Saturday 13 October 2012

Buat Duit RM10,000 Dengan Facebook

Salam 1 Malaysia,

Sapa yang belum ada akaun facebook angkat tangan. Saya rasa 99% yang gunakan internet ada akaun facebook. Walaupun ada yang tak berapa aktif di facebook, tapi tetap akan masuk sekali sekala. 

Adakah anda perasan sekarang ni makin banyak yang buat bisnes guna facebook aje. Kuasa pemasaran facebook sangat hebat. Sebab tu la pengasas Facebook makin kaya. 

Jadi selain anda bersosial dengan rakan anda jangan terlepas peluang untuk buat duit dengan Facebook. So, hari ni saya nak share sikit tips untuk buat duit di Facebook. Saya suka memilih RM10,000 sebab dengan income sebanyak itu anda boleh dapat perkara berikut:

1. 2k byr duit rumah (bukan umah pondok)
2. 2k byr duit kereta (bukan waja atau kancil - maybe yg lebih selesa
3. 2k simpan utk pelaburan...emas. perak. unit trust - bukan join pelaburan haram
4. balance - rancang untuk masa depan lebih baik

Perkara yg anda dpt PERCUMA bila income 10k sebulan.

1. ketenangan poket
2. ketenangan jiwa dan fikiran
3. ketenangan emosi

Daripada 3 perkara ni...ada 1001 kelebihan yg bakal anda dapat... bukan setakat dunia...malah akhirat.

Mari kita lihat bagaimana nak buat duit dengan Facebook..

1. Cari Produk yang Hot

Cuba anda perhatikan apa produk yang sedang hot di Facebook. Caranya tengoklah gambar di Facebook Ads, wall, event, notes. Apa produk yang orang lain dok promote. Masa bulan Ramadhan yang lepas, saya tengok ramai yang promosikan Al-Quran digital. Sekarang ni tengah hot dengan produk kurus badan seperti Alpha Lipid SD II. boleh dicuba ni. 

Tapi nanti mesti ramai yang cakap, bila ramai yang promosi tentu banyak persaingan. Memang la ada persaingan. Tapi tahukah anda bahawa ramai yang akan mencari produk ini sebab awareness tentang produk ini dah ada. Standby duit nak beli jer.

2. Jual Produk Kesukaan Wanita

Sebabnya orang pompuan sangat suka shopping online. Orang lelaki ni jarang sikit shopping online. Kebanyakannya produk berkaitan wanita seperti handbag, tudung, baju muslimah laris jualannya

3. Kenalpasti pasaran

Kalau nak menjual kena tahu kepada sapa produk ini anda nak menjual. Saya ambil contoh anda nak jual tudung

Anda jangan la ambil range yang terlampau luas seperti anda target jual tudung kepada wanita umur 18-60 tahun. Susah tu. Cuba anda target remaja yang umur 16-22 tahun. harga dibawah RM50. Selalunya mereka kurang berbelanja tinggi. 

Tapi kalau yang dah kerja dalam linkungan umur 30-40 tahun, tudung harga RM200 pun takda masalah kot. Jadi, yang penting anda tahu sasaran anda. Baru lah tembak

 
tudung online




4. Kaji & Rancang Teknik Menjual

Ramai yang menjual di Facebook sebenarnya main belasah aje. Tak buat kajian dan rancang teknik nak menjual. Sebab tu la ada yang nasib baik berjaya buat jualan. 

Ada yang langsung tak dapat jualan. Sebabnya mereka hanya sekadar bagitahu kelebihan produk aje. Tapi tak bagitau apa yang pembeli tu dapat jika beli produk tersebut. 

Tapi anda kena banyak berfikir la sikit sebab kena duduk dan brainstorm idea. Contoh saya boleh bagi adalah kelebihan "Baju Muslimah" kepada pembeli

baju muslimah


1. Menutup uurat – mengelakkan dosa
2. Pelbagai design & corak – moden dan tidak membosankan
3. Sesuai dipadankan dengan tudung
4. Tidak perlu lagi fikir nak pakai baju lain – penuhkan almari dengan tshirt muslimah
5. Kain lembut dan selesa – tiada masalah gatal-gatal badan menggunakan fabric yang tidak elok
6. Murah – semua orang pun mencari barang yang murah.
7. Memudahkan pergerakan – masih boleh bersukan dengan tshirt muslimah

kalau ada lagi tambah aje..

5. Penulisan yang Berkesan

Daripada 7 kelebihan yang anda dah senaraikan di atas, cuba buat dalam bentuk ayat yang boleh menarik perhatian pulak. Jangan risau..yang ni pun saya bagi contoh juga..

Contoh: Anda sebagai penjual tshirt muslimah.
Target market: wanita bujang (remaja 18 – 24)
Pelajar universiti dan pekerja.

Ayat 1:

Siapa lagi yang mahukan tshirt yang menutup aurat tetapi masih lagi kelihatan
cantik, bergaya dan mampu mencemburukan rakan anda?


Ayat 2:

Mahukah anda memakai sesuatu yang selesa, cantik, mengikut arus fesyen terkini tetapi masih lagi murah harganya?


Ayat 3:

Dapatkan 7 design tshirt muslimah paling menawan hati dengan kadar diskaun melebihi 20%. Diskaun hanya sah untuk tempahan hari ini sahaja!


Jadi, jika anda nak dapatkan lagi tips-tips yang boleh meningkatkan jualan produk anda sehingga 300% dan menjana pendapatan secara konsisten di Facebook saya cadangkan anda dapatkan Seni Pemasaran FB

Baca Juga..






2 comments:

  1. admin. macam mana nak buat fb ads?. admin tau tak?. juga kat mana nak cari produk untuk kita jual?. saya ingin bermula. buat masa ni saya cuma kerja online. masyuk gak. tapi nak kembangkan lagi sayap. saya ada menulis pasal kerja online. jemput masuk admin utk idea.

    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete
  2. Info yang baik tuan admin moga artikel ini dapat membantu mereka yg masih lagi tercari² income sampingan.

    ReplyDelete

Takkan baca je..Komen la sikit..:)

Note: only a member of this blog may post a comment.

Contact Form

Name

Email *

Message *