Thursday, 2 May 2013

Cara Nak Buat Fan Page di Facebook (FB)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ni saya kongsikan cara nak buat Fan Page di Facebook (FB). Sebagaimana semua telah maklum bahawa Fan Page adalah salah satu tools pemasaran yang sangat penting untuk memasarkan sesuatu produk ataupun servis. 

Kalau anda berniaga online tapi tak ada Fan Page, sebenarnya anda sudah ketinggalan zaman. Zaman sekarang semua orang nak cepat. Pemasaran Fan Page adalah pilihan yang tepat kerana promosi anda boleh bergerak secara viral.

Tanpa berlengah ikuti langkah-langkah ini

1. Login ke Facebook anda

2. Langkah seterusnya ialah pergi ke link ini ..
http://www.facebook.com/pages/create.php


3. Pilih Fan page yang sesuai dengan anda. Jika Fan Page kita jenis bisnes atau perniagaan, saya syorkan pilih Brand or Product


cara buat fanpage 1


4. Kemudian pilih kategori produk mengikut kesesuain produk yang anda hendak pasarkan. Kemudian namakan Fanpage mengikut "keyword" nama produk yang anda hendak pasarkan. Contohnya, Tablet Pc Termurah, Susu Alphalipid Kurus dan sebagainya. Kemudian klik "Get Started"


cara buat fanpage 2

5.  Bina Gambar Profil.

Anda boleh dapatkan imej ataupun gambar daripada google. Tapi, kena berhati-hati kerana mungkin gambar tersebut dilindungi oleh hakcipta terpelihara.Gambar yang nak digunakan mestilah berkaitan dengan niche yang anda nak pasarkan. Gambar juga mestilah menarik minat orang




6. Upload Gambar Profil ke Fan Page


Selepas gambar profil sudah siap, anda boleh terus upload image banner dengan klik "upload From Computer". Selepas upload, klik "next"


cara buat fanpage 3


7. Fan Page anda dah pun siap. Bolehlah start guna untuk buat pemasaran produk. Ada masa nanti pasang pula imej cover ataupun header fanpage. 


Setakat itu sahaja cara nak buat Fan Page di Facebook (FB) yang dapat saya kongsikan. Langkah seterusnya anda perlu Tingkatkan Like FanPage 





Mengenai Penulis

Abdul Halim Ismail seorang penulis blog separuh masa di http://rahsiaduitfree.blogspot.com dan mula menceburi dalam bisnes online sejak 2011

===============================================
*Nota : Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini (termasuk pautan/link di dalamnya) dan keterangan mengenai Abdul Halim Ismail di atas tidak dibuang. Kalau anda tak mahu buat pun saya tak boleh paksa, hanya Allah sahaja tahu segalanya. Semoga anda mendapat manfaat daripada artikel ini. 
================================================


5 comments:

  1. dulu ciktom pernah share gak tutorial bt fanpage..tp tgk pic tu cam dh lain skit interface facebook sb sentiasa update yg baru..

    ReplyDelete
  2. Lama tak singgah sini..Betul tu ciktom. FB ni selalu ubah-ubah gak interface dia..thanks

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. makasih banyak ya, cara nak buat fans page ni membantu sangat...

    ReplyDelete
  5. terima kasih :)...ilmu yg byk membantu sya.

    ReplyDelete

Takkan baca je..Komen la sikit..:)