Monday 11 February 2013

3 Cara Tarik Trafik Blog

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Trafik Blog
Credit: ictwatch.com

3 Cara Tarik Trafik Blog, Tajuk hari ni macam best je sebab saya dapati ramai blogger yang mengejar trafik. Sampaikan ada yang buat segmen untuk tingkatkan trafik blog mereka. Seperti mana semua dah tahu bahawa trafik adalah nyawa kepada sesebuah blog. Tanpa Trafik, Blog seperti hidup tak bernyawa. Ini sesungguhnya sangat merugikan usaha dan masa yang anda dah laburkan untuk blog tersebut. Jadi, hari ini saya nak kongsikan teknik yang saya dah amalkan sejak sekian lama. 

Menulis Tentang Isu Semasa

Kebanyakan orang yang sedang mencari maklumat akan menggunakan sama ada google, yahoo ataupun bing. Namun, berdasarkan pengalaman saya, majoriti akan memilih google untuk mencari maklumat. Saya pun cuba mengaplikasikan teknik ini dengan menulis entry Tarikh Pembentangan Belanjawan 2013.  Usaha saya itu tak sia-sia kerana banyak juga trafik yang masuk ke blog ini untuk cari maklumat tersebut. Tapi, saya kena siapkan artikel tersebut seminggu lebih awal agar artikel tersebut di indeks oleh di google terlebih dahulu. Tak guna saya tulis artikel selepas tarikh belanjawan tersebut dibuat sebab tak ada orang pun nak cari Tarikh Pembentangan Belanjawan 2013 selepas tu.

Menulis Review Program Pelaburan Internet aka Skim Cepat Lingkup

Semuanya bermula apabila Inbox email saya selalu dipenuhi dengan email spam daripada individu yang mempromosi program pelaburan Internet. Sejak terjebak dengan skim Swiss Cash dulu, saya menjadi lebih berhati-hati sebelum menyertai apa-apa program seperti ini. Selalunya saya akan masuk ke website yang diberikan dan seterusnya membuat kajian berkenaan latar belakang syarikat, pelan pemasaran dan akhirnya membuat kesimpulan. Majoriti program yang wujud di internet menggunakan konsep yang sama iaitu anda perlu labur duit selepas tu anda akan dapat keuntungan secara harian, mingguan ataupun bulanan. Tetapi yang menjadi isunya adalah pelaburan tersebut dijamin dengan keuntungan yang tetap. Secara logiknya, mana ada bisnes yang selalu untung je. Sekali sekala rugi juga. Sebab itulah Islam mengharamkan Pelaburan yang menjamin Keuntungan Tetap. Cuba rujuk Portal Fatwa Disini

Salah satu entry yang menjadi penyumbang trafik yang paling tinggi ke blog saya adalah Worldshopperslink review. Entry tersebut saya buat pada bulan July 2012. Sehingga kini, entry tersebut menjadi Top Popular Post. Saya buatkan entry tersebut berdasarkan email-email spam yang masuk ke inbox saya. Saya juga menjangkakan maklumat tentang program ini akan di cari di google. Sebab itulah saya menulis entry tersebut. Jadi, saya harap rakan semua dah nampak disini, dengan menggunakan teknik ini, saya dapat tarik trafik ke Blog saya. Berikut adalah beberapa review yang saya berjaya siapkan 




Menulis Artikel Sendiri

Untuk menulis artikel yang baik memang agak mencabar sebenarnya. Sebabnya anda perlu banyak mencari bahan dan idea untuk menulis. Tetapi, google sangat suka kepada kontent yang fresh dan unik. Maksudnya, entry anda akan cepat terindex di google jika artikel yang anda tulis itu tidak pernah tersiar dimana-mana blog ataupun website. Jika entry anda itu, cuma copy paste saja, memang tiada peluang untuk mendapat First Page di google. Jadi, cubalah buat entry sendiri agar blog anda mesra SEO.  

Saya rasa setakat itu saya tips yang dapat saya kongsikan buat kali ini berkaitan 3 Cara Tarik Trafik Blog


Buat Duit Menulis


2 comments:

  1. terima kasih nice share bang, memang mengikuti isu semasa itu bagus tapi untuk menjadi juara 1 dalam pencarian google dalam waktu yang singkat itu sulit, semisal valentine saya sudah menulisnya sepekan yang lalu tapi masih ada dihalaman kedua pencarian google, sedangkan yang ada dihalaman pertama adalah artikel valentine tahun lalu

    ReplyDelete
  2. terima kasih abu kholid kerana sudi komen disini. Memang agak sukar nak mejadi juara 1. Yang penting template blog mesra SEO, sudah pasang meta tag dan juga rajin hantar artikel ke laman ping. InsyaAllah boleh

    harap mendapat manfaat

    ReplyDelete

Takkan baca je..Komen la sikit..:)

Note: only a member of this blog may post a comment.

Contact Form

Name

Email *

Message *