Alhamdulillah saya dah terima komisen ke 6 DietKamikaze.com. Saya sertai affililate ini pada tahun 2012 yang lalu. Syukurlah masih mendapat jualan Pada mulanya memang agak sukar mendapat jualan. Mungkin kerana terpaksa bersaing dengan pakar affiliate yang menggunakan niche kesihatan. Tapi, saya berusaha untuk mempelajari ilmu pemasaran affiliate. Akhirnya berhasil juga mendapat jualan.
Khusus buat anda yang ingin menceburi perniagaan affiliate, saya kongsikan 3 tips Newbie Affiliate
1.Sentiasa menjadi unik
Jika ingin berjaya, anda jangan meniru teknik orang lain bulat – bulat. Jika anda meniru orang lin, anda tidak akan kemana – mana. Cara terbaik untuk meniru cara pakar adalah dengan memahami konsep pemasaran mereka. Dari pemahaman ini, anda boleh wujudkan take action anda sendiri. Seperti ketika sedang menjawab soalan peperiksaan, semua orang menjawab soalan dengan menggunakan ayat mereka sendiri yang berdasarkan konsep yang sama.
2. Bersabar untuk berjaya.
Jika anda tidak bersabar, kegagalan pasti akan menjelma. Jika anda bersabar, kejayaan akan datang pada anda. Bersabar adalah cara untuk memastikan anda terus berusaha. ini kerana, proses pembelajaran untuk jadi kaya adalah sukar dan sangat rumit. Ada orang gagal sebanyak 1000 kali sebelum mereka berjaya. Ada orang gagal sekali dan terus berjaya. Ia bergantung pada rezeki dan nasib anda.
Kita tidak tahu di mana rezeki kita, jadi kita perlu sentiasa terus mencuba. Jangan sesekali berhenti jika anda gagal.
3. Belajar berdisiplin.
Untuk berjaya anda perlu ada disiplin. Kurangkan bermain facebook, membaca forum-forum tanpa melakukan tindakan susulan. Jangan berpuas hati dengan kerja anda. Sentiasa upgrade teknik pemasaran anda.
Mantapkan ilmu pemasaran Affiliate anda melalui Kursus Affiliate
Wahh tahniah bro..banyak gak dapat tu..emm tips yang bagus nih..hehe
ReplyDelete