Sunday 18 November 2012

10 cara untuk dapat trafik ke blog baru

10 cara untuk dapat trafik ke blog baru

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


trafik 40k UV

Hari ni saya nak share pasal trafik blog. Trafik adalah nadi utama anda sebagai blogger yang hebat. Tak guna anda tu cantik tapi takda sorang pelawat pun yang sudi masuk ke blog anda. Jika anda baru saja bermula sebagai blogger, saya senaraikan 10 cara untuk tarik trafik ke blog baru. Jangan risau kerana semua teknik ini adalah percuma saja. Jom kita bermula

1. Mulakan dengan content yang baik

Saya tahu,mungkin anda dah jemu dengar tips ini. Tapi ia adalah benar. Jika anda tidak mulakan dengan kontent baik yang bernilai buat pembaca and, tiada trafik yang dapat membantu anda. Tidak kiralah macam mana anda nak dapatkan kontent yang berkualiti; mungkin anda boleh menulis sendiri, masukkan video, masukkan video youtube orang lain, gunakan artikel PLR ataupun ubah artikel orang lain mengikut ayat anda sendiri. Jika blog anda tidak mempunyai kontent yang berkualiti, tiada sapa yang nak subscribe ke RSS, ataupun stumble, atau tweet, bookmark ataupun share dengan kawan mereka

Trafik tak berguna tanpa kontent yang baik!!

2. Berapa trafik anda perlukan

Berapa banyak trafik yang anda nak? saya pasti kalau boleh anda nak 1,000,000 hits sehari. Sapa tak nak?
Tapi anda perlulah ukur baju di badan sendiri; anda takkan dapat 1,000,000 hits untuk hari pertama ataupun bulan pertama. Jadi, berapa banyak trafik yang anda mahu? Lebih banyak trafik lebih baik, tapi anda perlu ada matlamat. Pastikan matlamat anda jelas. Mesti ada spesifik jumlah dan masa.

Contoh : Saya mahu 1000 UV sehari ke blog saya

3. Berikan komen bermakna

Cari blog yang sama topik dengan blog anda dan berikan komen yang bermakna terhadap post mereka. Jika sesiapa yang berikan komen dengan soalan, anda perlu ambil peluang ini untuk memberikan jawapan dan beri tahu mereka yang mereka akan dapat lebih info di blog anda

4. Penulis Tamu

Penulis tamu adalah salah satu cara untuk ambil gunakan trafik daripada blog itu dan ambil sedikit trafik itu ke blog anda. Begini caranya; Cari blog yang berkaitan dengan blog baru anda dan tulis di blog mereka sebagai penulis tamu. Dalam post itu dah tentu anda letakkan link blog anda tu. Jika orang suka post anda, sudah pasti mereka akan berkunjung ke blog anda

5. Pergi ke blog banyak trafik

Blog yang baru memang agak mencabar bagi anda nak dapatkan trafik. Kalau ada kontent yang bagus pun, adakah anda pasti orang berminat dengan cerita anda. Satu cara yang mudah, adalah pergi ke blog yang banyak trafik. Selepas tu tinggalkan komen yang best.  

6. Bina senarai email

Senarai email juga boleh menjadi sumber trafik terpenting buat anda. Jika anda masih belum ada senarai email, anda perlu bina senarai email segera. Jangan biarkan  seseorang hanya melawat blog anda sekali sahaja dan tidak datang lagi. Anda boleh jemput mereka untuk sertai senarai email anda ( berikan sedikit hadiah) dan anda boleh mendapat 10 atau 20 atau 30 kali lawatan daripada mereka

7. Trafik daripada forum

Salah satu cara yang terbaik untuk menarik trafik yang berkualiti ke blog anda, walaupun sedikit adalah melalui pemasaran forum.

Ingatlah bahawa satu hit trafik yang berkualti adalah lebih berbaloi daripada beratus-ratus hit daripada sumber yang tidak berkualiti. Apa yang berkualiti adalah anda mendapat trafik berdasarkan kepada apa yang anda katakan di forum tersebut

Caranya seperti dibawah:

1. Sertai forum yang sama niche
2. Login dan edit profile anda
3. Di bahagian signature, letakkan link ke blog anda dengan ayat menarik


8. Trafik daripada Twitter

Jika anda ada akaun twitter, letakkan link post anda di twitter. Kalau follower anda ramai, pasti sekejap saja anda dapat trafik

9. Trafik daripada Youtube

1.Cari video yang menarik,
2.Download dan upload semula video tersebut.
3.Letakkan link blog anda di bahagian description. InsyaAllah ada trafik masuk

10. Ping blog

Kalau nak cepat index ke google dan yahoo, sila hantar link post anda ke laman ping seperti dibawah:


Blogged.my



My Ping in TotalPing.com 
Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Anda juga boleh ping entry ke facebook group : buat carian di google 'Senarai Group Blogger di Facebook'. Pasti anda jumpa banyak group di facebook. join group untuk mula ping



10. Letak URL blog dalam email signature

Letak je url blog di dalam signature supaya setiap email yang anda hantar, ada url blog anda




Bonus- Laporan PERCUMA Teknik Tingkatkan Trafik 40k UV sebulan

38 comments:

  1. HAii
    Bagusnya artikel ni,saya dapat manfaat dengan mudah.insyallah saya akan cuba buat seperti yang di ajar,maklum lah blogger baru..baru nek berjinak dengan dunia blogger..ape pun terima kasih empunya blog
    singgah la ke blog saya airisaries.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Airis sebab sudi komen di sini. lain kali datang lagi yer..

    ReplyDelete
  3. thanks for the info. maklumlah, saya ni blogger baru dan saya memang berminat sangat kalau pasal nak increase blog traffic. Kalau admin boring , datang lah singgah kat blog saya stillowstylo.blogspot.com and komen la apa yang patut untuk penambahbaikan . saya sedia menerima kritikan. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih. artikel yang menarik

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Semoga memberi manfaat kepada anda Remaja Islam.Lain kali datang lagi ya!

    ReplyDelete
  6. cara no 3: komen yang baik.. hehehe
    sedang praktiskan nih..... apa2 pun mklumat yg sngat berguna dri admin utk bolgger baru cam sy nih juga....
    jemput la datang ye ke http://muhamadnazri15.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. @Muhamad Nazri, semoga mendapat manfaat. sudi-sudi lah datang lagi. terima kasih

    ReplyDelete
  8. salam.saie suke tips nim.hehe sdang mempraktikN nye

    ReplyDelete
  9. @Alin, semoga mendapat manfaatnya.

    Jemput datang lagi,

    trima kasih

    ReplyDelete
  10. perkongsian yang banyak membantu ,terutama pada new blogger.teruskan memberi sesuatu,..terima kasih

    ReplyDelete
  11. @pisauseramik; saya sangat gembira dapat membantu. Harap sudi datang lagi. terima kasih

    ReplyDelete
  12. Info yang menarik, tapi CN paling sokong content yang berkualiti. Bila ada content yang berkualiti dan kena ngn SEO, pasti akan ada traffic ke blog anda ;)

    ReplyDelete
  13. Satu pendedahan yang menarik.Terima kasih

    ReplyDelete
  14. tips yang menarik..dan memang sedang dipraktikkan..

    ReplyDelete
  15. @CN: terima kasih sudi datang ke blog saya

    @Jawatan kosong ; harap tuan mendapat manfaat

    # Ryanaz Shop : Saya doakan anda sentiasa berjaya dalam bisnes!

    Terima kasih semua

    ReplyDelete
  16. info yg bagus bg blogger bru macam saya... jemput lawat ke blog sye
    http://enieysuryani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Eniey: terima kasih kerana sudi melawat blog saya

      Delete
  17. Semuanya BERNAS teruskan membantu kami yg NEWBIE ni....TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Erollson; InsyaAllah...semoga bermanfaat buat anda

      Delete
  18. info yg bagus

    http://healthbeautyvitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. teknik yg boleh diguna pakai oleh smua blogger..thniah!!good information..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kamilahseman ; Terima kasih atas kesudian meninggalkan komen di blog saya ni...

      Delete
  20. info yang berguna buat saya dan saHabat blogger yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Ana muslim; semoga bermanfaat buat semua..thanks

      Delete
  21. Trima kasih ats tip berguna ini..sy juga newbie..silalah ke blog sy http://blogummiaimy.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. Untuk blogger baru harap bersabar. Kemahiran menghasilkan kandungan yang bagus juga penting. Terima kasih untuk info yang menarik ini.

    ReplyDelete
  23. Buat duit cara paling mudah dan jana sehingga RM8,000.00 sebulan.....tanpa modal...tanpa perlu berniaga barang....... http://janarm8000sebulan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. As salam
    tips yg sgt berg. .trm kasih jgk diatas buku terbitannya..sgt berguna..dr situ sy bljr bt blog..walau pun br dan masih dlm process membina blog...
    sila la ke blog sy..
    rainbowLolipop.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..Mama Wafi,

      Alhamdulillah..semoga bermanfaat buat semua :)

      Terima kasih

      Delete
  25. Tq atas perkongsian ini...sgt bermanfaat terutama org baru spt sy.....akan cuba tips-tips yg diberikan...semoga dpt meningkatkan trafik ke blog sy....www.koleksisufiah.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. Tq for info....sangat membantu...

    ReplyDelete
  27. Tq for info....sangat membantu...

    ReplyDelete

Takkan baca je..Komen la sikit..:)

Note: only a member of this blog may post a comment.

Contact Form

Name

Email *

Message *