Showing posts with label tips jualan. Show all posts
Showing posts with label tips jualan. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

10 Strategi Meningkatkan Jualan Produk Online

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Saya doakan anda semua sihat dan gembira selalu. Rasanya dah sebulan lebih saya tak update blog buat duit ni. 

Bukan apa..masih belum ada mood untuk menulis lagi.. 

Kalau asyik share komisen Affiliate, nanti pembaca blog ni jemu pulak.

Ok..saya tak mau buang masa anda semua..mari kita teruskan dengan perkongsian kali ini. 

Berdasarkan pemerhatian saya, sejak akhir-akhir ni ramai yang dah mula buat bisnes online di facebook. 

Kalau tak percaya cuba anda tengok di bahagian iklan facebook. 

Memang banyak produk yang di iklankan di facebook ads. Yang paling banyak produk kesihatan rumah tangga. 

Sebenarnya FB Ads adalah salah satu cara yang digunakan oleh usahawan di luar sana untuk Meningkatkan Jualan. 

produk kesihatan rumah tangga


Berikut adalah 10 Strategi Meningkatkan Jualan Produk Online

1. Strategi Gambar Testimoni.

Majoriti peniaga di facebook ada fanpage. Jadi, strategi gambar testimoni banyak digunakan untuk menarik minat orang untuk membeli produk. Testimoni bergambar tu mestilah ikhlas daripada pelanggan yang dah gunakan produk tersebut. Bukannya testimoni rekaan..!

2. Strategi Jimat

Ini adalah strategi yang digunakan oleh usahawan internet untuk meningkatkan jualan produk mereka. Cara nak gunakan teknik ini adalah dengan menawarkan penjimatan jika pelanggan membeli lebih daripada satu unit. Sebagai contoh satu produk berharga RM40. Jika beli 3 anda jual dengan harga RM100 sahaja. Jadi mereka jimat RM20. Mesti bagitau kepada pelanggan mereka jimat RM20. Mesti mereka suka

3. Strategi Tempoh Masa

Strategi ini digunakan untuk memberi peringatan kepada pelanggan anda bahawa, jika mereka tak membeli dalam tempoh masa yang anda tentukan, mereka tak akan dapat pada harga promosi. Tapi, anda mesti pastikan selepas tempoh masa tersebut harganya kembali kepada asal. Kalau anda tipu, pelanggan anda pasti akan lari...

4. Strategi Serendah

Strategi ini mudah dilakukan. Tapi, tak boleh gunakan selalu. Anda perlu mengubah ayat jualan anda untuk menarik minat pembeli. Sebagai contoh : 

Ayat pertama: Harga RM50 sahaja.

Ayat kedua: Harga "serendah" RM50 sahaja.

Dengan hanya tambahkan perkataan, "serendah", kajian mendapati peningkatan jualan berlaku sebanyak 20%




5. Strategi Auto SMS

Dengan menggunakan strategi Auto SMS ni segala urusan jualan akan berjalan secara automatik. Hanya perlu setup sekali sahaja. Selepas itu, sistem ini akan menjalankan tugasnya untuk mengaut duit untuk anda

6. Strategi Simpan Data

Sebagai seorang peniaga di facebook, anda mestilah menyimpan data pelanggan anda. Salah satu cara untuk menyimpan data secara berkesan adalah dengan menggunakan autoresponder. Khidmat autoresponder adalah sangat diperlukan jika anda serius nak jalankan bisnes online.

7. Strategi Follow Up

Berkaitan dengan strategi 6 diatas. Apabila anda dah ada data pelanggan, jangan lupa buat follow up. Faham-fahamlah kadangkala pelanggan kita sibuk dan penat. Sekali sekala hantar la email kepada mereka untuk follow up. Anda boleh berkongsi tentang kebaikan produk. Testimoni pelanggan, tip-tip dan sebagainya


8. Strategi "Sense of Urgency"

Teknik ini digunakan untuk memberitahu kepada pelanggan bahawa mereka mesti mendapatkan segera produk anda.  

9.  Strategi "Mudah"

Apabila pelanggan dah berminat nak dapatkan produk anda, mudahkan cara pembayaran. Jangan banyak sangat langkah yang perlu dilakukan. Nanti pelanggan malas dah nak membeli dengan anda. 

10. Strategi Skrip Pemasaran Tepat

Strategi ini cuma menggunakan perkataan sahaja. Jika anda menggunakan perkataan yang tepat pada masa yang tepat, pelanggan tanpa fikir panjang akan terus masuk duit ke akaun anda. Ilmu pukau ni sangat hebat..

Setakat itu sahaja perkongsian tentang 10 Strategi Meningkatkan Jualan Produk Online 


Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *