Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit ini akan menceritakan tentang
topik atau niche blog yang sering digunakan oleh blogger untuk
buat duit online. Saya dapati ramai yang mempunyai blog sekarang ni. Budak sekolah pun pandai
buat blog. Kadang kala saya dapati
blog budak2 ni lebih cantik daripada blog
Kerja Sambilan Di Rumah ni. Setiap orang ada matlamat tersendiri untuk buat blog. Tapi saya dapati ada dua matlamat utama iaitu sekadar untuk bersosial dengan rakan-rakan dan untuk
buat duit online.
Untuk buat duit online, blog anda hendaklah mempunyai info-info yang berguna untuk dirujuk. Anda kena sedar bahawa kini orang lebih selesa mencari maklumat di internet berbanding bahan rujukan lain. Oleh itu, blog anda hendaklah menyediakan maklumat yang diperlukan oleh mereka. Mereka tak berminat untuk membaca kisah peribadi anda. kecuali anda seorang selebriti atau blogger terkenal. Jadi hari ni saya nak kongsi 10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit
1. Blog Kesihatan
Orang sekarang sangat menjaga kesihatan diri mereka. Jadi tips-tips yang berkaitan kesihatan diri mereka akan sentiasa dicari di internet. Contohnya cara menghilangkan jerawat, cara menguruskan badan, cara mengempiskan perut dan cara menghilangkan bau ketiak. Sekiranya anda mempunyai teknik, tips ataupun panduan kesihatan yang penting bolehlah anda berkongsi dalam blog ini. Peluang untuk anda buat duit adalah luas kerana mungkin tips anda anda itu menarik minat pelanggan anda di England, Australia ataupun Indonesia. Trafik akan masuk menderu-deru jika tips anda sangat berguna. Bila dah banyak trafik bolehlah anda mula memasarkan produk-produk kesihatan di blog tersebut.
2. Blog Fesyen
Jika anda seorang yang minat sangat dengan Fesyen inilah peluang untuk anda buat duit. Caranya adalah anda berkongsi fesyen yang anda reka sendiri dalam blog. Bila ada yang berminat, mungkin mereka akan menghubungi anda untuk bertanya dengan lebih lanjut
3. Blog Artis/Selebriti
Saya dapati blog jenis ini memang cukup banyak orang buat. Ini adalah kerana orang Malaysia minat baca gosip artis atau selebriti. Jika cerita dalam blog anda HOT dan meletup, dah tentu trafik ke blog anda juga anda meletup-letup. Sebab trafik adalah nyawa untuk sesebuah blog. Blog yang tak ada pelawat seolah-olah blog yang mati.
4. Blog Tips dan Tutorial Blog
Disebabkan ramai yang beminat buat blog. Dah tentu mereka akan mencari-cari tips dan tutorial untuk buat blog yang cantik dan menarik. Kongsi pengetahuan anda tentang buat blog. Pasti blog anda akan dikunjungi oleh ramai orang.
5. Blog Kewangan
Blog ini pasti mendapat sambutan daripada orang yang sedang mencari panduan ataupun tips-tips terkini bagaimana mereka boleh menggandakan duit mereka. Anda mungkin boleh menulis tentang cara berjimat, pelaburan emas, pelaburan perak, tips pengurusan kewangan dan tips pelaburan hartanah
6. Blog Kedai Online
Ramai rakan-rakan saya yang menjual produk secara online di blog mereka. Produk tersebut termasuklah lampin, baju baby, pakaian kanak-kanak, baju muslimah, kelambu, tablet PC dan pelbagai lagi barang-barang keperluan. Jika anda ada produk untuk dipasarkan secara online, bolehlah anda mencuba cara ini.
7. Blog Teknologi
Blog jenis ini sangat diminati oleh penggemar gajet-gajet terkini. Teknologi terkini semakin berkembang seiring dengan kemajuan zaman. Kalau dulu nak telefon ke USA atau UK mungkin sangat mahal, tapi dengan teknologi terkini. Anda boleh telefon rakan anda di luar negara menggunakan internet sahaja. Selalunya blog sebegini akan buat ulasan ataupun review tentang gajet gajet terkini seperti telefon pintar, ipad,tablet pc atapun lain-lain.
8. Blog Politik
Blog politik juga tak kurang hebatnya. Pelbagai pihak dengan pandangan tersendiri akan cuba membuat ulasan terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam negara. Follower ataupun pengikut blog jenis ini juga ramai. Jika trafik ke blog tinggi, anda boleh menjual ruang iklan. Cuba tengok laman blog politik yang top-top seperti tranungkite.net, greenboc.blogspot.com dan lain-lain tu, Anda perasan tak banyak banyak iklan dalam blog mereka?
9. Blog Perhubungan
Jika anda sedang kecewa dalam bercinta, dah tentu anda mencari tips atau cara untuk mengatasi masalah cinta anda itu. Jadi penulis blog hendaklah menggunakan kemahiran yang ada untuk berkongsi tips dengan pelawat blog tentang cara menambah baik perhubungan yang sudah suram,tips bercinta, hubungan dengan rakan sekerja dan lain-lain.
10. Blog Buat Duit Online
Dengan menggunakan internet, buat duit secara online kini tidak lagi mustahil. Pelbagai program buat duit online yang boleh anda sertai. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Tapi saya lebih suka mencari program buat duit tanpa modal. Anda boleh rujuk post dibawah untuk mula buat duit online
Demikianlah 10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit yang boleh anda pilih. Diharapkan post ini memberi manfaat kepada anda semua.
Sekian