mudah terlibat dalam skim cepat kaya ialah sikap tamak kerana dijanjikan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat.

"Selain itu, pengaruh daripada kawan-kawan, rakan sekerja dan saudara mara serta kemudahan mendapatkan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Boon Som Inong yang bertanyakan berapa banyak kes skim cepat kaya dikesan di dalam negara, bilangan mangsa terlibat serta langkah-langkah pencegahan bagi mewujudkan kesedaran masyarakat.

Menurut Rohani, selain mengadakan kempen kesedaran masyarakat, kementeriannya juga menubuhkan Jawatankuasa Bersama Bagi Menangani Jenayah Kolar Putih dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasa bagi membendung aktiviti skim tersebut.

"Kementerian juga menjalankan program advokasi pematuhan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 kepada syarikat-syarikat jualan langsung dan pengedar-pengedar di seluruh negara," katanya.

Jelasnya, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, segala wang dan aset yang diperoleh daripada penganjur aktiviti haram tersebut dirampas dan dilucutkan.

Sumber: http://www.utusan.com.my

3 comments:

  1. RM100,000 Menanti Anda... http://bit.ly/TjWaMv

    ReplyDelete
  2. ciktom pn pernah experience kn tipu pelaburan internet ptghn thn 2011..mmg sedih kl ingt tp tue la pengalaman yg buat ciktom serik smpi bila2..

    ReplyDelete
  3. @ciktom, tak sangka pula ciktom pun pernah kena tipu juga yer. harapan saya semoga rakan-rakan lain berhati-hati sebelum ambil keputusan melabur. Banyak ker ciktom?

    ReplyDelete

Takkan baca je..Komen la sikit..:)

ANDA BUNTU TAK TAHU NAK BISNES APA?

ADA MODAL TAPI TAKUT DITIPU?

DAH JOIN MACAM2 BISNES TAPI TAK BERJAYA?

SAYA ADA BISNES MUDAH DILAKUKAN DIRUMAH TANPA PERLU BUAT LOAN BANK ATAU BERHENTI KERJA!!

BERMINAT? KOMEN "PROJEK TC" dan ISI BORANG DIBAWAH INI

Contact Form

Name

Email *

Message *