Showing posts with label blog buat duit. Show all posts
Showing posts with label blog buat duit. Show all posts

Wednesday 20 March 2013

Kenapa buat blog?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
kenapa buat blog

Kenapa buat blog | Dah lama benar saya tak buat apa-apa post kat blog ni. Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk. Jadi, saya tak sempat la nak mengarang entry di blog. Memandangkan hari ini saya ada kelapangan saya nak kongsikan kepada anda semua tentang blog. 

Apakah yang dimaksudkan dengan blog? Blog boleh didefinasikan sebagai satu catatan atau tulisan yang telah dicatat oleh penulisnya di dalam jaringan internet. Kegiatan menulis dan mengubahsuai (update) blog dipanggil 'blogging' dan orang yang melakukan 'blogging' pula dipanggil sebagai 'blogger'. Blog juga adalah 'weblog' (dalam bahasa Inggeris) atau sebuah laman web peribadi yang digunakan bagi tujuan penulisan/jurnal peribadi, catatan atau tulisan yang menceritakan aktiviti harian seseorang penulis blog

Tidak kisah siapa diri anda dan kerjaya anda, sama ada anda seorang penganggur, pelajar, guru,ustaz, jurutera,tukang masak, pemuzik, pelawak, pemilik homestay, penulis buku, peguam, pemandu teksi, olahraga, ahli perniagaan, usahawan Internet, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, website dan blog adalah satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan

Dengan adanya blog anda dapat menambah kawan/rakan, berkongsi maklumat, hasil karya anda, tesis, proposal-proposal, rencana penelitian, hasil-hasil dari penelitian, hasil-hasil dari kajian, masalah yang dihadapi semasa membuat kajian, prototaip, jadual seminar, berkongsi tentang kecemerlangan sekolah atau universiti anda, berkomunikasi dengan sesiapa, meluahkan perasaan dan pelbagai lagi tujuan dan matlamat. Jadi, anda perlu memiliki sebuah blog atau website sendiri.

Melalui penulisan blog, semua orang dapat membaca dan memahami isi hati anda. Ia adalah merupakan cara untuk anda expresi diri, perasaan, idea dan secara tak langsung membina kredibiliti dan melahirkan potensi dari dalam diri anda 


Manakala bagi seorang usahawan pula, melalui website atau blog sudah pasti produk atau servis anda dapat dilihat oleh beribu-ribu ataupun berjuta-juta pengguna internet yang berpotensi menjadi pelanggan anda

Saya dapati ramai yang telah berjaya membina nama dan menjana pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Berdasarkan pemerhatian, boleh dikatakan 99% usahawan Internet memiliki blog sendiri bagi berkongsi idea apakah yang mereka fikirkan dan memberitahu apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet, anda sebenarnya berada dalam kerugian besar jika tidak memiliki blog sendiri untuk membina kredibiliti diri dan perniagaan anda!

Blog adalah merupakan salah satu alat pemasaran yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat atau bakal pembeli) ke website perniagaan Internet mereka. Anda juga boleh ikut cara seperti mereka jika anda tahu caranya..

Dua platform blog percuma yang saya tahu adalah wordpress.com dan blogspot.com. Terpulang kepada anda nak pilih platform percuma yang mana satu. Anda cuma perlu ke web tersebut dan daftar sebagai ahli, Contohnya seperti blog yang anda sedang baca sekarang ini, saya menggunakan plaform percuma daripada google.

Kelebihan menggunakan platform percuma adalah anda boleh mulakan tanpa modal. Manakala kelemahannya ialah isi kandungannya boleh jadi di hack ataupun penyedia perkhidmatan (google) boleh saja menutup blog anda tanpa perlu memberikan sebarang sebab 

Tujuan saya buat blog adalah untuk berkongsi maklumat dengan anda. Saya juga menggunakan blog percuma  ini sebagai latihan sebelum menggunakan platform berbayar. 

Bermula dari sekarang anda bolehlah fikir-fikirkan topik blog apa yang paling sesuai dengan pengetahuan dan minat anda untuk ditulis di blog anda nanti.

Sekian sahaja post saya tentang kenapa buat blogNantikan entry saya seterusnya tentang cara buat blog 
Read more ...

Monday 7 January 2013

10 Cara Buat Duit Dengan Blog

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Datang ke blog ini. Anda sampai ke sini kerana berminat untuk buat duit dengan blog

Hari ni saya nak kongsikan kepada semua follower dan pembaca blog ini tentang 10 cara buat duit dengan blog. Kenapa saya pilih tajuk ni adalah kerana saya dapati ramai yang berminat buat duit dengan blog. Jadi, saya pun membuat kajian sendiri dengan melakukan blogwalking ke blog-blog. Mungkin blog anda juga saya   dah terjah untuk mendapatkan maklumat ini.

Berikut adalah cara yang digunakan oleh kebanyakkan blogger.

1. Buat Duit Dengan Iklan Nuffnang


Nuffnang

Majoriti blog yang saya dah blogwalking hampir 95% akan pasang iklan Nuffnang. Jika anda pun nak pasang boleh klik sini: Nuffnang

2. Buat Duit Dengan Iklan Says dan Churp-churp

Kaedah pengiklanan cara ini adalah melalui kaedah klik. Duit dijana berdasarkan jumlah klik untuk sesuatu link. Anda boleh baca post: Cara Buat Duit | Dapat Duit Mudah  dan juga Cari Duit Tanpa Modal 

3. Buat Duit Dengan Iklan Adsense

Mula-mula saya buat blog dulu senang je nak apply adsense ni. Tapi sekarang agak cerewet sikit. Anda boleh dapat duit melalui iklan yang diklik dalam blog anda. Tapi jangan klik iklan sendiri sudah. Tak pasal-pasal akaun kena banned. Kalau nak cepat, senang dan murah untuk buat akaun adsense ni saya cadangkan di Murahnya. Contohnya ini : Saya akan dapatkan akaun google adsense untuk anda (2 Bonus) untuk RM10. Pendaftaran di Murahnya PERCUMA aje.

4. Buat Duit Dengan Sewakan ruang iklan 

Selalunya blog yang trafik tinggi, ramai follower dan pelawat akan sewakan ruang iklan di blog mereka. Kekadang tu saya tengok ada blog yang penuh dengan iklan banner dan teks. Terutamanya blog politik.

5. Buat Duit Dengan Sertai Contest

Cara ini saya pun baru je nak terlibat sama. Pada awal kemunculan blog ini saya tak sertai apa-apa contest sebab saya malu dan tak yakin. Saya cuma bermula masa hujung tahun 2012 yang lalu. Soal menang kalah tu saya tak fikir sangat. Sebab soal REZEKI hanya ALLAH yang tentukan. Antara contest yang selalu dianjurkan adalah seperti Contest SEO (Search Engine Optimization) , Review Blog dan Cabutan Bertuah.

6. Buat Duit Dengan Menjadi Top Komentator

Ada beberapa blog yang saya jumpa menawarkan hadiah wang tunai dengan kepada Top Komentator di blog mereka. Tugas anda hanya komen post mereka. Tapi, bagilah komen yang bernas. Jangan spam pulak. Nak tahu dimana boleh rujuk post ini : Sapa Nak Duit RM50 ?

7. Buat Duit Dengan Menjual Produk Fizikal

Sapa kata tak boleh jual produk fizikal di blog. Banyak blogshop yang saya jumpa di internet menjual baju kanak-kanak, Tudung, baju muslimah, cloth diapers, android tablet, hand bag. barang kosmetik dan bermacam-macm lagi. Kebanyakan yang menjual ni tak simpan stok sendiri pun. Mereka guna konsep Dropship. Untuk Maklumat Lanjut tentang Dropship boleh rujuk di sini: Lubuk Income Internet

8. Buat Duit Dengan Menawarkan Servis 

Mungkin tak ramai yang tahu bahawa cara yang paling cepat dan pantas dapat duit di internet adalah melalui servis. Contoh servis yang biasanya ditawakan adalah seperti Servis Trafik Blog, Servis Buat Blog, Servis Design Header, Servis SEO, Tingkatkan Like Fan Page dan Pelbagai lagi servis lain. Nak tahu lagi boleh tengok di Murahnya.

9. Buat Duit Dengan Affiliate

Affililate adalah Perniagaan Internet Tanpa Modal. Mungkin anda dah biasa dengar perkataan Affiliate ni. Nak mudah faham Affiliate ni Agen Jualan. Komisen dijana melalui jualan produk yang dipromosikan. Selalunya dalam bentuk produk digital seperti Ebook, Video ataupun Audio. Anda boleh sertai jomniaga, clickbank, amazon, CJ dan lain-lain.

10. Buat Duit Dengan PTC

Jadikan blog anda sebagai penjana pendapatan dengan Link Pendek. Dapatkan Maklumat PERCUMA disini : Buat Duit Online Tanpa Modal



*******************************************************
Baca juga

1. Cara Nak Dapat Komisen Affiliate!
2. Jalan Pantas Berjaya Dalam Perniagaan Internet 
3. Strategi Jana RM1,000 - RM3,200 Di Internet
4. Rahsia Forex Trader Jana Wang 5 Angka Seminggu 
5. Pelaburan Silver Lebih Hebat Dari Pelaburan Emas
6. Buat Duit Dengan Youtube!

*******************************************************
Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *