Showing posts with label kewangan. Show all posts
Showing posts with label kewangan. Show all posts

Friday 7 December 2012

57,766 Mangsa Penipuan Pelaburan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Berdasarkan laporan yang saya petik daripada utusan.com.my, ramai yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan yang aktif mencari mangsa diluar sana. Oleh itu anda semua perlu berhati-hati dengan skim pelaburan yang tipu ini. Selalunya skim sebegini akan menawarkan pulangan yang terlampau tinggi dan tidak munasabah. Tapi, ramai yang kelabu mata kalau nampak duit banyak... Oleh itu
cari maklumat dahulu sebelum sertai apa-apa skim pelaburan. Tak kira sama ada pelaburan emas, perak, duit dan lain-lain pelaburan lagi... so baca je laporan di bawah ini ... 


kecewa



5 Dis. - Seramai 57,766 orang telah menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam Skim Kepentingan dan Skim Kutu bagi tempoh 2010 hingga Oktober 2012.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, dalam tempoh itu juga, sebanyak 66 kes yang ada kaitan dengan skim cepat kaya telah diambil tindakan undang-undang.

Jelas beliau, tindakan tersebut dibuat di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, Akta Syarikat Malaysia 1965 dan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Di antara punca orang ramai mudah terlibat dalam skim cepat kaya ialah sikap tamak kerana dijanjikan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat.

"Selain itu, pengaruh daripada kawan-kawan, rakan sekerja dan saudara mara serta kemudahan mendapatkan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Boon Som Inong yang bertanyakan berapa banyak kes skim cepat kaya dikesan di dalam negara, bilangan mangsa terlibat serta langkah-langkah pencegahan bagi mewujudkan kesedaran masyarakat.

Menurut Rohani, selain mengadakan kempen kesedaran masyarakat, kementeriannya juga menubuhkan Jawatankuasa Bersama Bagi Menangani Jenayah Kolar Putih dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasa bagi membendung aktiviti skim tersebut.

"Kementerian juga menjalankan program advokasi pematuhan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 kepada syarikat-syarikat jualan langsung dan pengedar-pengedar di seluruh negara," katanya.

Jelasnya, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, segala wang dan aset yang diperoleh daripada penganjur aktiviti haram tersebut dirampas dan dilucutkan.

Sumber: http://www.utusan.com.my
Read more ...

Wednesday 12 September 2012

10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit ini akan menceritakan tentang topik atau niche blog yang sering digunakan oleh blogger untuk buat duit online. Saya dapati ramai yang mempunyai blog sekarang ni. Budak sekolah pun pandai buat blog. Kadang kala saya dapati blog budak2 ni lebih cantik daripada blog Kerja Sambilan Di Rumah ni. Setiap orang ada matlamat tersendiri untuk buat blog. Tapi saya dapati ada dua matlamat utama iaitu sekadar untuk bersosial dengan rakan-rakan dan untuk buat duit online.

Untuk buat duit online, blog anda hendaklah mempunyai info-info yang berguna untuk dirujuk. Anda kena sedar bahawa kini orang lebih selesa mencari maklumat di internet berbanding bahan rujukan lain. Oleh itu, blog anda hendaklah menyediakan maklumat yang diperlukan oleh mereka. Mereka tak berminat untuk membaca kisah peribadi anda. kecuali anda seorang selebriti atau blogger terkenal. Jadi hari ni saya nak kongsi 10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit


1. Blog Kesihatan


kesihatan

Orang sekarang sangat menjaga kesihatan diri mereka. Jadi tips-tips yang berkaitan kesihatan diri mereka akan sentiasa dicari di internet. Contohnya cara menghilangkan jerawat, cara menguruskan badan, cara mengempiskan perut dan cara menghilangkan bau ketiak. Sekiranya anda mempunyai teknik, tips ataupun panduan kesihatan yang penting bolehlah anda berkongsi dalam blog ini. Peluang untuk anda buat duit adalah luas kerana mungkin tips anda anda itu menarik minat pelanggan anda di England, Australia ataupun IndonesiaTrafik akan masuk menderu-deru jika tips anda sangat berguna. Bila dah banyak trafik bolehlah anda mula memasarkan produk-produk kesihatan di blog tersebut.

2.  Blog Fesyen

Jika anda seorang yang minat sangat dengan Fesyen inilah peluang untuk anda buat duit. Caranya adalah anda berkongsi fesyen yang anda reka sendiri dalam blog. Bila ada yang berminat, mungkin mereka akan menghubungi anda untuk bertanya dengan lebih lanjut

3. Blog Artis/Selebriti

selebriti


Saya dapati blog jenis ini memang cukup banyak orang buat. Ini adalah kerana orang Malaysia minat baca gosip artis atau selebriti. Jika cerita dalam blog anda HOT dan meletup, dah tentu trafik ke blog anda juga anda meletup-letup. Sebab trafik adalah nyawa untuk sesebuah blog. Blog yang tak ada pelawat seolah-olah blog yang mati. 

4.  Blog Tips dan Tutorial Blog

Disebabkan ramai yang beminat buat blog. Dah tentu mereka akan mencari-cari tips dan tutorial untuk buat blog yang cantik dan menarik. Kongsi pengetahuan anda tentang buat blog. Pasti blog anda akan dikunjungi oleh ramai orang. 

5. Blog Kewangan

Blog ini pasti mendapat sambutan daripada orang yang sedang mencari panduan ataupun tips-tips terkini bagaimana mereka boleh menggandakan duit mereka. Anda mungkin boleh menulis tentang cara berjimat, pelaburan emas, pelaburan perak, tips pengurusan kewangan dan tips pelaburan hartanah

6. Blog Kedai Online

Ramai rakan-rakan saya yang menjual produk secara online di blog mereka. Produk tersebut termasuklah lampin, baju baby, pakaian kanak-kanak, baju muslimah, kelambu, tablet PC dan pelbagai lagi barang-barang keperluan. Jika anda ada produk untuk dipasarkan secara online, bolehlah anda mencuba cara ini. 

7. Blog Teknologi

Blog jenis ini sangat diminati oleh penggemar gajet-gajet terkini. Teknologi terkini semakin berkembang seiring dengan kemajuan zaman. Kalau dulu nak telefon ke USA atau UK mungkin sangat mahal, tapi dengan teknologi terkini. Anda boleh telefon rakan anda di luar negara menggunakan internet sahaja. Selalunya blog sebegini akan buat ulasan ataupun review tentang gajet gajet terkini seperti telefon pintar, ipad,tablet pc atapun lain-lain.

8. Blog Politik

Blog politik juga tak kurang hebatnya. Pelbagai pihak dengan pandangan tersendiri akan cuba membuat ulasan terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam negara. Follower ataupun pengikut blog jenis ini juga ramai. Jika trafik ke blog tinggi, anda boleh menjual ruang iklan. Cuba tengok laman blog politik yang top-top seperti tranungkite.net, greenboc.blogspot.com dan lain-lain tu, Anda perasan tak banyak banyak iklan dalam blog mereka?

9. Blog Perhubungan 

Jika anda sedang kecewa dalam bercinta, dah tentu anda mencari tips atau cara untuk mengatasi masalah cinta anda itu. Jadi penulis blog hendaklah menggunakan kemahiran yang ada untuk berkongsi tips dengan pelawat blog tentang cara menambah baik perhubungan yang sudah suram,tips bercinta, hubungan dengan rakan sekerja dan lain-lain. 

10. Blog Buat Duit Online

Dengan menggunakan internet, buat duit secara online kini tidak lagi mustahil. Pelbagai program buat duit online yang boleh anda sertai. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Tapi saya lebih suka mencari program buat duit tanpa modal. Anda boleh rujuk post dibawah untuk mula buat duit online



Demikianlah 10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit yang boleh anda pilih. Diharapkan post ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sekian
Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *