Showing posts with label Fan Page. Show all posts
Showing posts with label Fan Page. Show all posts

Monday, 3 September 2012

10 Cara Meningkatkan Like di Facebook Fan Page

Assalammualaikum dan Salam Raya,

Anda dah login ke akaun Facebook anda ker? 

Jika belum lagi.. sila la login cepat. Sebab apa yang saya nak share hari ni adalah cara nak tingkatkan like facebook Fan Page anda. 

Biasanya orang selalu sebut pasal facebook status. Tapi hari ni saya cerita pasal Facebook Fan Page pulak. 

Apa Fan Page ni?

Fan Page adalah sebuah laman mini yang terdapat di dalam Facebook. Tujuannya adalah untuk sesuatu produk, syarikat, individu untuk menarik pelanggan. 

Ianya juga berguna untuk meningkatkan tahap kesedaran sesuatu produk itu kepada pengguna. Artis juga penggunakannya sebagai satu platform untuk berhubung dengan ahli atau peminat

Jadi, jika anda sedang menjalankan perniagaan secara online. Fan Page ni dah jadi satu kewajipan buat anda. Bukan lagi pilihan tetapi sesuatu yang mesti ada. 

Persaingan dunia perniagaan kini semakin sengit.Jika anda tak buat, pesaing anda akan buat. Jadi yang akan kerugian.

Tapi bila dah ada Fan Page, kenalah selalu promosikan agar semua orang tahu anda ada Fan Page. Jika anda menghadapi masalah bajet, jangan bimbang kerana boleh mula dengan cara PERCUMA. Anda boleh rujuk post saya 7 cara promosi Tanpa Modal Sesen pun untuk bermula.

Perkara yang paling penting untuk Facebook Fan Page adalah jumlah like. Semakin ramai orang like Facebook Fan Page anda, peluang anda untuk buat duit makin cerah. 

Sebab setiap status yang diupdate di Fan Page akan keluar di Facebook individu yang like Fan Page anda. Sebab itu ramai yang berlumba-lumba nak dapat ribu-ribu like. 

Pelbagai cara dan tips yang dicuba agar dapat banyak like. Hari ni saya nak share 10 Cara nak tambah fan dan like:


1. Maklumat Bernilai

Berikan maklumat yang bernilai buat Fan anda. Caranya adalah share info-info baru yang anda kaji sendiri. Jangan kedekut ilmu dan copy paste hak orang. Nanti tiada istimewanya anda di mata fan anda.

2. Blog

Jika anda mempunyai blog, gunakan blog anda sebaik mungkin untuk mendapatkan fans. 

Caranya sama ada anda menulis satu post khas mengenai Facebook Page anda, letak link FB Page di mana-mana bahagian blog,ataupun gunakan 'widget' yang disediakan oleh Facebook

3. Video Youtube

Orang memang suka tonton video di youtube. Tambahan pula kalau ada video 'PANAS'. Mesti ramai nak tengok. 

Anda perlu hasilkan video yang berinformasi, menghiburkan dan santai. Tempoh video tidak perlu terlalu panjang. Sudah cukup sekitar 1 hingga 3 minit sahaja. Pada bahagian 'description', letak link ke Facebook Page. 

Kalau anda nak tahu, Youtube adalah enjin carian kedua yang digunakan oleh pengguna Internet untuk mencari sesuatu maklumat.

4. Video viral di Facebook

Selain menggunakan Youtube, gunakan juga fungsi 'upload' video di Facebook Page. Anda boleh gunakan video yang telah diupload di Youtube ataupun video yang lain. Seeloknya, video itu adalah berkaitan dengan bidang bisnes dan jualan yang dilakukan. 

Sebaik-baik video adalah video yang mempunyai sebab untuk disebarkan oleh penonton. 

Antaranya adalah seperti video yang lucu, berinformasi dan menyentuh perasaan. Cara ini boleh anda buat tanpa sebarang modal pun.


5. Iklan banner

Cara ini perlukan modal. Ini adalah kaedah pengiklanan yang terkenal pada awal bidang perniagaan Internet wujud di Internet. Namun lama kelamaan ia semakin kurang efektif. 

Namun jika kita lakukan sebaik mungkin, ia juga dapat membantu. Beberapa petua yang boleh digunakan adalah, gunakan banner yang lebih menggunakan teks, kurang animasi dan slot iklan itu berada di kedudukan yang mudah mendapat perhatian oleh pelawat web tempat kita mengiklan. Cari je blog yang tinggi trafiknya.


6. Facebook Ads


Cara ini memerlukan anda mengeluarkan modal. Inilah kaedah yang terbaik, paling berkesan dan paling cepat menghasilkan jumlah fans yang banyak. Ada pemilik Fan Page mendapat ribuan fans dalam masa sehari dua sahaja. Mengapa FB Ads memberikan hasil sebegini besar?

Salah satu sebabnya adalah, pengiklanan ini adalah lebih menumpu (targeted) dan berjuta-juta rakyat Malaysia aktif menggunakan Facebook. Kos untuk pengiklanan ini tidak begitu besar jika kita tahu caranya yang betul. Keluarkan sedikit kos dan luangkan masa untuk belajar dengan mereka yang tahu mengiklan di Facebook dengan cara yang betul. 





7. Ebook viral


Cara ini tak perlukan modal. Sebab semuanya anda boleh cari. Tulis apa-apa topik yang kita tahu dalam beberapa muka surat (seeloknya lebih daripada 10 muka surat), di mana tulisan kita itu akan memberikan manfaat kepada pembaca. 

Dalam ebook percuma itu, kita letak maklumat diri dan bisnes yang kita lakukan, termasuk link ke Facebook Page. Mereka yang rasa bermanfaat dengan ebook itu, akan pasti mahu mendapatkan lagi maklumat berguna daripada kita.


8. Advertorial atau Review


Cara ini juga perlukan modal. Keluarkan sedikit kos untuk bisnes kita diulas oleh mana-mana blogger. 

Cari blog yang berkaitan dengan bisnes kita dan hubungi pemilik blog itu.Tanya mereka jumlah caj yang mereka kenakan untuk satu ulasan di blog mereka. Ulasan itu sama ada mengenai produk, Fan Page ataupun bisnes kita. 

Advertorial.my ada sediakan perkhidmatan ini..


9.  AddMeFast.com

AddMeFast.com adalah laman web untuk menaikkan like, followers, status, views, hits, dan subscribers. Like yang bakal anda perolehi bukanlah dari robot tetapi dari manusia sebenar yang “mengelike” page anda bertujuan untuk mendapatkan mata ganjaran atau point yang akan digunakan untuk meningkatkan jumlah like fanpage mereka. 

Daftar PERCUMA DISINI atau klik banner dibawah




10. Guna "Teknik Kolam " 


Teknik Kolam ini sebenarnya digunakan untuk bisnes Affiliate. Tapi anda boleh juga apply teknik ni untuk tambah like di Page anda

Sebab ianya menggunakan Teknik yang PERCUMA.. ketahui caranya DISINI 








P/S- Sekiranya anda berminat nak dapatkan satu like percuma sila ke  

Read more ...

Contact Form

Name

Email *

Message *