Sunday 18 May 2014

Komisen ke 9 daripada Ashadee.com

Cepat betul masa berlalu, sekejap saja dah 2 minggu. Sepertimana yang dijanjikan, pihak Ashadee.com telah menunaikan janji mereka. Alhamdulillah..bayaran komisen Ashadee.com ke 9 telah selamat diterima. Terima Kasih Ashadee. Memang berbaloi join Ashadee ni. Nak join ? baca DISINI


komisen ke 9 dari Ashadee.com
Minta maaf, komisen kali ini agak menurun sedikit berbanding 2 minggu lepas. Standardlah....naik turun tu adat orang berniaga.Takkan nak untung je sentiasa. 

Walaubagaimanapun, saya perlu bertindak segera untuk perbaiki kelemahan ini. Saya perlu perbanyakkan lagi strategi dan teknik promosi. Berikut adalah 2 perkara saya akan cuba perbaiki iaitu trafik dan copywriting

Trafik

Untuk anda jana pendapatan menerusi affiliate, anda perlu ada jualan. Tiada jualan, tiada komisyen. Untuk menghasilkan jualan anda perlu ada prospek dan prospek adalah trafik. Jika anda tidak mahir dalam menarik trafik, anda perlu mahirkan diri anda sekarang. Untuk mahir dalam penjanaan trafik, anda perlu cuba sendiri teknik tersebut.

Terdapat berbagai cara dan kaedah untuk menarik trafik. Pilihan di tangan anda. Jika anda masih baru, anda perlu pelajari dari mereka yang berpengalaman. Jika anda ada modal yang mencukupi, anda boleh mengupah orang lain untuk mencari trafik untuk anda. Contohnya menggunakan perkhidmatan SEO dan mengadakan cabaran Pay Per Lead.

Copywriting.

Perkara kedua yang anda perlu ada dalam senarai kemahiran anda adalah copywriting. Sebagai seorang agen, kita perlu bermulut manis. Di dalam dunia offline kita adalah seperti salesmen atau jurujual. Di internet, apa yang kita tulis mencerminkan diri kita. Anda perlu mahir menulis ayat-ayat yang boleh mempengaruhi pelawat untuk membeli dari anda. 

Namun, anda boleh pilih sama ada untuk mempelajarinya sendiri atau memilih orang lain untuk melakukannya bagi pihak anda iaitu mengupah copywriter. 

Bagi saya, saya nak cuba buat sendiri. Sebab tu saya laburkan wang untuk dapatkan panduan Mesin copywriting. 

2 comments:

  1. Hehe..dah lama tak singgah blog ni...dah makin maju nampaknya..hehe..tahniah la ye..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki daripada Allah..terima kasih Tuan Hafizul kerana masih sudi melawat blog saya

    ReplyDelete

Takkan baca je..Komen la sikit..:)

Note: only a member of this blog may post a comment.

Contact Form

Name

Email *

Message *